"BAIKLAH!" Surfina membaringkan sekeping kertas ke atas tikar kayu itu. Dia menunjukkan ke arah lukisan seorang... seorang ke itu? Kenapa rupa macam dua alam sahaja?
"Kenapa kau nak bentang bagai? Cakap sahajalah. Lukisan itu pun..." Sufyan bercakap dengan menahan tawa. Kalau gelak, nanti kena bantai pula dengan kakaknya.
"Kau gelak, aku campak kau ke luar." Surfina menunding jari, tegas mengugut. Sesekali matanya memandang lukisannya. Buruk sangat ke lukisan aku... hish, mata Sufyan yang rabun ini!
Mata sudah cantik, hidung paras seseorang itu yang kembang semacam. Lubang dekat badan Spongebob pun tidaklah sebesar itu. Tetapi, kita puji sahajalah lukisan Surfina ini cantik.
"Dah, dah. Jadi apa rancangan kau orang sebenarnya?" Umayma cuba menenangkan pertengkaran dengan mengubah topik.
Kalau hancur rumah nanti, macam mana nak ambil kodok yang bersembunyi dekat dapur untuk takutkan Qaulalhaq?
"Malam pada hari Jumaat itu... bukan malam suci bagi suami isteri tau." Surfina sempat berlawak sebelum menyambung. "Malam itu, kita buat macam mak cik dari 'keluarga' kita ambil kita balik."
"Mak cik? Mak cik mana pula ini?" Sufyan tergaru kepala sendiri. Terus Surfina menepuk dahi Sufyan. Ingatkan hendak tepuk dahi sendiri, tertepuk dahi Sufyan pula.
"Aduh... yang kau bohong dekat mama fasal keluarga tinggallah. Apalah. Takkanlah kaki putar belit macam kau lupa alasan sendiri." Surfina membebel panjang.
Sayangnya ianya hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri sahaja, tak masuk kembali. Sufyan hanya mengabaikan bicara kakaknya. "Oh, jadi kalau nak 'mak cik' nak ambil kita tu kat mana?"
Umayma mengusap dagunya. "Erm, kalau nak pergi, tempat pondok bas rasanya paling sesuai. Kalau nampak encik pocong dekat sana pun best juga!"
Sufyan meneguk air liur. Pocong? Bunyinya seperti menakutkan kenapa si Umayma ini tersenyum lain macam? Ke... kawan jauh Umayma?
"Vrooom! Vroom!" Sementara itu, Qasyid sedang membuat aksi pelanggaran kereta. Harap-harap tak ada kemalangan yang terjadilah.
Surfina memetik jari. "Ha, jadi malam itu, lepas habis majlis. Kita terus pergi mesin masa dan... selesai! Balik ke masa hadapan. Mama boleh balik dengan lagi satu tenaga."
"Lagi satu tenaga? Kejap, mesin masa mama ada berapa banyak sebenarnya?" Sufyan bertanya, meminta kepastian.
Umayma bertindak seperti detektif, mengusap dagu seraya kepalanya diidongakkan ke siling. "Hrm, tiga rasanya. Eh, tak ke nanti kena bawa satu kampung teman kau orang berdua nanti?"
Surfina dan Sufyan mengenyih ke arah Umayma. Hiperbola sangat ini. Tak adalah Puan Marisa itu angkut sampai satu penduduk kampung menghantar mereka.
Surfina menggosok bahu Sufyan berkali-kali. "Tak apa, itu jangan risau. Kita ada raja putar belit dekat sini." Satu tepukan kuat di belakang Sufyan membuatkan anggukan Sufyan berkali-kali terhenti.
Sufyan menggosok belakangnya yang terasa perit dengan pukulan kakaknya seakan satu pertiga kekuatan Saitama. Kurang asam punya kakak.
Umayma tersenyum lebar. Gadis itu lantas berdiri dengan penuh bersemangat. "Baiklah! Ini rancangan kita! Kita akan jayakan misi ini dengan penuh berjaya seperti ejen dalam tv!"
"Betul tu, mama!" Sufyan pun turut bangun dari duduknya dengan semangat penuh patriotik. "Rancangan kita akan berjaya!"
"Hahahaha.." Surfina ketawa kekok dengan pandangan melayan. Layan sahajalah gen ceria dari keluarga Qaulalhaq ini.
YOU ARE READING
Kepada 15 Tahun Yang Lalu
Teen Fiction𝓚𝓮𝓹𝓪𝓭𝓪 15 𝓣𝓪𝓱𝓾𝓷 𝓨𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓪𝓵𝓾... ...................................... "Adik harap, adik boleh jumpa mama. Walaupun syurga adik tiada dekat sini, adik tetap boleh masuk syurga kan?" - SUFYAN QASHAD. Surfina dan Sufyan. Dua beradi...