The cutest Aidan⬆️
Ruang makan rumah agam adik beradik Alexander sunyi sahaja. Hanya bunyi sudu dan garfu sahaja memecah kesunyian.
"Ehem" deheman seseorang memberi tumpuan kepada penghuni meja makan. Semua melihat Adam Alexander dengan dahi berkerut. Mereka tahu sangat perangai abang sulung mereka itu. Mesti ada henda nak dibincangkan bila melihat wajah serius jejaka tampan itu.
"Aisha" Aisha mengangkat wajah bila namanya meniti di bibir lelaki itu. Dengan penuh tanda tanya dia merenung wajah Adam.
"Tak lama lagi Aisha dah nak habis SPM kan?" Aisha mengangguk. So? Kenapa? Takkan dia nak kena halau kot. Mana dia nak tinggal?
"Aisha ada perancangan?" Aisha menghembuskan nafas berat.
"Saya dah fikir masak-masak. Habis sahaja SPM, saya nak cari kerja. Saya nak cari rumah sewa. Takkan selamanya saya nak tinggal sini kan? Lagipun saya dah janji dangan arwah ummi dan walid yang saya nak berdikari, saya tak nak susahkan sesiapa, lagi-lagi keluarga ni" ujar Aisha sambil menunduk.
"NO AND NEVER!!" Yusuf Alexander membentak. Terhinjut bahu Aisha mendengar suara dingin lelaki itu.
"Aisha tak boleh keluar dari rumah ni. I've said it many times, Aisha tak pernah menyusahkan kitaorang. Ok, kalau Aisha nak kerja boleh. Kitaorang takkan halang Aisha. Tapi tolong jangan keluar dari rumah ni. This is your house too. This house belong to you. Jadi jangan pernah berangan nak keluar dari rumah ni, faham?" Ujar Yusuf Alexander dengan tegas
"Tapi, saya.."
"No buts Aisha Umairah" Yusuf Alexander memandang tajam mata biru Aisha. Aisha menelan air liur kesat. Perlahan-lahan dia mengangguk
"Good girl" Yusuf tersenyum nipis seraya mengusap lembut kepala gadis itu. Aisha tersenyum kelat. Kata-kata Yusuf bermain di fikirannya. Rumah ini milik dia? Apa kejadahnya? Aisha menggelengkan kepala. Akhir-akhir ini dia banyak berfikir. Berfikir benda yang tidak sepatutnya.
"Jangan pernah berfikir nak keluar dari rumah ni. Ingat" Usai menuturkan ayat itu Rayyan Alexander berdiri dari labuhan seraya keluar dari ruang makan itu.
"This is last warning.. Jangan..."
"Saya tahu la" cepat saja Aisha memintas kata-kata Rayhan. Cukup seorang sahaja yang warning dia, tak perlu la semua. Rayhan Alexander merenung tajam mata gadis itu.
"Wanna fight huh?" Soalnya dingin.
"Fight dengan Yadh saja. Daa" Aisha terkocoh-kocoh berlari keluar dari ruang makan itu. Riyadh Alexander memandang dua manusia itu. Dah kenapa? Dia yang duduk tak buat apa pun terlibat sama.
Rayhan berdecit. Dia mula mengatur langkah ingin mengejar Aisha. Ini anak memang mahu kena.
"Aisha!!" Bermula la drama kejar mengejar seindah bunga di taman antara Aisha Umairah dan Rayhan Alexander. Hehe gurau saja.
Adam Alexander dan Yusuf Alexander tergeleng melihat telatah dua orang adik mereka itu. Mereka rindu suasana seperti itu. Dulu keluarga mereka adalah keluarga yang bahagia. Tetapi selepas atok mereka meninggal dunia dan semua hartanya diwasiatkan kepada adik perempuan mereka. Hidup mereka musnah. Kerana harta orang sanggup membunuh, walaupun orang itu darah daging sendiri.
YOU ARE READING
Mr Mafia Stalker (Slow Update)
RomanceBila seorang mafia bertukar menjadi seorang stalker. Stalker kepada seorang gadis yang dicintainya dalam diam. Apa pula bakal terjadi? "Encik stalk saya eh? Ke mana saya pergi di situ ada encik" Aisha Umairah. Aisha Umairah atau nama sebenarnya Lily...