"BAM!"
"Opocot emak engkau!" Dayyan terlompat sedikit apabila terdengar bunyi hempasan itu. Dia merengus perlahan. "Syaitan mana pulalah yang datang terjah bangunan ni? Bukannya ada apa pun," bisiknya.
Umayma memandang Dayyan. "Kita tak boleh nampak syaitan kerana syaitan itu makhl..."
"Dah, diamlah kau. Mengalahkan robot. Aku pula naik muak dengar suara kau. Berdarah juga telinga aku dengar engkau membebel kalah mak nenek aku, tahu? Diam." Dayyan memotong kata Umayma. Telinganya disumbat dengan kapas.
"Dayyan! Woi, Dayyan! Mana bos?" Tiba-tiba pintu ruangan itu terbuka. Wajah Advik yang jelas cemas dengan nafas tercungap-cungap terpampang pada muka pintu. "Eh bos tu nanti kita settle. Sekarang ni, kemas semua barang lepas tu kita blah."
Dayyan mengerutkan dahi. "Dah kenapa tiba-tiba nak cau pula ni? Kerja belum habis lagi. Relaxlah dulu. Perempuan tu pun tak habis belek mesin dia tu. Nanti bos balik kau nak jawab apa?"
"Hish, kau ni banyak songeh betullah! Diam! Kau tau tak aku baru lepas alami filem menakutkan?" bentak Advik. Dia berdiri tegak lalu menarik nafas sedalamnya.
"Mana air aku?" Lain disuruh, lain pula dibuat. Dayyan fokus memandang tangan Advik. "Tak ada pun? Kau jangan cakap kau cilok air aku. Aku lempang kau nanti." Lelaki itu bangun dari kerusi lalu mendekati Advik.
"Ah, itu juga yang kau fikir sekarang ni! Tak ada, aku tertinggal air kau. Aku baru lepas jumpa hantu kau tahu. Suami perempuan itulah, ada ke dia kejar aku yang naik kereta ni. Mujur nafas aku panjang lagi kalau tidak kau lawat sahajalah mayat aku," beritahu Advik dengan nada menyampah. Masih teringat dia akan wajah Qaulalhaq yang menyeramkan itu.
"Fuh, seram." Advik menggelengkan kepala. "Eish, cepatlah kemas! Kau, Umayma. Bila nak siap mesin kau tu? Sampai ke sudah tak siap-siap. Penat aku tengok," marahnya.
"Saya perlukan tahap kefokusan yang tinggi untuk memasang papan kekunci kecil," jawab Umayma. Dia kemudiannya melepaskan screwdriver yang dipegangnya.
"Hah, kau kenapa pula ni? Kerja tak mahu buat. Makan laju pula," sindir Dayyan. Matanya jatuh memandang bungkusan jajan yang bersepah di tepi mesin masa Umayma.
"Bila saya nak buat kerja, kau orang suruh makan. Lepas tu suruh saya makan lagi. Memanglah lambat nak siap," protes Umayma. Pelik juga Dayyan dan Advik, kata bos gadis itu sudah dipukau. Tetapi kenapa perangai berbisa semacam?
"BAM!"
"Woi! Pulangkan isteri aku!"
Tersentak Dayyan dan Advik apabila mendengar bunyi hempasan itu. Tambahan pula dengan suara garau yang memenuhi bangunan. Tengok si Advik, Dah macam jumpa hantu pun ada. Pucat semacam.
"Hah, kau oranglah ni! Aku pun dah terlupa pasal budak tu! Sekarang ni kita kena keluar dari sini! Budak tu lari laju kalah atlet tahu. Aku tak tahulah ibu bapa dia bagi makan apa masa kecil." Advik terus mengemas segala barang berkaitan mesin masa milik Umayma. Dia menyimpannya ke dalam bekas plastik... Kalau letak dalam beg nanti ada yang terpenyek, mati sia-sia je kena pancung dengan bos.
"Kau tak cakap awal-awal!" marah Dayyan. Dia turut mengemas apa yang perlu. Umayma yang berdiri kaku dibiarkan.
"Ah, aku dah cakap! Kau yang tak dengar! Jom, jom!" advik berlari keluar dengan bekas itu. Laju betul, macamlah ada pak rimau kejar dia.
YOU ARE READING
Kepada 15 Tahun Yang Lalu
Teen Fiction𝓚𝓮𝓹𝓪𝓭𝓪 15 𝓣𝓪𝓱𝓾𝓷 𝓨𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓪𝓵𝓾... ...................................... "Adik harap, adik boleh jumpa mama. Walaupun syurga adik tiada dekat sini, adik tetap boleh masuk syurga kan?" - SUFYAN QASHAD. Surfina dan Sufyan. Dua beradi...