"HAH, makanlah, Qasim. Pandang apa lagi? Banyak ibu masak ni. Alang-alang rezeki kau balik hari ni." Puan Marisa mula mencedok lauk ayam masak lemak cili api ke dalam pinggan di hadapan Qasim. Wajahnya jelas ceria dengan kehadiran anak sulungnya itu.
Buat pertama kalinya, waktu makan petang jadi meriah sebegini.
"Eh, mestilah makan! Lama tak rasa masakan ibu ni. Terima kasih, ibu." Qasim tersenyum memandang Puan Marisa. Kemudian, dia memandang ke satu arah. "Itu isteri kau ke, Haq?"
Qaulalhaq mengangguk malas. Dia menyuap nasi ke dalam mulut tanpa bicara. Sempat dia melirik memandang wajah Umayma. Gadis itu juga diam tanpa celoteh seperti biasa. Bukan dia sahaja malah dua budak kecil sesat itu.
"Cantik isteri kau," puji Qasim.
"Tak!"
Semua memandang Qaulalhaq. Lelaki itu menarik nafas kemudian menghembus perlahan. "Kau kalau makan memang tak pandai nak senyap ke?"
Berubah riak wajah Qasim. "Aku gurau je pun. Tu pun nak marah." Lelaki itu mencebik bagaikan budak kecil. Dia terus menyuap nasi berlaukkan ayam.
"Gurau apanya, Qasim. Umayma tu isteri adik kau. Tak payah nak mengada. Cari isteri sendiri. Takkan adik ipar sendiri pun kau nak mengurat," sindir Encik Zakaria.
Qasim menggaru kepala. "Kalau macam tu Qasim mengurat Haq jelah. Dua alam. Jantan boleh betina boleh."
"Pak!"
Qasim berdesis sakit. Dia memandang ibunya yang sudah merenung tajam. "Apa ni, ibu? Sakitlah..."
"Apa ibu-ibu? Dah tak ada kerja? Ibu besarkan anak manusia tau bukan binatang. Binatang pun tak dua alam macam engkau ni. Nanti ada yang aku sebat, baru tahu." Puan Marisa menyembur laju. "Kau pun, cari isteri sendiri. Tak payah nak menyibuk dalam rumahtangga adik kau. Kalau susah sangat biar ibu yang carikan."
Terkedu Qasim mendengar bebelan wanita itu. Dia terus memandang ayahnya. "Ayah..."
"Eh, apa? Siapa kau ni? Anak kutip mana pula sesat dalam rumah aku ni?" Encik Zakaria mengabaikan anak sulungnya. Dia terus menyambung makan.
Qasim hanya redha. "Hah, dua orang ni siapa pula? Tak pernah pula nampak. Tak tahu pula ibu ada anak lain. Ke anak kutip tepi jalan?" guraunya.
"Bam!"
Sekali lagi tujuh orang di meja makan itu memandang Qaulalhaq yang menghentak meja secara tiba-tiba. Lelaki itu merenung tajam Qasim yang tampak terkedu.
"Kau jaga mulut kau." Pinggannya diambil lalu dibawa ke sinki. Usai membasuh pinggan dan cawannya, Qaulalhaq terus menuju ke bilik tidur.
Umayma, Surfina dan Sufyan berpandangan. Mereka bertiga juga bangun daripada duduk. Mujurlah pinggan sudah kosong.
"Terima kasih. Selamat malam." Ketiga mereka sempat mengucap kata sebelum berjalan terus ke bilik yang dimasuki Qaulalhaq.
Encik Zakaria dan Puan Marisa berpandangan. Qasim terdiam. Qasyid pula makan tanpa mengendahkan sesiapa.
"Kenapa tu?" soal Qasim.
✧✧☘✧✧
Tiga hari berlalu selepas Encik Luqman datang melawat dan kembalinya Qasim ke rumah itu. Pagi Sabtu yang aman-damai itu dimulakan dengan pergaduhan mulut antara Qaulalhaq dan Surfina seperti biasa.
Puan Marisa, Umayma dan Sufyan hanya mampu menepuk dahi. Tak tahu nak kata apa. Bergaduh sahaja kerja!
"Hari ni Umayma ada nak pergi mana-mana ke?" tanya Qasim dengan senyuman. Kopi yang dituang Umayma ke dalam cawan di hadapannya diambil.
YOU ARE READING
Kepada 15 Tahun Yang Lalu
Ficção Adolescente𝓚𝓮𝓹𝓪𝓭𝓪 15 𝓣𝓪𝓱𝓾𝓷 𝓨𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓪𝓵𝓾... ...................................... "Adik harap, adik boleh jumpa mama. Walaupun syurga adik tiada dekat sini, adik tetap boleh masuk syurga kan?" - SUFYAN QASHAD. Surfina dan Sufyan. Dua beradi...