Bab 39

3.2K 224 11
                                    

     "Siapa dia? Ayam kau ke? Penting untuk aku ingat?" Jawab Deyzrill menggunakan soalan.

     "Kau jangan nak kurang ajar Rill, dia penting bagi aku! Kau dah gunakan dia then kau biarkan dia macam tu je? Kau memang tak guna." Khaish mengetap gigi. Sungguh panas hatinya melihat riak tenang Deyzrill.

     "Kau dah salah orang kut. Aku tak pernah rapat dengan perempuan lain selain perempuan gila yang acah cantik ni, sumpah." Deyzrill memandang Naylisa di sebelah. Mata mereka bersambung tepat sebelum dia tersentak dipukul gadis itu.

     "Settle masalah awak dengan Sania watak baru dalam hidup awak ni Rill. Saya tak nak ambik tahu." Naylisa mengangkat kedua-dua belah tangannya sebelum dia berlalu memasuki perut kereta.

     "Gila ah, perempuan ni percaya?" Deyzrill hanya melihat pintu kereta ditutup.

     "Kenapa gila? Muka macam taik dah aku tengok, bincang apa kat luar?" Soal Hyrans pada adiknya yang hanya menayangkan wajah masam.

     "Apa hubungan Sania dengan Rill?" Soal Naylisa bersama dahi berkerut. Hyrans dan Emir adalah sahabat baik Deyzrill, tak mungkin mereka tidak tahu-menahu soal ini. Hyrans terdiam.

     "Sania mana pulak? Bodohlah, kita dah lambat nak pergi airport sekarang ni, sibuk dengan perbincangan yang entah apa-apa tu." Emir mengurut dahinya bersama riak wajah tertekan.

     "Hola, mi nombre es Sania. Puedo tenerte esta noche?" (Hai, saya Sania. Boleh saya layan awak malam ni?)

     Sebaris ayat ini mengingatkan Hyrans tentang sesuatu yang pernah terjadi beberapa tahun yang lepas. Tanpa banyak bunyi, Hyrans terus melangkah keluar.

     Mungkin Deyzrill tidak tahu tentang gadis itu oleh kerana Deyzrill sering dengan sifatnya yang tidak ambil peduli tentang apa yang terjadi di sekelilingnya.

     "Dia mati disebabkan kau, apa yang kau dah buat Rill?"

     Hyrans mendengar soalan Khaish. Memang benar Sania sudah tiada. Apa yang Khaish mahu hebohkan lagi? Mereka semua tidak pernah membunuh perempuan, tak mungkin kematian Sania adalah disebabkan Deyzrill.

     "Khaish..." Hyrans menyeru perlahan nama lelaki itu.

     "Kenapa? Kau terkejut dengar berita yang kakak kau dah mati?" Khaish memandang wajah kacak Hyrans.

     "Aku dah lama tahu dan kematian dia tak ada kaitan dengan Rill atau Naylisa. Apa lagi yang kau tak puas hati ni?" Soal Hyrans bernada tenang. Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.

     "Perempuan mana yang kau orang maksudkan ni? Kalau tak ada apa-apa, aku nak masuk kereta dulu." Belum sempat Deyzrill membuka langkah, Hyrans bersuara.

     "Aku tahu otak kau lambat berfungsi Rill tapi Sania tu salah seorang perempuan yang pernah mintak kau langgan dia kat kelab dulu," kata Hyrans berterus-terang.

     "So, what? Aku mabuk macam mana sekalipun, aku tak sentuh perempuan. Tak kiralah cantik ke bu..." Kata-kata Deyzrill dipintas Khaish.

     "Naylisa tu apa?" Soal Khaish tenang.

     Teringat tentang aduan Naylisa padanya yang dia tidak mahu meneruskan kerja ini oleh kerana Deyzrill telah merogolnya.

     Dia sangat mengenali Naylisa, gadis itu cukup menjaga maruah diri sehinggalah segalanya berubah setelah gadis itu rapat dengan Deyzrill. Impian untuk menjadikan Naylisa sebagai pekerjanya lesap begitu saja.

𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲Where stories live. Discover now