Aafiyah Aazeen menguak kasar pintu bilik mamanya. Dia memandang tajam tajam wanita yang duduk di hadapan meja solek. Dia buka nak kurang ajar dengan mamanya tapi perangai mamanya sudah melampaui batas."Eh..anak mama dah balik" soal Datin Maryam lembut.
"Apa mama dah buat" turun naik nafas Aafiyah menahan amarah.
"Apa mama buat? Mama tak buat apa-apa pun" jawabnya tanpa rasa bersalah sambil menyapuh losyen pada lengannya.
"Mama pukul Rose kan? Fikir Fiya tak tahu ke? Kenapa mama benci Rose sangat, apa salah dia? Ya, Fiya tahu kenapa mama benci dia sangat sebab dia anak kepada perempuan yang mama benci kan? Rose takde kena mengena pun dalam masalah mama dengan arwah Aunty Mawar. Rose tak tahu apa-apa mama, mama tidak sepatutnya lepaskan kemarahan mama dekat dia" ujar Aafiyah panjang lebar.
"Bila mama benci orang tu, keturunannya pun mama akan benci sampai mati" balas Datin Maryam sambil memandang wajah sendiri pada pantulan cermin.
"Mengucap mama. Mama dah berubah hanya sebab harta mama benci kakak sendiri. Harta takkan bawa mati mama. Mama fitnah Aunty Mawar, mama cakap Aunty curang dengan daddy tapi semuanya tak betul pun. Sampaikan Aunty mati dalam kemalangan. Kemalangan yang dirancang. Betul kan mama?" Soalnya pada mamanya. Aafiyah tersenyum sinis dalam diam. Tergemam Datin Maryam selepas mendengar kata-kata anak sulungnya itu.
"Macam mana....?"
"Fiya tahu segala-galanya mama. Mama lupa ke siapa Fiya sebelum ni? Kalau mama rasa mama jahat Fiya lagi jahat mama" ujar Aafiyah seraya keluar dari bilik itu. Datin Maryam menelan air liur kasar. Sebelum ini Aafiyah seorang penjenayah tetapi dia berubah selepas keluar dari penjara.
****************************************************
LA Company;
Adam Alexander duduk di kerusi pejabatnya, dia menaip sesuatu pada komputer ribanya. Seseorang mengetuk pintunya dari luar. Terpampang wajah seseorang di hadapan pintu.
"Assalamualaikum, bro?" Sapa Tengku Aidan Amsyar. Adam mengangkat wajah. Berkerut keningnya melihat Aidan. Jarang benar datang office. Mimpi apa. Mesti ada minta tolong ni tahu sangat.
"Waalaikumsalam apa kau nak? Aku busy ni. Mimpi apa tetiba datang ni. Kalau nak minta tolong baru nampak batang hidung." Soal Adam. Aidan tersengih mcam kerang busuk. Macam tahu-tahu saja dia nak minta tolong.
"Kau bela jin eh? Semua benda kau tahu"
"Haah. Aku bela jin supaya senang la aku nak santau kau" ujar Adam selamba. Mencerlung tajam Aidan memandang kawan baiknya itu. Nasib la kawan baik kalau tak dah lama dia bom guna bom atom.
"Cepat la cakap kau nak apa? Aku busy ni?" Kata Adam lagi.
"Aku nak kau ganti aku pergi rasmikan hari sukan dekat sekolah aku."
"Takde takde. Aku tak boleh. Besok aku ada meeting sampai petang." Bohong Adam.
"Kau tipu aku eh?" Soal Aidan.
"Tak" jawab Adam pendek.
"Aku dah tanya Jauzan dah. Besok kau free takde meeting. Kau jangan nak mengelak pula eh. Besok jam 10 pagi kau kena ada sana. Jangan lewat..Daaa" terang Aidan. Belum sempat Adam membalas, Aidan sudah pun berlalu pergi.
Adam meraup wajahnya. Kenapa mesti dia, tiada orang lain ke? Sabar saja la ada kawan macam Aidan. Aidan seorang yang kuat memaksah. Pening la siapa kahwin dengan Aidan ni. Tapi Aidan sweet jangan risau hehe
![](https://img.wattpad.com/cover/244510352-288-k913558.jpg)
YOU ARE READING
Mr Mafia Stalker (Slow Update)
RomansaBila seorang mafia bertukar menjadi seorang stalker. Stalker kepada seorang gadis yang dicintainya dalam diam. Apa pula bakal terjadi? "Encik stalk saya eh? Ke mana saya pergi di situ ada encik" Aisha Umairah. Aisha Umairah atau nama sebenarnya Lily...