MESIN masanya Umayma simpan di bawah sorok laci. Rasa sendu mula melanda dalam jiwa. Yalah, buat mesin masa... tenaganya tiada. Baik jadi perhiasan sahaja dalam laci ini.
"Ting!"
"Eh, bunyi lagi? Takkan 'peminat' aku yang hantar kot. Rajin pula dia hantar mesej pada aku." Umayma memeriksa pesanan mesej itu sambil mengomel sendiri.
Disebabkan pak cik 'noktah, noktah, noktah' selalu hantar 'mesej cinta' padanya, Umayma meletakkan nama samaran 'peminat' padanya. Ini kalau Qaulalhaq tahu isteri dia ada 'peminat, mesti pak cik itu dihantar ke alam sebalik mata.
Mesej beberapa hari lepas dibuka.
Selasa, 11 Mei 2004 - 4:15 PTG
𒊹︎︎︎𒊹︎︎︎𒊹︎︎︎
Aku sentiasa perhatikan kau. Aku tahu kau kekurangan tenaga untuk hidupkan mesin masa. Aku akan tolong kau, dengan syarat... kau akan tolong aku.Berderau darah Umayma membacanya. Bagaimana orang ini tahu yang dia sudah menyiapkan mesin masanya? Cuma ahli keluarga terdekat sahaja tahu yang mesin masanya sudah siap.
"Hahaha, takkan dia letak alat pengintip macam dalam cerita detektif pula dekat belakang telefon aku?" Umayma memeriksa belakang telefonnya. Sempat dia melawak untuk menenangkan hatinya.
Umayma berdesis kasar. "Tak ada."
Umayma tidak berputus asa, terus diperiksa pada siling dengan memanjat kerusi. Belakang almari dan juga bawah cadar. Namun, tiada langsung alat pengintip di mana-mana.
"Jadi..." Umayma memandang laci sorok yang dibuka, menampakkan mesin masanya. "Macam mana 'dia' tahu?"
Umayma terjun daripada kerusinya. Bergegar sekejap rumah itu. Kalau berat Umayma seberat Beast Titan ataupun gorila, tinggal rangka sahajalah rumah itu. Meraung kontraktor nanti.
Umayma mengetap bibir. Dia menggenggam penumbuknya. "Tak boleh jadi, aku kena pergi tempat itu juga!"
Sementara itu, di luar rumah, beberapa baju di besi penyidai kain ke hadapan sedikit kerana ditolak angin. Sebuah cip tidak diundang berkelip cahaya berwarna merah berkali-kali pada salah satu baju tersebut.
"Huargh, selesai juga sidai kain!" Sufyan meregangkan otot-ototnya. Macam sidai seratus kain nampak gayanya.
Surfina memandang Sufyan dengan pandangan menoya. "Kau ini, sidai kain sahaja pun. Bukan besi penyidai ini dekat Jepun sampai kau kena ulang alik pakai kereta nak sidai kain. Itulah. Pemalas betul."
"Eh, siapa yang panggil itu? Macam Qasyidlah!" Sufyan terus berlari masuk ke dalam rumah. Mungkin tidak mahu tahi telinganya cair mendengar bebelan Surfina.
"Budak ini..." Surfina hanya memandang kelibat Sufyan dengan ekor matanya. Sengaja mahu lari itu! Bakul kosong diangkat bersamanya masuk ke dalam rumah.
"Ha, terima kasih tolong sidaikan kain." Puan Marisa mengucapkan terima kasih sebaik sahaja Surfina dan Sufyan masuk ke dalam rumah.
"Biasa-biasa sahaja, ibu. Lain kali bagilah tugas lain kat kami, mesti kami boleh buat punya." Sufyan sempat berbangga diri. Entah mengapa sikapnya jadi begitu. Mungkin kesan lepas terhantuk dekat jalan tar.
"Hrm..." Surfina memutarkan bola matanya. Sembang kencang adik aku ini. Mentang-mentang cucu kesayangan nenek. Bakul diletakkan ke bilik air, bersebelahan mesin basuh.
"Umayma, kamu nak pergi mana pula?" Suara Puan Marisa menarik perhatian Surfina. Segera Surfina keluar daripada dapur.
Kelihatan Umayma di anak tangga sudah siap bertudung dengan menyarungkan seluar traitsut dengan baju berbelang biru dan kuning.
YOU ARE READING
Kepada 15 Tahun Yang Lalu
Novela Juvenil𝓚𝓮𝓹𝓪𝓭𝓪 15 𝓣𝓪𝓱𝓾𝓷 𝓨𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓪𝓵𝓾... ...................................... "Adik harap, adik boleh jumpa mama. Walaupun syurga adik tiada dekat sini, adik tetap boleh masuk syurga kan?" - SUFYAN QASHAD. Surfina dan Sufyan. Dua beradi...