Media: Tengku Aariz Aiman
"Assalamualaikum, pelajar cikgu yang cikgu kasihi sekalian" sapa guru kelas 5 Rajin selepas memasuki kelas itu. Cikgu Anis Suliza adalah guru kelas yang baik dan peramah kepada semua warga sekolah itu.
"Waalaikumsalam, cikgu Anis" laungan serentak dari pelajar kelasnya itu dengan ceria.
"Hari ni kelas kamu akan ada pelajar baru. Haa tepuk" terangnya sambil bertepuk tangan. Melihat tiada respon dari pelajarnya dia tersengih malu sambil menggaru kepalanya yang dilitupi tudung itu.
"Pelajar baru sila masuk kelas" laung cikgu Anis dari dalam kelas. Dengan bismillah, Aisha melangkah masuk ke dalam kelas itu. Masuk sahaja dia kedalam kelas itu, semua pelajar menumpuhkan perhatian kearahnya dengan muka yang tidak dapat ditafsirkan terutama sekali muka pengawas dingin yang ditemuinya tadi.
"Sila perkenalkan diri kamu" kata cikgu Anis yang sedari tadi berdiam diri. Dia hairan melihat pelajarnya terdiam selepas pelajar baru itu masuk.
Aisha berdehem sebelum memperkenalkan diri. "Assalamualaikum. Hi, nama saya Aisha Umairah binti Abdul Qalifh, panggil saya Aisha atau Sha sahaja pun boleh. Harap kita boleh jadi kawan" ucapnya sambil melihat muka2 yang berada dalam kelas itu sehingga dia tersentak selepas terlihat muka pengawas dingin itu berada sekelas dengan dia. "Aku sekelas dengan mamat ni ke?" Bisiknya dalam hati.
"Pelajar baru sila duduk tempat yang kamu selesa, ada
lagi tu tempat kosong dekat belakang sana" kata Cikgu sambil menunjukkan kerusi kosong yang berada di belakang kelas itu. Hanya ada 2 kerusi kosong berada dalam kelas itu, satu bersebelahan dengan pengawas dingin itu dan satu lagi bersebelahan dengan pelajar perempuan bertudung. Mestilah dia ambil kerusi sebelah perempuan tu. Mati hidup balik pun dia taknak duduk dengan pengawas dingin tu. Menyeramkan.**************************************************************
Waktu rehat, Aisha hanya duduk dalam kelas sahaja kerana dia tidak tahu kantin dekat mana, dia takut tersesat lagi. Sedang dia membaca buku ilmiah tanpa sedar ada seseorang tinggi lampai berdiri di depan mejanya.
"Kau, kenapa tak turun rehat? Tahu tak, pelajar tidak dibenarkan berada di dalam kelas pada waktu rehat" kata pengawas dingin itu sambil memandang tajam kearah Aisha
"Tak tahu dan tak nak tahu" ujarnya selamba tanpa melihat gerangan yang menegurnya itu. Dengar suara pun dah tahu siapa gerangan yang menegurnya. Dia tidak berani nak bertentangan mata dengan pengawas dingin itu menyeramkan dan boleh buat orang sakit jantung pada sesiapa yang melihatnya . Ehh... Dah kenapa Aisha. Dah jatuh cinta ke? No no no belum lagi cerita ni panjang lagi jangan jatuh cinta dulu.
"Lebih baik kau turun rehat. Kalau tak aku apa-apakan kau dalam kelas ni" katanya berbisik di tepi telinga Aisha.
"Errr...awak nak buat apa ni? Tak baik tahu duduk dekat-dekat. Kita berdua sahaja dalam kelas ni. Nanti ada orang ketiga. Awak boleh duduk jauh-jauh tak. Awak ni dah kenapa berbisik-bisik. Tak apa juga kalau mulut awak tu wangi, bau longkang tahu tak" ujarnya selamba sambil memandang gerangan yang duduk di atas meja nya itu. Kecik besar, kecik besar sahaja dia melihat lelaki tu.
"Apa kau cakap? Mulut aku bau longkang? Kau dah lama hidup ke" soalnya kasar sambil berpeluk tubuh memandang gadis di hadapannya itu. Dalam hati siapa tahu..
"Lama tu taklah juga. Alhamdulillah dah hampir 17 tahun saya hidup. Awak ni dah kenapa marah-marah tak tentu pasal pula? Awak nak tau tak? Ummi saya cakap orang yang kuat marah tu cepat tua dan akan awal ma...ti" Ujar Aisha berani sambil tersengih memandang lelaki di hadapannya itu.
"Kau kalau tak mejawab tak sah kan?" Soal lelaki tu, menjentik dahi bersih Aisha.
"Aduh.... Awak ni dah kenapa jentik2 dahi saya? Tak ada dahi ke nak jentik? Dahi kita yang comel ni juga yang dijentiknya" kata Aisha menggosok tempat yang dijentik tadi dan memuncung mulutnya.
"Lebih baik kau diam, kalau tak aku kiss mulut kau yang serupa itik tu" ugutnya tersenyum nakal. Aisha cepat-cepat menutup mulutnya menggunakan kedua-dua tapak tangannya sambil menggelengkan kepala tanda dia tidak mau.
"Tahu pun diam, dari tadi mulut tak pandai diam, membebel macam mak nenek. Muka cantik tak apa la juga" kata lelaki itu dan berlalu pergi tanpa menunggu balasan dari gadis itu. Dia tidak mahu berlama dengan gadis itu kerana hati dia tidak tenang bila berdepan dengan gadis itu. Dah jatuh cinta la tu. Ha...Ha...Ha
Mari author perkenalkan pengawas poyo kita. Nama diberi Tengku Aariz Aiman satu-satunya anak lelaki yang dimiliki Tengku Aziman dan isterinya Tengku Aminah. Anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Kakak sulungnya bernama Tengku Airissa Amani. Belajar di luar negara dalam bidang perniagaan, berumur 20 tahun. Adik bungsunya pula Tengku Airis Amna, berumur 16 tahun juga bersekolah tempat yang sama dengan abangnya.
TO BE CONTINUED........
#sorry pendek je sebab sis kekurangan idea. Part seterusnya kan saya update secepat mungkin stay tuned guys😘
YOU ARE READING
Mr Mafia Stalker (Slow Update)
RomanceBila seorang mafia bertukar menjadi seorang stalker. Stalker kepada seorang gadis yang dicintainya dalam diam. Apa pula bakal terjadi? "Encik stalk saya eh? Ke mana saya pergi di situ ada encik" Aisha Umairah. Aisha Umairah atau nama sebenarnya Lily...