PAGI itu, suasana di meja makan yang selalunya sedikit riuh menjadi sepi. Masing-masing memandang ke satu arah dengan riak tertanya-tanya.
"Hehehehe..."
"Tsk, sakitlah! Abang nak apa?" marah Surfina. Dia menjeling Qaulalhaq yang sedari tadi menyikunya tanpa henti. Nanti ada yang kena luku baru tahu.
"Tu, adik kau tu. Kenapa? Sewel?" tanya Qaulalhaq tanpa belok-belok. "Seram aku tengok si Sufyan tu. Gelak macam seorang diri, lepas tu bercakap sendirian," bisiknya kepada Surfina yang berada di sisi.
Surfina hanya menjungkit bahu. "Manalah saya tahu. Lepas je abang keluar semalam, Sufyan terus kaku sekejap lepas tu gelak tiba-tiba," jelasnya. Nasi disuap ke dalam mulut, sekaligus cuba menghiraukan lelaki itu.
"Lah, kau kan kakak dia. Takkan dia tak ada cerita apa-apa kut? Ke, dia kena sampuk semalam? Nak panggil ustaz ke? Kau jangan, sudahlah isteri aku belum jumpa lagi." Nada suara Qaulalhaq jelas menunjukkan dia memberi amaran. Namun, terselit juga riak risau pada wajahnya.
"Susah betul dapat ayah macam ni. Nak kata tsundere bukan. Tch!" Surfina menggumam sendiri. Dia menarik nafas seketika sebelum...
"Pak!"
"Aduh, sakitlah!" Sufyan lantas memegang kakinya. Fikirannya yang melayang jauh kini kembali ke meja makan.
Dia merenung tajam Surfina yang duduk bertentangan dengannya. "Kau kenapa, kak? Gila? Tiba-tiba je sepak. Sakit tahu tak!" marahnya.
"Kau cakap elok sikit ya? Siapa yang macam orang gila sekarang ni? Tergelak-gelak. Kalau aku panggil Ustaz Amir nanti mulalah kau menyendeng dengan aku." Surfina mencebik. "Macam budak kecil."
"Ustaz Amir jangan dibuat main, eh." Sufyan pula menjegilkan matanya. Kepalanya terus terbayang satu wajah. "Fuh, seram..."
"Ustaz Amir?" Qaulalhaq menjungkit kening. "Ustaz baru dekat sekolah kau ke, Sufyan?" tanya Qaulalhaq. Dia memandang anak mata Sufyan, seolah-olah cuba mengorek kebenaran.
"Err... tak lah." Tergagap juga Sufyan mahu menjawab. Kalau kata ya, nanti kalau Qaulalhaq mahu berjumpa, tidak ke niaya? Lagipun Ustaz Amir itu lelaki yang mengajarnya mengaji di masa hadapan. Garang! Salah sikit, pap!
"Sudahlah tu, tak habis-habis mahu bergaduh." Puan Marisa menggelengkan kepala. Hari-hari dia menghadap perangai mereka bertiga, naik pening juga kepala. Tetapi dengan tingkah laku mereka, dapatlah dia lupakan kerisauannya.
"Kamu ada nak pergi mana-mana ke lepas ni?" tanya Encik Zakaria. Manalah tahu budak-budak itu mahu melepaskan tekanan terlebih dahulu. Sudahlah menantunya masih menghilang.
"Oh, ada!" Sufyan tiba-tiba mencelah laju. Dia juga berdiri dengan penuh semangat. Macam nak sampaikan ucapan pun ada.
Sedar yang suasana di meja makan menjadi krik krik, Sufyan kembali duduk. Dia berdehem seketika. "Ada, ada. Sufyan nak abang Haq dengan akak ikut sekali. Tiada bantahan."
Surfina dan Qaulalhaq berpandangan. Apa bendalah yang budak ni nak buat? Kerana ingin tahu, mereka iyakan sahaja.
"Pergi mana?" soal Qaulalhaq. Curious itu ada, tetapi curiosity kills the cat. Jadi, lebih baik dia berhati-hati.
Sufyan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun. Mungkin dia nampak matang namun hakikatnya, dia tetap seorang kanak-kanak yang mungkin terlalu melulu.
"Rahsia." Sufyan tersengih. Melihatkan renungan maut Qaulalhaq, sengihannya mati. "Ala, akak tahu. Kita pernah pergi dulu," sambungnya bagi menyelamatkan diri.
![](https://img.wattpad.com/cover/245883819-288-k313369.jpg)
YOU ARE READING
Kepada 15 Tahun Yang Lalu
Teen Fiction𝓚𝓮𝓹𝓪𝓭𝓪 15 𝓣𝓪𝓱𝓾𝓷 𝓨𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓪𝓵𝓾... ...................................... "Adik harap, adik boleh jumpa mama. Walaupun syurga adik tiada dekat sini, adik tetap boleh masuk syurga kan?" - SUFYAN QASHAD. Surfina dan Sufyan. Dua beradi...