BUKU-BUKU yang disusun di atas meja itu ditarik ke dada. Yalah, esok hendak sekolah. Susunlah jadual. Tidaklah kalut susun jadual sebelum pergi sekolah. Naya kalau tersalah jadual ataupun terlupa bawa kotak pensel.
Mata Umayma menangkap helaian kertas yang mendarat perlahan-lahan ke kakinya. Dia meletakkan terlebih dahulu buku itu ke atas meja lalu mengambil kertas yang terjatuh.
"Eh? Kertas apa ini?" Kertas itu Umayma belek ke belakang. Hatinya tersentak melihat nama yang tentera pada surat itu. "Daripada Surfina dan Sufyan..."
Baru beberapa minit yang lepas dia 'menghantar' Sufyan dan Surfina. Jantung ini mula berdetak rindu sudah. Umayma meneruskan membaca setiap bait dakwat itu. "Kepada abang Haq?"
Umayma membuka lipatan surat itu. Dengan khusyuk dia membaca sehingga tidak perasan bahawa si singa sudah masuk kembali ke kandangnya. Okey, ini ayat kurang ajar buat kali kedua.
"Hoi, kau baca apa itu?" Qaulalhaq menegur Umayma yang duduk sambil memegang kertas itu. Walaupun kedengaran kasar, dalam hatinya ada taman tau!
"Rasanya... surat ini untuk awaklah. Bacalah. Saya nak tulis surat kejap!" Umayma menghulurkan lipatan kertas kepada Qaulalhaq yang terpinga-pinga. Tanpa banyak soal, Umayma terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi plastik dan mencapai kertas kajang
"Surat? Kau nak tulis surat dekat jantan mana pula ini?" Nada suara Qaulalhaq berbaur cemburu. Tetapi muka kena kawal supaya sentiasa ketatlah.
"Adalah... tetapi bukan jantan. Untuk Surfina dan Sufyan." Umayma berterus-terang. Lagipun tidak elok menipu, tidak berkat hidup. Pen berdakwat biru di dalam kotak penselnya diambil.
Qaulalhaq merenung kosong surat itu seraya tangannya membuka lipatan itu. Langsung tidak dibaca apa tentera di hadapan. Dasar Qaulalhaq. Ini kalau surat dari Kaitou Joker, mesti dilempar ke luar sebab rasa tidak menarik.
Kepada abang Haq,
Kita orang tahu abang Haq tak akan baca awal-awal. Tidak apa hendak kita orang hendak cakap dekat sini. Cuma, jaga mama baik-baik, tau!
Jumpa di 15 tahun akan datang, papa!
Surfina dan Sufyan
Qaulalhaq tersenyum pada setiap perkataan yang dibacanya. Dia sebenarnya sudah tahu yang Surfina dan Sufyan anaknya dan Umayma. Cuma dia belum tahu tentang kematian Umayma.
Qaulalhaq berbisik kecil dengan satu sengihan. "Heh, jumpa kau or... anak-anak papa dekat masa depan juga..."
Walaupun tidak jelas, Umayma hanya mengukir senyum melihat sengihan pada wajah suaminya. Dia menyambung menulis sesuatu di atas kertas itu.
Kepada 15 Tahun Yang Lalu...
Dakwat biru itu mula keluar mengikut lorekan pen biru yang ditarikan Umayma.
"Pertama kali berjumpa dengan kau orang, akak... err, mama? Tak apa pakai mama, kan? Terasa kekok pula. Ehem! Kita mula balik."
Gelagat Sufyan yang berada di atas katil menarik perhatian Surfina tatkala adiknya seperti memanggilnya. Sufyan seperti menjelaskan dia menjumpai surat daripada glob salji itu.
Malah, Sufyan turut mengajak kakaknya untuk duduk. Sempatlah Surfina bergurau dengan mengimpitkan adiknya ke hujung dinding. Setelah usikan itu tamat, dua beradik itu mula membaca surat dari mamanya.
