BABAK TAMBAHAN

120 21 4
                                    

"SURFINA..." Mata gadis kecil itu direnung tajam. "Surfina, tolonglah! Papa sibuk ni. Jangan menyusahkan papa boleh tak? Ke nak papa hantar balik kampung?"

  Surfina menunduk. "Maaf..."

  "Maaf tapi nanti buat lagi. Dahlah. Pergi sana. Menyusahkan."

   Air mata Surfina bergenang mendengarnya. Perkataan maaf dan Sufyan tidak lari dari bibirnya. Kaki kecil itu berlari masuk ke dalam bilik adiknya, tidak tahan dengan amarah si bapa.

   "Tik. Tok. Tik. Tok."

   Qaulalhaq menuam kain basah di atas kepala Surfina dengan penuh kasih sayang. Kaki anak perempuannya juga disapu dengan minyak gamat supaya tiada angin yang masuk ke dalam anaknya.

   Rasa bersalah terbit di dalam hati. Baran dengan dirinya seumpama lebah dengan sarangnya, tidak boleh dipisahkan. Mungkin dia masih terkesan kerana Umayma meninggal dunia selepas sahaja melahirkan Sufyan.

   Inikah dia lakukan untuk janji dia, Surfina dan Sufyan untuk berjumpa 15 tahun akan datang. Dengan memarahi mereka?

   "Maafkan papa, Surfina."

   Kelopak mata Surfina yang masih kecil itu bergerak-gerak sebelum terbuka sepenuhnya. Terpejam matanya menahan biasan matahari yang memasuki melalui cermin tingkapnya.

   Surfina bangun dari posisi terbaring tadi. Gadis kecil itu tergamam apabila sehelai kain yang basah jatuh ke ribanya. Dia menoleh ke tepi, kelihatan Qaulalhaq sudah tidur di sebelahnya.

   Paling menyebakkan, di sisi Qaulalhaq ada bubur untuknya. Mungkin ayahnya membuatnya selepas solat Subuh, dan menunggu dirinya yang demam untuk bangun.

   Surfina mencapai mangkuk itu. "Fina kena makan. Sebab ini dari papa." Surfina kemudian memakan isi bubur yang sudah sejuk itu ke dalam mulutnya.


Kepada 15 Tahun Yang LaluWhere stories live. Discover now