"ALONG, nah air teh." Surfina menghulurkan secawan teh kepada Qasim. Hanya lelaki itu yang suka minum teh sewaktu bersarapan.
"Terima kasih." Tanpa kata Qasim terus mencicip sedikit air teh panas itu. Selalunya Umayma yang buatkan tapi budak tu tengah rajin, tak apalah kita layankan.
"Pffttt! Uhuk! Uhuk!" Qasim terbatuk-batuk, teh itu terus diletak di atas meja. "Masinnya! Kau saja kenakan aku, kan?"
"Eh, masin ke?" Surfina mengerutkan dahi. Dia mendekati rak yang menempatkan rempah-ratus dan bahan masakan lain. "Lah, gula dengan garam tertukar tempat. Maaf, along." Surfina tersengih.
Qasim mendengus. "Yalah." Usai menghabiskan makanan, dia terus bangun lalu meletakkan pinggan di sinki.
"Along, basuhlah. Penat Sufyan basuh tahu tak?" rungut budak kecil itu. Bila masa dia muncul entahlah.
"Malaslah."
"Basuh!" Kaki Qasim dipijak. Berkerut-kerut dahi lelaki itu. Nak tak nak terpaksalah dia mencuci pinggan sendiri. Apa kau ingat Sufyan itu bibik ke?
"Along, pergi kedai belikan tepung!" Puan Marisa pula muncul dengan arahannya. Duit di tangan dihulur kepada lelaki itu.
"Along pula? Haq kan ada..." keluhnya.
"Along..." Puan Marisa bercekak pinggang. "Ibu suruh pergi kedai je. Bawak budak-budak tu sekali. Dah, pergi! Tak ada tepung, tak ada makanan." Tubuh anak lelakinya ditolak. "Sufyan, Surfina! Pergi ikut along! Kalau nak apa-apa, beli je. Tapi pastikan kurang daripada RM10 tahu."
"Terima kasih, ibu!" Apa lagi, senyum lebarlah mereka berdua. "Along, jom!" Sufyan menarik tangan Qasim, manakala Surfina mencapai kunci motosikal.
"Jadi babysitter ke?" Muncul pula Qaulalhaq dengan senyuman sinisnya. Memang hari ini semua nak sakitkan hati dia ke macam mana?
"Diamlah kau."
Setibanya di sebuah kedai runcit, Sufyan dan Surfina terus meluru ke arah rak yang menempatkan makanan.
"Kau nak cari apa?" tanya Qasim. Dia memandang ke arah sekelilingnya, mencari tepung. "Cepat sikit."
"Keropok ikan tu. Apa nama dia entah... Hmm, mana eh..." Sufyan tersengih. Dia terbongkok-bongkok mencari keropok ikan kegemarannya.
"Lambat tinggal. Kau, Surfina?"
"Entah. Tak pilih lagi. Along pergilah dulu. Tapi kalau along tinggalkan kami, siaplah along!" ugut Surfina. Dia terus berjalan pergi ke rak lain.
Qasim memandang geram. "Kalau aku boleh cekik, dah lama aku cekik." Tidak mahu membuang masa, lelaki itu terus berjalan ke satu arah. Sepeket tepung diambil.
"Woi, cepat sikit!"
"Sabarlah!" Dua beradik itu menjawab spontan. Masih memilih makanan lah tu.
"Jumpa!"
Qasim memandang Surfina, mulutnya ternganga sedikit. "Kau nak banyak-banyak buat apa? Gila? Perut tempayan ke apa kau ni?"
"Mana ada. Ni stok seminggu tahu tak. Bukan Fina seorang je yang makan, abang Haq dan kak Umayma pun sibuk sekali. Along apa tahu? Meroyan je macam orang gila. Nasib Fina tak telefon Hospital Bahagia, tahu tak?" balas Surfina. Tidak cukup dengan keropok yang bertimbun di tangannya, gadis itu terus berjalan ke arah peti sejuk. Aiskrim potong berperisa durian dicapai.
"Sufyan mana?"
"Entah. Tunggu jelah. Along, bayarkan dulu semua ni. Nanti aiskrim cair." Selamba sahaja Surfina mengarahkan Qasim. Kalau dapat cekik memang seronok, bak kata Qasim.
YOU ARE READING
Kepada 15 Tahun Yang Lalu
Ficțiune adolescenți𝓚𝓮𝓹𝓪𝓭𝓪 15 𝓣𝓪𝓱𝓾𝓷 𝓨𝓪𝓷𝓰 𝓛𝓪𝓵𝓾... ...................................... "Adik harap, adik boleh jumpa mama. Walaupun syurga adik tiada dekat sini, adik tetap boleh masuk syurga kan?" - SUFYAN QASHAD. Surfina dan Sufyan. Dua beradi...