Chapter 6

817 32 1
                                    




Sekolah:

Aisha hanya memerhati kawan sekelasnya bermain di tengah-tengah padang . Sekarang adalah waktu pendidikan jasmina. Aisha tidak dapat turut serta kerana penyakit yang dihidapinya.

Zaman kanak-kanaknya Aisha tidak seindah seperti orang lain. Dia tidak mengenali keluarga kandung sendiri akibat amnesia yang dihidapinya.Dia tidak mempunyai kawan. Dia selalu dibuli, kerana statusnya yang tidak diketahui.

"Jauh termenung?" Soal Aariz, menyentakkan Aisha dari lamunan. Aisha tidak menjawab dia tersenyum hambar saja. Dia duduk bersebelahan dengan Aisha berjarakkan lebih 2 meter.

Aisha mengeluh untuk keberapa kali. Aariz merenung wajah cantik itu dari tepi. Aariz tersenyum dalam diam.
Aariz menyukai Aisha kerana perwatakan Aisha yang lemah lembut itu.

"Kau ada masalah ke? Dari tadi kau mengeluh je? Soalnya. Dia tidak jemuh melihat wajah cantik itu. Sesiapa pun melihatnya pasti akan terjatuh hati.

"Takdelah, saya ok je" ujarnya memandang sekilas kearah Aariz dan memandang kedepan kembali. Dia berasa berdebar bila bertentangan mata dengan lelaki itu.

"Kau boleh luahkan masalah kau dekat aku. Mungkin bukan sebagai kawan, tapi sebagai pendengar yang setia" kata Aariz sambil melontarkan senyuman ikhlas kepada Aisha.

"Saya ok je" balasnya pendek dan ingin berlalu pergi. Belum sempat Aisha memulakan langkah, namanya kembali dipanggil. Aisha memusingkan badan memandang Aariz. Dia mengangkat kening .

"Mungkin juga sebagai teman dalam hidup kau, berkongsi suka duka bersama" ujarnya sambil berjalan mendekati Aisha yang membatukan diri selepas mendengar kata-kata Aariz itu. Aariz tersenyum melihat wajah merah Aisha.

"Itu pun kalau kau izinkan aku untuk masuk dalam sebahagian dari hidup kau" sambungnya lagi dan berjalan meninggalkan Aisha terpingah-pingah.

Aisha masih setia berdiri, menghadam kata-kata Aariz itu. Kata-kata Aariz itu straight ke lubuk hatinya. Hmmm Author pun kalau crush cakap macam tu dah lama author pengsan hehe.


******************************************************

Waktu balik, Aisha berdiri dihadapan pagar sekolah menunggu bas. Aisha tersentak bila ada orang menegurnya. Aisha berpaling melihat orang yang menegurnya.

"Hi, Kita jumpa lagi" ujarnya memandang Aisha dengan pandangan yang susah ditafsir. Gerangan itu adalah lelaki yang dilanggar Aisha tempoh hari. Siapa dah lupa boleh baca balik part 3.

"Er... hi" sapa Aisha teragak-agak. Dia bukan jenis yang mudah mesra dengan orang. Lagi-lagi orang di depannya ini. Siapa tak kenal Tengku Daniel Azim seorang pembuli nombor satu sekolah itu. Aisha menelan air liur bila Daniel mula mendekatkan diri pada Aisha.

"Jom aku hantar kau balik" seraya menarik paksah tangan Aisha.

"Awak saya boleh balik sendiri ,tak perlu la hantar saya. Lepaskan tangan saya please" rayu Aisha. Air mata muka membasahi pipi gebu gadis itu. Sakit pada pergelangan tangannya hanya allah sahaja yang tau.

"Daniel!?" Teriak seseorang dan terus sahaja melayangkan penumbuk pada muka kacak Daniel. Tak guna handsome kalau perangai tak serupa manusia.

"Dah la awak, saya ok je ni. Nothing serious" terang Aisha menarik beg sandang Aariz, menghalangnya dari meneruskan tumbukan.

"Aku hantar kau balik." Ujar Aariz dingin seraya menarik lengan Aisha yang berlapik lengan baju sekolah itu. Aisha hanya mengikut langkah Aariz meninggalkan Daniel yang terbaring lemah diatas jalan tar.

Mr Mafia Stalker (Slow Update)Where stories live. Discover now