Media: Rose Mellisa
Tengku Asyraf Amir menjejakkan kaki di sebuah hospital swasta milik datuknya iaitu Tengku Azrul Azmi. Tengku Azrul Azmi adalah seorang usahawan yang berjaya sehingga dia boleh membuka sebuah hospital sendiri.
Setelah Tengku Azrul Azmi pencen, dia mewariskan hospital itu pada anak keduanya iaitu Tengku Azman Adrian iaitu ayah kepada Tengku Asyraf Amir.
Dia juga membuka cawangan pusat membeli belah yang diwariskan kepada anak sulungnya iaitu Tengku Aliman Adrian, ayah kepada Tengku Aidan Amsyar.
Dia telah menubuhkan sebuah sekolah atau lebih dikenali dengan A2A private High school yang dikendalikan oleh cucu sulungnya iaitu Tengku Aidan Amsyar. Manakala A2A university pula diwariskan kepada anak ketiganya iaitu Tengku Azmin Adrian, ayah kepada Tengku Aniq Amirul.
Mesti ada yang tertanya-tanya kan? Kenapa nama company mereka A2A? Mari sini Author bagitahu. 'A' adalah huruf pertama dalam nama anak-anak Tengku Azrul Azmi. Nombor 2 itu adalah gabungan 2 negara iaitu Malaysia dan Australia kerana perniagaan Tengku Azrul Azmi mempunyai 2 cawangan iaitu satu ada di malaysia dan satu lagi berada di Australia.
Sebab kenapa dia membuka cawangan di Australia kerana isterinya adalah orang Australia bernama Casandra Adrian atau nama islamnya Qasidah Adrian. Perniagaan nya di Australia dikendalikan oleh anak bungsunya Tengku Aziman Adrian ayah kepada Tengku Aariz Aiman. Sekian.
Selepas Tengku Asyraf Amir menjejakkan kaki di dalam bangunan itu. Semua orang tidak lepas memandang wajah kacak lelaki itu. Dah la tinggi. Hensem. Cukup pakej untuk dijadikan bakal imam anda. Haha
Asyraf mendekati kaunter pertanyaan yang dijaga oleh seorang jururawat. Jururawat itu tidak berkelip memandang wajah kacak Asyraf.
"Boleh saya berjumpa dengan Doktor Fahmi?" Soalan itu menyentakkan Jururawat itu dari lamunan.
"Er Doktor Fahmi ada patient sekarang. Encik ada temu janji ke dengan dia?" Soal jururawat itu. Belum sempat Asyraf ingin membalas, seorang lelaki berkot putih mendekati Asyraf.
"Saya Doktor Fahmi. Ni mesti Doktor Asyraf kan?" Asyraf mengangguk seraya tersenyum manis. Jururawat itu terkesima melihat senyuman menawan Asyraf. Doktor Fahmi memandang tajam jururawat itu. Jururawat itu tersengih malu.
"Iya saya. Jadi bila saya nak mula kerja?" Soal Asyraf.
Doktor Fahmi menghulurkan sekeping fail kepada Asyraf. Asyraf menyambut huluran itu.
"Ini adalah fail patient pertama Doktor pada hari ini. Pesakit ini koma dan belum sedarkan diri. Saya dapati ada dara beku di kepalanya dan ada kesan lebam pada badan pesakit. Saya rasa pesakit ni kena dera kot" Terang Doktor Fahmi.
Asyraf menilik fail pada tangannya itu.
"Boleh saya nak tengok pesakit ni?"
"Boleh sangat. Jom saya hantar Doktor." Mereka berjalan beriringan untuk menemui pesakit pertama Asyraf hari ini.
Mereka membuka perlahan pintu wad menempatkan seorang gadis yang terbaring kaku tidak sedarkan diri. Asyraf merenung wajah gadis itu. Macam pernah nampak. Dia mendekati katil gadis itu. Asyraf menyentuh balutan pada dahi gadis itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/244510352-288-k913558.jpg)
YOU ARE READING
Mr Mafia Stalker (Slow Update)
RomanceBila seorang mafia bertukar menjadi seorang stalker. Stalker kepada seorang gadis yang dicintainya dalam diam. Apa pula bakal terjadi? "Encik stalk saya eh? Ke mana saya pergi di situ ada encik" Aisha Umairah. Aisha Umairah atau nama sebenarnya Lily...