Bab 4

141 25 25
                                    

"PERGI dulu, ibu." Umayma bersalaman dengan Puan Marisa sesudah Qaulalhaq. Seterusnya, giliran Surfina dan Surfyan bersalaman dengan Puan Marisa sebelum mereka berdua pergi ke sekolah.

   "Pergi sekolah rajin-rajin, ya? Sufyan, Surfina." Puan Marisa mengusap lembut kepala Sufyan. Entah kenapa dia merasa seperti ada pertalian darah dengan budak berdua ini.

    "Baik, ibu." Sufyan akur dengan pesan itu. Puan Marisa sendiri menyuruh mereka berdua memanggilnya ibu.

    Hahaha, rasa kekok juga sebenarnya! Bayangkan... kau orang perlu memanggil nenek kau orang, 'ibu'. Mesti berbelit lidah, janggal untuk menyebutnya.

   Qaulalhaq yang perasan akan ketiadaan pensel kotaknya, menoleh ke arah Umayma. "Umayma. Aku terlupa nak ambil pensel box akulah. Kau tunggu sini, tau."

   "Hmm..." Keras sahaja nada suaranya. Umayma berpaling ke arah Surfyan dan Surfina. "Kau orang tunggulah dekat luar dulu. Nanti akak keluar juga."

   Qaulalhaq yang melihat senyuman di wajah Umayma merasa cemburu. Dekat aku, tiada pula dia senyum. Bila di hadapan budak-budak itu, boleh pula pamerkan senyuman manis itu! Tidak adil betul!

   Tidak mahu orang lain perasan riak wajahnya, Qaulalhaq segera masuk ke dalam biliknya untuk mengambil pensel kotaknya. Nanti kena bahan pula kalau kata dia cemburu.

   Surfina membetulkan kasut putihnya. Hahaha, rasa macam teruja pula pakai kasut sekolah berwarna putih. Yalah, di zamannya, semua murid pakai kasut sekolah berwarna hitam termasuklah murid biasa. Jarang ada yang menyarungkan kasut berwarna putih.

   "Wrebekk! Wrebekk!" Bunyi kodok menarik perhatian mereka berdua. Seronok betul kodok itu melompat ke sana-sini.

   "Papa!" Sufyan menjerit, rasa geli bercampur terkejut melihat kodok itu. Cepat-cepat dia naik ke anak tangga paling atas.

   "Hahahaha!" Surfina tergelak besar melihat reaksi Sufyan. Lupa pula yang Sufyan takutkan katak. Surfina sengaja tersengih ke arah Sufyan seperti mempunyai agenda tersembunyi.

   Takut-takut Sufyan bertanya. "Akak... kau jangan kata."

   Surfina kemudian terus berusaha menangkap kodok itu. Kodok itu pun macam... haih... kenapalah manusia ini cuba mahu tangkap dia? Baru mahu mengintai kodok betina yang lain. Setelah beberapa saat mengejar, akhirnya kodok itu berada dalam genggaman Surfina.

   "Akaaak..." Sufyan seperti mahu menangis melihat Surfina menghampirinya. Terus lompat dari tangga ke bawah. Banganglah akak dia ini.

   "Kau ini. Bukan kodok ini beracun pun mahu geli-geli." Surfina menggeleng melihat kelakukan adiknya. Takut teramat.

   "Umayma... takkan kau mahu marah aku lagi?" Suara Qaulalhaq mendekati pintu menghentikan usikan Surfina. Surfina kini dengan nakalnya berdiri di sebalik tangga.

   "Apa kau nak buat?" tanya Sufyan. Jaraknya sudah mencapai satu meter dari Surfina.

   "Tengok sahaja." Riak wajah Surfina menjadi serius dan beku. Dengan kodok itu sekali menayangkan muka serius. Tidak sabar mahu mengenakan 'mangsa'nya.

   "Awaklah. Suka kawal saya. Ingat saya patung awak ke?" Umayma membalas dengan nada tegang. Wajah Qaulalhaq langsung tidak dipandang.

   Qaulalhaq sudah menjejak tangga. "Umayma, dengar sini... aku mint..."

   "Wrebek!" Kodok dari tangan Surfina terlepas ke muka Qaulalhaq.

   Apa lagi? Qaulalhaq terus menjerit sekuat hati. Dua kali dengar, macam suara perempuan menjerit! Qaulalhaq berlari menuruni tangga, tidak tentu arah. Mahu alihkan kodok itu, rasa geli pula.

Kepada 15 Tahun Yang LaluWhere stories live. Discover now