"HUH... huh..." Surfina tercungap-cungap mengambil nafas, memandang ke arah sekeliling. Sekali-sekala, dia mencari kelibat Umayma di sekitar pasar raya itu.
Qaulalhaq yang sudah hampir selesai mencari, mendekati Surfina. "Aku tak jumpa. Kau jumpa tak?"
Melihat gelengan Surfina, Qaulalhaq mengusutkan rambutnya sendiri. Tiak muka pun macam baru lepas merentas desa. Masakan tidak, sudah hampir tiga jam mereka mencari Umayma!
"Macam mana? Jumpa tak?" Puan Marisa yang memimpin Qasyid menghampiri mereka.
"Tak jumpa, ibu. Hurgh..." Qaulalhaq sudah menggenggam penumbuknya sendiri. Jangan-jangan...
"Entah-entah, penghantar mesej ini yang culik Umayma." Surfina menyatakan teorinya. Telefon Nokia milik Umayma ditunjukkan kepada Puan Marisa.
Encik Zakaria di sebelah Puan Marisa sudah berdecit kuat. "Tch, sejak bila mesej ini sampai ke Umayma?"
Teragak-agak Surfina ingin memberitahu. Tarikh mesej pertama itu dihantar diperiksa. "Rasanya... lapan Mei yang lepas."
"Lapan Mei? Fuuh, lama itu. Satu pasar raya ini dah cari, tapi kelibat kak Umayma tak jumpa pun." Sufyan yang baru tiba ke arah mereka mengelap peluh di leher menggunakan baju. Haih... rasa macam buat senaman Pendidikan Jasmani sahaja.
Qaulalhaq berpusing dan meninggalkan keluarganya tanpa sepatah kata. Mungkin mahu mencari Umayma. Belakang bajunya sudah basah kerana terlalu lama mencari isterinya.
"Qaulalhaq." Si ayah memegang bahu anaknya, menghentikan anaknya dari bertindak meluru.
"Ayah, Umayma hilang itu. Takkan nak biar sahaja dia kena culik. Kalau ada apa-apa jadi dekat dia?" Nada suara Qaulalhaq bergetar meluahkan. Jujurlah, siapa tidak risau jika orang tersayang mereka hilang?
"Tak apa, kita solat dahulu. Minta banyak-banyak pada Allah S.W.T. Allah dengar setiap doa hambanya, sayang." Puan Marisa cuba menenangkan anaknya. Dia tahu betapa sayangnya anaknya pada Umayma.
Qasyid yang masih bingung dengan situasi ini menyoal. "Akak Umayma kena ulik ke, ibu?"
Surfina membulatkan mata memandang budak kecil itu. Eh, budak Qasyid ini. Nasib budak lagi.
"Ala, mesti kakak Umayma selamat punya. Adalah sekitar sini, kan? Kita kena teruskan cari sahaja." Sufyan cuba menghilangkan kegusaran di hati semua, namun tidak menjadi.
"Jomlah solat dahulu." Tegas Qaulalhaq bersuara, langsung tidak memandang sesiapa yang ada. Mungkin tengah menahan amarah ataupun... menahan kesedihan.
Surfina turut menyesetujui kata-kata ayahnya. "Rasanya, baik kita solat dahululah."
Sufyan pun hanya tersenyum, kelat. Kasihan budak kecil ini... punyalah semangat mahu buat orang lain rasa tenang. Dipulaukan pula. Tabahlah, Sufyan.
Sufyan mengekori mereka menuju ke surau. Tiba-tiba kaki kanannya terasa seperti digigit semut. Terus dia menjerit kesakitan di situ. "Argh!"
Qaulalhaq berpaling ke belakang. "Kenapa, Sufyan?"
Surfina memandang adiknya yang memegang pergelangan kakinya. "Kaki kau cramp lagi ke?"
"Taklah." Sufyan terkedu melihat di atas pergelangan kakinya sedikit lutsinar. Dia segera menurunkan seluarnya yang dilipat. "Tak ada apa-apa."
✧✧☘✧✧
"Ergh..." Kelopak mata itu bergerak-gerak. Mungkin si pemilik badan ingin bangun daripada tidur yang lena. Lama-kelamaan, kelopak matanya terbuka dan menunjukkan iris mata berwarna hitam.
YOU ARE READING
Kepada 15 Tahun Yang Lalu
Genç Kurgu𝓚𝓮𝓹𝓪𝓭𝓪 15 𝓣𝓪𝓱𝓾𝓷 𝓨𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓪𝓵𝓾... ...................................... "Adik harap, adik boleh jumpa mama. Walaupun syurga adik tiada dekat sini, adik tetap boleh masuk syurga kan?" - SUFYAN QASHAD. Surfina dan Sufyan. Dua beradi...