Bab 10

113 22 33
                                    

"MAK CIK nak adik awak minta maaf!"

  "Tapi pada pandangan saya, Kazam perlu minta maaf pada adik saya dulu." Qaulalhaq berpeluk tubuh dengan tubuhnya disandarkan pada dinding. Matanya tajam merenung seorang wanita yang berada di sofa.

  "Eh, kenapa anak mak cik pula? Adik kamu tu yang tumbuk anak mak cik," bidas Puan Liyana. Rambut Kazam diusap lembut. "Sakit ya, Kazam? Dah, dah, biar ibu uruskan semua ni." Suaranya lembut memujuk si anak yang asyik menangis.

  "Hiks, sakit... Hiks..." Kazam mengadu. Dia membuat muka sedih pada ibunya. Namun, apabila wanita itu memandang Qaulalhaq, terus dia melemparkan senyuman sinis kepada Sufyan yang berada di hadapannya.

  "Macam ni lah, mak cik tak mahu panjangkan cerita. Nak senang, Sufyan perlu minta maaf." Tidak mahu mengalah juga orang tua ini. Dari tadi disuruhnya Sufyan meminta maaf, sudahlah selepas menyerbu bilik guru besar, nyaris ditamparnya budak lelaki itu.

  "Adik saya tak salah," tegas Qaulalhaq. "Sufyan tak akan menyerang kalau tiada yang provok dia." Matanya laju beralih ke arah guru besar yang sedari tadi berdiam diri. "Cikgu, tak nak cakap apa-apa?"

  Terkedu cikgu lelaki itu. Dia pun keliru nak kata apa. Nanti salah cakap, dia pula yang kena sembur. Sudahlah seorang naga, seorang lagi singa. Niaya padanya sahaja.

  "Susah sangat, kita pergi tanya murid-murid kelas tu jelah ya?" cadang guru besar dengan sengihan. Jalan terbaik buatnya ketika ini.

  "Okay." Puan Liyana laju sahaja berdiri. Tangan Kazam ditarik.

  "Eh eh, sabar sekejap, mak cik. Sebelum tu saya nak tanya... Kazam pernah masuk bilik disiplin?" soal Qaulalhaq, dengan nada lembut. Selembut yang dia mampu. [Boleh pula tertypo mampus.]

  "Ha? Bilik disiplin? Hei, kamu ingat anak mak cik ni apa? Budak jahat macam yang bersepah dekat luar sana?" marah Puan Liyana. Jarinya ditunjuk kepada Kazam, "Anak mak cik ni punyalah baik macam malaikat, kamu boleh tuduh dia macam tu?"

  Qaulalhaq yang mendengar balasan Puan Liyana terus tergelak. "Saya tanya mak cik, pernah atau tak. Saya tak tanya anak mak cik tu baik macam malaikat ke apa. Dia nak jadi syaitan ke iblis ke malaikat ke, ikut suka dia lah. Oh, saya dengar, Kazam ni berkawan dengan... budak jahat yang macam mak cik cakapkan tu. Apa nama mereka... Kasim? Lagi seorang... Tak ingat pula."

  Berubah air wajah Puan Liyana mendengar sindiran remaja itu. Dia mendengus. Pintu bilik guru besar ditolak lalu dihempas kuat.

  Guru besar menggaru kepala. "Kalau rumah sendiri tak apalah juga, ini sekolah. Kalau rosak, macamlah perempuan tu nak ganti. Haish..." Dia juga akhirnya mengekori langkah Puan Liyana dengan rungutan berpanjangan.

  Qaulalhaq tersengih. Dia memandang Sufyan yang masih kaku di sofa. "Jom." Pintu ditarik dan ditutup semula selepas Sufyan keluar.

  Qaulalhaq mengekori Sufyan tanpa sebarang kata. Memang diam sahaja dua ketul itu. Sudahah kelas 6 Zirafah agak jauh.

  "Maaf."

  Qaulalhaq memandang Sufyan. "Hmm..." Rambut budak lelaki itu diserabaikan. "Cheer up."

  Sampai sahaja di hadapan kelas, Qaulalhaq terus memberi salam. "Aku dekat sini bukannya apa. Aku cuma nak tanya, apa si budak Kazam tu tanya sampai Sufyan bertumbuk dengan dia?" Ringkas sahaja soalan Qaulalhaq. Tegas juga sebenarnya.

  Murid-murid kelas 6 Zirafah diam, langsung tidak berkata apa. Nak kata takut, ada yang berbisik-bisik.

  "Bam!"

Kepada 15 Tahun Yang LaluWhere stories live. Discover now