Chapter 10

772 27 1
                                    




     Hari ini adalah hari pertama Aariz meneruskan rawatan. Dia menghidap kanser otak tahap tiga dari dia berumur 13 tahun lagi. Selama ini mereka tinggal di australia tetapi selepas Aariz disyaki menghidap kanser mereka sekeluarga terpaksa pindah malaysia atas keinginan Aariz sendiri.

"Mama jangan bagitahu Aisha yang Riz ada dekat sini. Aariz bagitahu Aisha yang Riz balik Australia supaya dia tak syak apa-apa atau tanya kenapa Riz tak datang sekolah" rayu Aariz pada mamanya Tengku Aminah.

"Sampai bila Riz nak rahsiakan penyakit Riz pada Aisha. Dia juga patut tahu semua pasal ni?"

"Kalau boleh sampai bila-bila mama. Riz sihat sepenuhnya baru Riz bagitahu dia" ujar Aariz.

"Mama ikut saja keputusan Riz" kata Tengku Aminah sambil mengusap kepala anaknya itu. Wajah Aariz juga sudah kelihatan pucat.

"Bila mama nak pinang Aisha?" Soal Aariz selepas beberapa minit berdiam. Tengku Aisha mengeluh lembut.

"Mama tunggu keizinan dari Riz saja. Kalau Riz nak sekarang pun mama boleh" kata Tengku Aminah terselit gurauan pada kata-katanya itu. Aariz tergelak kecil.


*****************************************************

Sekolah:

    Aisha duduk termenung sambil melihat pelajar lelaki bermain bola sepak di padang sekolah. Sesekali dia mengeluh. Dia rindukan Aariz sudah seminggu Aariz tak datang sekolah. Dia cuma tahu yang Aariz balik Australia sebab nak melawat atok dan neneknya di sana. Dia tidak tahu yang Aariz sekarang sedang menjalani rawatan. Rose dan Jasmine juga mengetahui tentang penyakit Aariz itu. Aariz juga amanahkan Rose dan Jasmine untuk menjaga Aisha selama dia tidak berada di sekolah itu.

"Termenung nampak? Rindukan buah hati la tu" usik Jasmine sambil tersengih. Aisha tersentak lalu tersenyum.

"Haah, aku rindu buah hati aku yang jauh dekat Australia sekarang" jawap Aisha sambil menongkat dagu. Rose dan Jasmine terdiam kerana rasa bersalah menipu Aisha. Aariz ada dekat malaysia saja. Tapi oleh sebab dia nak rahsia tentang penyakitnya, mereka terpaksah cakap yang Aariz sekarang dekat Australia.

"Kenapa korang diam" soal Aisha hairan bila melihat dua orang gadis yang sentiasa bermulut bising tetiba terdiam. Dia mengerutkan kening melihat dua gadis itu.

"Err... takde pape la. Kita orang tak tahu nak balas apa" kata Jasmine sambil tersengih. Di bawah meja tangan mereka bercubit sesama sendiri. Aisha memandang pelik dua gadis itu sambil menggelengkan kepala. Ada ada saja perangai.

"Besok pengarah sekolah nak datang tahu and ada orang cakap pengarah tu masih muda dan handsome. Tak sabarnya" kata Rose Mellisa selepas beberapa minit berdiam diri sambil tersenyum miang. Aisha dan Jasmine menggelengkan kepala melihat telatah gadis itu.

"Gedik" serentak Aisha dan Jasmine berkata. Rose mencebik. Terlepas tawa tiga sahabat itu.



*************************************************************

                    

A2A Legacy:

      Aidan melabuhkan punggung di sebelah sepupunya. Aniq Amirul. Di sebelah Aniq pula Asyraf Amir. Asyraf dan buku tidak dapat dipisahkan. Aniq dan game juga tidak dapat dipisahkan.

"Kalau korang datang sini hanya sebab nak duduk2 baik takpaya. Di rumah pun boleh main game. Boleh baca buku" kata Aidan. Dia menjeling kedua-dua sepupunya itu.

"Duduk rumah bosan" ujar Aniq selamba. Mata tetap fokus pada telefon. Sabar la dapat sepupu yang macam dorang ni.

"Besok kau kena hadir kat A2A private school. Ada hari sukan dekat sana, kau sebagai pengarah kena turun padang" ujar Asyraf Amir. Aidan yang dari tadi fokus pada laptop mengangkat wajah memandang wajah sepupunya itu.

Mr Mafia Stalker (Slow Update)Where stories live. Discover now