Bab 22

95 22 34
                                    

"APA Advik? Advik? Akulah, bos kau orang." Si bos merentap tangan Umayma setelah berkata. Garang sangat abang ini. Kalau ada budak Wechat, mesti sudah kata, 'ish, tatutlah titew'.

Dayyan memandang hairan wajah si bos yang menyarung topeng separuh muka itu. "Bos? Err... awal bos sampai? Erm, sempat lagi kau makan, Advik?"

Advik yang menghisap lolipop kelihatan terpinga-pinga. "A... apa?"

Laungan Sufyan menyentakkan jantung mereka. "Akak! Cepat! Dia orang ada dekat luar."

"Tch. Semua aku nak buat." Si bos mengeluarkan alat berbentuk piring terbang mini. Terdapat beberapa butang di keliling piring tersebut. Sempat dikerling ke arah Umayma sebelum dia menyeluk sesuatu di dalam poketnya.

"Cepat ambil ini. Sumbat dalam telinga kau orang yang penuh tahi telinga itu." Si bos menghulurkan empat biji gabus ke arah dua pembantunya.

Melihat Umayma ingin mengambil, si bos lantas menegur. "Tch. Kau tak payah ambillah."

Umayma menarik tangannya semula. "Oh, maaf."

Suara Qaulalhaq pula menjengah. "Cepat! Aku rasa dia orang tak jauh itu!"

"Dah, cepat pakai," arah si bos seraya menyumbat gabus di kedua belah telinganya. Butang merah di 'piring terbang' itu ditekan kemudian satu butang dipulaskan.

Sufyan yang baru menuruni tangga menutup telinga dengan segera saat merasa berdesing di dalam telinga. "Aaargh!"

Surfina yang hampir dengan muka pintu menoleh ke belakang. "Kenapa, Sufyan? Aaargh!" Surfina menutup telinga kerana tiba-tiba mendengar frekuensi yang membingitkan gegendang telinga.

"Duk!" Bunyi benda jatuh di belakang Surfina seiring dengan bunyi jeritan menahan kesakitan daripada yang lain.

Umayma yang berada di luar juga sudah rebah mencium rumput-rumput. Si bos tersenyum di sebalik topeng melihat Surfina memegang kepala, menahan sakitan di muka pintu.

Surfina memandang ke kirinya. Badannya bergetar menahan perit sambil melihat wajah si bos dan pembantu yang lain.

Perkara yang terakhir yang dia lihat adalah Umayma yang rebah sebelum permandangannya menjadi hitam dan kelam.

✧✧☘✧✧

"Ergh..." Kelopak mata Surfina perlahan-lahan terbuka dan terkelip-kelip tatkala cahaya matahari masuk ke dalam retina matanya. Sayup-sayup kedengaran suara si pembantu dan bos menyapa halwa telinga.

"Eh, kenapa tak hidupkan mesin pengawal minda... apa, ya? Yuki fizik lebai dekat dia orang yang tengah pengsan itu?"

Nada suara Dayyan kedengaran tegang. "Yuki fizik lebai nenek engkaulah. Yuri Pyschic Devicelah."

"Aku sengaja hendak berikan mereka masa untuk lihat kehebatan alat ini. Lagipun..." Suara yang agak garau sengaja memberhentikan ayatnya. Tapak kaki berbunyi semakin dekat dengan Surfina.

"Salah seorang penonton kita dah bangun."

Surfina mengangkat wajah laju memandang tepat anak mata si bos. Lelaki di hadapannya juga sudah membuka topengnya. Eh, yakah? Jadi mengapa topeng kegembiraan belum dibuka lagi?

Ayat dia macam kurang ajar, tau. Tetapi tidak mengapalah.

Surfina menggerakkan sedikit tangan dan kakinya. Nampaknya dia telah diikat disebabkan pergerakkan yang terasa terhad. Matanya masih menatap wajah lelaki itu. "Muka kau... aku macam kenal."

Kepada 15 Tahun Yang LaluWhere stories live. Discover now