Bab 57

2.5K 165 9
                                    

     Beberapa buah file dicampak ke atas meja kerjanya. Jari yang sedang menari-nari di atas keyboard terhenti sebelum wajah lelaki di hadapannya dipandang tanpa riak.

     "Tolong siapkan kejap. Sumpah aku sakit perut sekarang. Kerja ni nak kena hantar sebelum pukul satu." Brian memegang perutnya yang asyik memulas sejak pagi tadi. Entah apa yang dia telah makan semalam.

     "Yang lain semua tengah sibuk. Kau buatlah boleh siap cepat sikit... arghh hujung-hujung dah ni!" Bersama wajah yang berkerut teruk menahan pedih di dalam perutnya, dia terus berlari keluar.

     Haraz membelek file itu. Banyak juga yang masih tak siap ni. Pandangannya dilarikan ke arah jam dinding, 20 minit lagi nak masuk pukul satu petang. Nafas kasar dihela keluar.

     "Babi betullah Brian ni." Haraz menoleh ke arah kerjanya yang juga masih tidak siap. Kepalanya dipegang. Stress!

     "Sebab tu kita perlukan 'percutian', on tak on?" Edward melihat wajah tertekan Haraz seraya melabuhkan punggung di atas kerusi bertentangan lelaki itu.

     Haraz membalas renungan biasa Edward. Lama dia merenung lelaki itu. Jika orang lain di hadapannya ini, mereka akan menunduk kerana rasa gerun dengan renungannya namun bukan bagi Edward. Lelaki ini adalah salah seorang manusia yang tidak takut bertentangan mata dengannya.

     "Busy." Satu jawapan ringkas diberi membuatkan Edward tersenyum sinis. Bukan mudah untuk membuat Haraz bersetuju, lelaki ini terlalu berkerja keras sehingga tiada masa untuk menenangkan jiwa yang lelah.

     "Come on Haraz. Bila masalah ni nak selesai kalau kita tak mulakan?"

     "Budak tak guna tu punca semua dalam bahaya, suruh dia settle sendiri." Haraz kembali menghadap komputer miliknya.

     "Lagi cepat kita bertindak, cepat jugak kau dapat... Faham-faham jelah eah?" Edward mula berdiri sebelum dia melangkah keluar.

     Haraz hanya diam mentafsir kata-kata Edward. Lelaki itu sedang mengumpan dirinya untuk berkerjasama atau menawarkan sesuatu yang sememangnya dia inginkan?

     "Cepat atau lambat, sama je bagi aku," kata Haraz sendiri sebelum dia kembali menyambung kerja.

     Edward melangkah menuju ke bilik pejabat Denizz. Dia terdengar kata-kata terakhir Haraz sebentar tadi, nampak seperti masih berdegil tidak mahu ikut. Mungkin dia perlu meminta bantuan Denizz.

     "Kau tak ada kerja ke? Berjalan sana sini, kau ingat office ni bapak kau punya?" Andy membebel kepada Edward yang berada di muka pintu. James dan Aman tertawa kecil manakala Denizz diam memandang wajah biasa Edward.

     "Kelakar ke?" Edward menyoal lelaki-lelaki yang tertawa itu.

     "Kau tak jumpa ke kelakar tu kat mana? Nak aku tolong carikan?" Andy benar-benar sedang mencari masalah dengan Edward.

     "Diam bodoh! Buat kerja kau tu bodoh! Eh banyak cakap pulak bodoh ni." Denizz menjeling tajam wajah Andy.

     "Kau maki aku? Kau tu bos! Sepatutnya tunjuk contoh yang baik untuk anak-anak buah! Sial lah bos ni!" balas Andy yang sedang bengang. Kerjanya disambung.

     "Pergi mampus," kata Denizz sebelum wajah Edward dipandang.

     "Kau buat apa kat sini? Dah tak ada kerja lain? Aku banyak je kerja yang boleh bagi kat kau." Denizz membebel sambil membelek helaian kertas.

𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲Where stories live. Discover now