Chapter 15

691 27 2
                                    

Media: warna mata keluarga Alexander.


Seminggu sudah berlalu selepas Tengku Aariz Aiman ke Australia. Aisha Umairah seperti biasa pergi ke sekolah sehingga petang kerana sebulan lagi pelajar tingkatan lima sekolah itu akan menduduki SPM

Sekarang adalah waktu rehat kepada semua pelajar. Aisha dan kedua sahabatnya belajar berkumpulan dekat perpustakaan sekolah.

Bunyi geseran kaki kerusi dan lantai menyentakkan mereka bertiga.

"Boleh aku duduk dengan korang? Sini je ada kerusi kosong" soal lelaki itu.

Aisha melihat sekeliling perpustakaan. Memang betul, perpustakaan sekarang penuh dengan pelajar tingkatan lima mengulang kaji pelajaran. Aisha menganggukkan kepala, membenarkan lelaki itu duduk dengan mereka.

Lelaki itu mengambil tempat berdepan dengan Aisha. Lelaki itu ralit merenung wajah cantik Aisha. Aisha perasan akan hal itu tetapi dia hiraukan saja. Lelaki itu sangat mengenali Aisha tetapi Aisha tidak mengenali lelaki itu.

"Awak budak baru eh? Tak pernah nampak pun?" Soal Jasmine menyentakkan lelaki itu dari terus merenung wajah Aisha. Jasmine juga perasan akan hal itu, sebabtu dia berpura-pura bertanya.

"Ye, aku pelajar baru dari Italy. Kenalkan my name is Leone, aku kelas 5 jujur" katanya sambil tersenyum manis. Senyuman yang buat sesiapa sahaja melihatnya akan cair tapi tidak bagi tiga gadis itu. Tiba-tiba Jasmine Safiyya ketawa. Berkerut dahi lelaki itu melihat Jasmine. Dah kenapa? Apa yang lucu?

"Awak kelas 5 jujur? Biar betul? Jarang lelaki high class macam awak ni duduk 5 jujur" kata Jasmine dengan sisa tawa yang masih ada. Aisha merenung wajah kacak lelaki itu. Betul juga mana ada lelaki sekacak dia duduk dalam kelas hujung. Selalunya pelajar yang duduk kelas hujung adalah pelajar yang lemah dalam pelajaran dan pembuat masalah saja.

"Aku juga tak tahu kenapa aku duduk dengan pelajar-pelajar yang tak kacak macam aku ni" dengan bangga lelaki itu berkata.

"Perasan" kata Jasmine dan Rose serentak. Aisha tergelak melihat karena kedua sahabatnya itu. Lelaki itu kembali merenung wajah Aisha. Aisha mengangkat wajah selepas dia perasan ada orang melihatnya. Aisha tersenyum nipis. Lelaki itu membalas senyuman Aisha dengan senyuman yang lebar sehingga menampakkan giginya yang putih bersih.

Lelaki itu teringat perbualan mereka bersama mummynya seminggu lalu

Flashback

Leone Alexander dan abangnya Lorenzo Alexander duduk di ruang tamu sambil main game bersama. Lorenzo tua dua tahun daripada Leone. Seorang wanita datang dan duduk di sebelah mereka.

"Eh mummy kenapa turun bawah? Bukan mummy tak sihat ke?" Soal Lorenzo. Dia merenung wajah cantik mummynya. Walaupun sudah berumur, mummynya masih cantik dan pandai bergaya.

"Mummy bosan la duduk bilik" Ujar wanita itu.

"mummy lapar? Leone boleh masakkan bubur untuk mummy?"

"takpe mummy masih kenyang lagi" jawab wanita itu. Wanita itu adalah Fiona Gabriel. Siapa masih ingat Fiona? Siapa dah lupa, baca balik chapter 8 sekian.

Mr Mafia Stalker (Slow Update)Where stories live. Discover now