"HUH! Huh!" Sufyan menyorok di belakang pintu bilik mereka berdua duduki. Lampu suluh digenggam erat di tangan kanannya. Sesekali Sufyan cuba mendengar bunyi tapak kaki Umayma. Rasa macam dalam filem seram pula!
Sufyan merenung lampu suluh di tangannya. Dia sebenarnya perasan perangai Umayma berubah sejak kembali semula ke rumah.
Tidak logik sungguh jika menghilang dan pulang tanpa sebarang suara. Sebab itulah dia mengambil mesin masa Umayma senyap-senyap dari bilik ibu bapanya.
Sufyan bersandar ke pintu. Tidak semena-mena pintu yang disandarnya tertolak, menyebabkan dia terjatuh ke bawah. Cepat-cepat berpusing dan menahan tangannya di lantai.
"Fuuuh..." Sufyan kembali berdiri dengan biasa. "Eeeh?" Sufyan bersuara panik melihat lampu suluh tiada di jalannya.
Mata Sufyan menangkap imej lampu suluh di kaki katil. Belum sempat dia mengambilnya, Umayma segera masuk ke dalam dan mencapai lampu suluh itu.
"Ah..." Sufyan mendongakkan wajahnya ke atas. Tiba - tiba, kepalanya ditendang oleh Umayma. Nasib dia sempat bertahan pada lantai sebelum bangun kembali.
"Perangai mama pelik dan... macam dikawal." Sufyan bergerak laju menuju ke arah Umayma. Dia melalui di bawah kangkang Umayma yang luas kerana berlari.
Umayma membrekkan kakinya melihat Sufyan muncul di hadapannya tanpa diduga. Sufyan yang mempunyai refleksi yang pantas segera merampas alat suluh di tangan Umayma.
"Nanti, abang Haq!" Kedengaran suara Surfina melarang Qaulalhaq. Mungkin Qaulalhaq sudah masuk ke dalam rumah.
Sufyan yang perasan Umayma yang terleka melompat melepasi Umayma. Dia mendarat dengan dua kaki dan tangan kanan di lantai. Lantas dia berlari ke pintu keluar apabila Umayma menoleh ke arahnya.
"Huh... huh..." Tercungap-cungap Sufyan mengambil nafas sambil berlari. Dikejar oleh Umayma... atau bukan Umayma di belakangnya. Siapa tidak panik, bukan?
"Sufyan?" Qaulalhaq memegang bahu Sufyan yang berlari, serta-merta pergerakan Sufyan terhenti. "Kenapa berlari ini? Tak tukar baju sekolah lagi?"
"Pulangkan balik mesin masa itu, Sufyan!" arah Umayma. Dia perlukan benda itu, tetapi budak-budak itu sibuk menghalangnya!
"Umayma, kenapa dengan kau kusut semacam saja? Macam orang gila aku tengok." Lancar mulut Qaulalhaq mengujarkan soalan tanpa bertapis. Dia yang tidak tahu apa-apa mendekati Umayma di anak tangga.
Sufyan tidak mahu membuang masa, laju keluar dari rumah dengan mesin masa di tangannya. Apa yang di dalam otak budak dua belas tahun itu cuma membawa lari mesin masa itu.
"Sufyan!" Surfina yang berdiri di sebelah pangkin menghampiri Sufyan. Bahu adiknya dipegang. "Kau sedar ke apa yang kau buat sekarang ini?"
"Ya, aku sedar. Aku rasa... ada yang tak kena dengan kak..." Sufyan terdiam seketika. Mesin masa itu digenggam dengan lebih erat. "Tak, ada sesuatu yang tak kena dengan mama."
"Umayma, kenapa perangai kau pelik sangat sekarang ini?" Qaulalhaq bertentang mata dengan mata isterinya yang membulat besar, seperti menahan marah. "Ini bukan Umayma yang aku kenal."
"Aku. Cuma. Nak mesin masa aku. Sahaja." Umayma seakan memberontak. Dia mahu berlari mendapatkan Sufyan tetapi terhenti dengan pegangan Qaulalhaq.
"Aku perasan, bila mama balik sahaja. Perangai dia jadi macam kau. Kuat marah." Sufyan menerangkan di sebalik apa yang dilakukan. Sempat kutuk kakaknya lagi.
YOU ARE READING
Kepada 15 Tahun Yang Lalu
Roman pour Adolescents𝓚𝓮𝓹𝓪𝓭𝓪 15 𝓣𝓪𝓱𝓾𝓷 𝓨𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓪𝓵𝓾... ...................................... "Adik harap, adik boleh jumpa mama. Walaupun syurga adik tiada dekat sini, adik tetap boleh masuk syurga kan?" - SUFYAN QASHAD. Surfina dan Sufyan. Dua beradi...