SekolahAisha Umairah tidak fokus pada pelajaran sekarang. Otaknya masih berfikir macam mana nak tinggal di rumah yang dihuni kaum lelaki itu. Dia tidak dapat bayangkan kehidupannya selama seminggu di rumah agam itu bersama lelaki yang baru dikenalinya. Aisha mengeluh untuk yang keberapa kali seraya menyembamkan wajahnya di meja.
"Aisha Umairah!!" Panggil guru mata pelajaran matematik itu. Dia perasan Aisha seperti tidur semasa dia mengajar di depan.
"Tidur ke?" Soalnya tegas. Aisha menggeleng menafikan.
"Saya tak sedap badan sir" bohong Aisha. Haraplah guru itu menerima alasannya kerana dia ingin tidur di bilik rawatan.
"Ok, saya izinkan awak pergi bilik rawatan" Aisha senyum dalam diam. Yes, berhasil. Aisha mula melangkah kebilik rawatan. Semasa dalam pejalanan seseorang mencengkam pergelangan tangan Aisha seraya menarik Aisha ke dalam bilik stor dan mengunci bilik itu dari dalam. Terkejut Aisha melihat gerangan itu.
"Daniel."
"Hi sayang" ujar Daniel sambil membelai pipi gebu Aisha. Aisha rasa jijik menerima sentuhan lelaki itu.
"Awak, saya merayu jangan buat saya macam ni" Aisha merontah-rontah minta di lepaskan.
Pang...
Daniel menampar Aisha sehingga tepi bibir Aisha luka dan berdarah.
"Tahu pun diam. Jangan kau berani ganggu kerja aku Aisha" Daniel memberi amaran. Dia menyembamkan wajahnya pada leher Aisha yang dilitupi tudung. Dia menghirup haruman pada leher Aisha.
"Hmmmmm wangi" katanya sambil menjilat bawah bibirnya.
"Lepaskan saya Daniel. Jangan buat saya macam ni. Saya merayu" ujar Aisha lemah. Tenaganya tidak setanding dengan kekuatan Daniel. Wajahnya juga sudah dibasahi dengan air mata.
"Yaallah, selamat aku yaAllah. Ummi tolong Sha ummi" rintihnya dalam hati sebelum dunianya gelap.
Bam..
Tendangan kasar pada pintu bilik stor itu menganggu kerja Daniel yang ingin memperkosa Aisha.
"Shit" carut Daniel.
Buk...
Leone menumbuk wajah Daniel. Panas hatinya melihat Aisha dalam keadaan tidak sedarkan diri. Nasib baik dia sempat selamatkan Aisha sebelum jadi makanan binatang seperti Daniel.
Daniel tergelak sinis sambil mengesat kasar darah pada bibirnya yang pecah akibat menerima tumbukan padu milik Leone.
"Kenapa? Kau pun nak rasa badan Aisha ke? Kita boleh kongsi apa susah" ujarnya sinis.
Leone menggenggam penumbuk. Api kemarahan mula marak pada dirinya bila-bila masanya Daniel boleh mati di tangannya jika dia tidak mengawal kemarahannnya itu.
"Kau fikir Aisha pelacur ke kau buat dia macam ni ha sial?" Soal Leone dingin seraya mencengkam kolar baju Daniel.
"Aku dah lama sukakan Aisha. Mungkin dengan cara ini aku boleh dapatkan dia" jawab Daniel selamba.
Sekali lagi Leone melayangkan tumbukan pada Daniel. Dadanya turun naik, marah dan sakit hati melihat keadaan Aisha sekarang. Tanpa berfikir panjang, Leone mencempung tubuh Aisha seraya berjalan keluar dari bilik itu meninggalkan Daniel terbaring lemah akibat menerima tumbukan dari Leone. Leone meletakkan tubuh gadis itu di tempat duduk penumpang belakang kereta miliknya.
"Bertahan Aisha" bisik Leone. Dia mengucup dahi Aisha sekilas. Leone membawa Aisha ke hospital takut terjadi apa-apa pada Aisha.
**
![](https://img.wattpad.com/cover/244510352-288-k913558.jpg)
YOU ARE READING
Mr Mafia Stalker (Slow Update)
RomanceBila seorang mafia bertukar menjadi seorang stalker. Stalker kepada seorang gadis yang dicintainya dalam diam. Apa pula bakal terjadi? "Encik stalk saya eh? Ke mana saya pergi di situ ada encik" Aisha Umairah. Aisha Umairah atau nama sebenarnya Lily...