"Kalau mama ada anak. Mama nak dia orang datang dekat mama, cerita semua masalah dia orang dekat mama. Mama tak naklah dia orang pendam perasaan dia orang sendiri."
"Hey, buat apa lagi kau orang itu? Kata hendak bersiap sebelum Ayah Long dengan Ayah Su datang." Qaulalhaq menyapa anaknya di muka pintu. Baca apa entah, dia malas ambil tahu.
"Yalah..." Surfina dan Sufyan hanya akur. Mereka meletakkan surat yang sudah selesai dibaca ke tepi.
Qaulalhaq menjongketkan kening melihat anak-anaknya menurut dengan baik. Wah, selama ini tidak macam ini pun. Selepas jumpa dirinya masa silam, lain macam perangai. Bagus, bagus!
"Kepada 15 Tahun yang lalu."
"Semuanya sudah lepas. Semuanya sudah berlaku."
"Assalamualaikum!" Suara seseorang memberi salam daripada luar rumah. Sufyan berlari anak menuju pintu rumah bersama kunci. Pasti itu ahli keluarga yang lain.
"Kepada 15 Tahun yang akan datang..."
Qasyid juga Qasim serta isterinya masuk ke dalam rumah. Perut isteri Qasim yang membuncit menandakan ada makhluk Allah menumpang di dalam. Langkah kedua adik-beradik Qaulalhaq itu diikuti dengan langkah Puan Marisa dan Encik Zakarian
"Teruskan melangkah mencapai kejayaan sehingga kita nampak kejayaan itu. Tidak kira dengan cara mengesot..."
Ahli keluarga itu rancak berbual. Kadang-kadang terselit ketawa antara mereka. Dengan mulut Sufyan yang riuh, memang meriah sungguh suasana.
"... merangkak, berjalan atau gunakan tongkat. Asalkan kita ada kemajuan."
Potret gambar keluarga yang digantung di atas televisyen dipandang oleh tiga anak-beranak. Siapa lagi kalau bukan Qaulalhaq, Surfina dan Sufyan. Gambar di mana potret di pusat beli-belah diambil.
"Kepada 15 Tahun Yang Akan Datang."
Qaulalhaq, Sufyan dan Surfina saling berpandangan sebelum mereka bertiga tersenyum sendiri. Sama macam mereka bertiga pada 15 tahun yang lalu.
"Mama akan sayangkan papa, kedua anak mama sampai bila-bila walaupun nyawa mama tak ada lagi ketika itu."
"Hey, kau tak nak tidur lagi ke Umayma? Nanti jangan sampai aku rendam kau dalam perigi, susah sangat hendak bangun." Qaulalhaq yang baring di atas katil itu mengugut Umayma.
"Tak apa, awak rendam. Saya boleh berenang. Eh, macam pantun pula!" Umayma tertawa kecil dengan pantun dua kerat yang diciptanya secara spontan.
Qaulalhaq hanya menggeleng kecil. Dia sempat menyorok senyumannya sebelum merebahkan kepalanya ke bantal. Macam-macamlah bini aku ini.
Umayma menyimpan kepingan surat itu di bawah glob salji pemberian bapanya. Dia tersenyum kecil sebelum berlalu dari meja untuk pergi melayari alam mimpi.
.
.
.
.KEPADA 15 TAHUN YANG LALU
...
"Saya sayang semua..."
- UMAYMA SHAHEERA(Tamat)
YOU ARE READING
Kepada 15 Tahun Yang Lalu
Fiksi Remaja𝓚𝓮𝓹𝓪𝓭𝓪 15 𝓣𝓪𝓱𝓾𝓷 𝓨𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓪𝓵𝓾... ...................................... "Adik harap, adik boleh jumpa mama. Walaupun syurga adik tiada dekat sini, adik tetap boleh masuk syurga kan?" - SUFYAN QASHAD. Surfina dan Sufyan. Dua beradi...