Chapter 5

883 37 6
                                    

Media: Riyadh Alexander Sullivan


LA Company:

    Adam memasuki bangunan tersergam indah selepas berjumpa dengan anak buahnya. Jauzan sudah beritahu kepadanya siapa dalang disebalik insiden 11 tahun dulu. Dia juga tidak menyangka bahawa pakcik sendiri sanggup bunuh adik sendiri demi harta.

Dia berdiri di tengah-tengah lobi bangunan itu. Dia melihat sekeliling kawasan itu. "Daddy mama, Along janji akan jaga amanah ni untuk daddy dan mama. Along janji akan cari baby sampai dapat dan balas dendam pada siapa dah buat keluarga kita macam ni." Bisiknya dalam hati. Tanpa sedar dia sudah menitiskan air mata, pandangan dari pekerjanya dihiraukan sahaja. Setelah beberapa minit dia menghembuskan nafas berat dan terus meloloskan diri dalam lift.

Dia merupakan ceo LA Company. Syarikat itu adalah syarikat arwah daddy mereka. Dulu syarikat itu tidaklah sebesar sekarang dan semaju sekarang. Daddy mereka membina syarikat itu atas kerjasamanya antara dia dan kawan baiknya Tengku Aliman.

Daddynya juga mempunyai hotel bertaraf lima bintang. Hotel itu adalah hadiah hari jadi dari daddy mereka untuk adik perempuan mereka pada usia adik perempuan mereka enam tahun lagi. Tetapi akibat insiden 11 tahun lalu, Adam terpaksa mengarahkan adik kembar kepada Megat Jauzan iaitu Megat Jauni untuk mengendalikan hotel itu sementara mereka belum menemui adik perempuan mereka.

Adam tiba di tingkat 13 bangunan itu selepas keluar dari dalam lift. Tingkat 13 hanya menempatkan bilik pejabatnya, disebelah pejabatnya pula terdapat bilik untuk PAnya. Mesti korang dapat agak kan siapa PA Adam. Ya, PA Adam adalah Megat Jauzan. Dia lebih selesa bekerja dengan seorang lelaki daripada perempuan. Terdapat bilik untuk orang-orang atasan juga di tingkat itu . Tingkat itu juga terdapat bilik mesyuarat, bilik menyuarat itu hanya digunakan untuk berjumpaan antara orang atasan dan ceo sahaja.

Adam masuk dalam biliknya dan mengambil tempat duduk di kerusi pejabatnya. Sedang dia fokus menaip sesuatu pada komputer ribanya, seseorang mengetuk pintu pejabatnya dari luar.

"Masuk" laungnya dari dalam bilik. Wajah kacak Megat Jauzan terpampang pada pintu masuk pejabat itu. Adam masih focus pada komputer ribanya.

"Bos, pukul 3 bos ada meeting dengan ceo of A2A Legacy. Dia ada tanya bos nak jumpa dia dekat mana.  Nanti aku inform dekat dia." Ujar Jauzan sambil menscroll ipad yang berada dipegangannya itu.

"Aku nak jumpa dia dekat LA Cafe. Pukul 3 sharp. Aku taknak dia lambat. Kalau tak aku pancung kepala dia". Kata Adam tanpa riak. Jauzan tergelak kecil, dia tahu Adam hanya bergurau mustahil Adam nak pancung kepala kawan baik sendiri.

"Dah la bos aku cau dulu. Banyak kerja lagi nak dibuat ni" ujar Jauzan dan melangkah kearah pintu. Belum sempat dia memulas tombol pintu, pintu itu terbuka dari luar. Terpampanglah seorang remaja lelaki memakai baju sekolah tersengih tidak bersalah selepas melihat pandangan tajam dari abangnya. Jauzan terus sahaja berlalu pergi, taknak ikut campur urusan adik beradik itu.

"Nak apa datang sini,adik? Kenapa tak balik rumah lagi, dengan baju sekolahnya lagi." Adam melihat adiknya atas bawah. Matanya terhenti pada wajah adiknya itu selepas ternampak kesan lebam di tepi bibir Riyadh. Dia berdiri dari labuhan dan berjalan mendekati adiknya itu.

"Kenapa bibir adik lebam ni" soalnya risau. Adam seorang yang dingin dan kejam tetapi kalau melibatkan adik-adiknya dia kena ambil peduli.

Mr Mafia Stalker (Slow Update)Where stories live. Discover now