Bab 62

2.1K 150 17
                                    

     Kereta diberhentikan di dalam perkarangan sebuah homestay. James menoleh ke seat belakang. Darqiez sudah siap sedia ingin melangkah keluar manakala Darviez masih nyenyak tidur.

     "Dah sampai ni, bangunlah." James menolak-nolak bahu Darviez namun tiada sebarang tindak balas.

     "Angkat jelah dia," kata Haraz tanpa nada sebelum dia melangkah keluar.

     "Dahlah gemuk lepas tu nak aku dukung," omel James.

     "Uncle boleh pilih untuk heret dia keluar. Qiez bagi kebenaran," kata Darqiez yang duduk di sebelah Darviez.

     "Heret? Nampak macam kejam sangat pulak buat kat anak bos macam tu."

     "Okey." Darqiez terus melangkah keluar. Biarlah Uncle James menyelesaikan masalah ini sendiri.

     Terpaksalah James mencempung tubuh Darviez keluar dari perut kereta. Darviez mencelik mata sebaik sahaja tubuhnya mendarat di atas sebuah sofa di ruang tamu.

     "Kenapa uncle tak masukkan terus dalam bilik? Kan Viez tengah tidur ni." Darviez kembali memejamkan matanya.

     "Kurang ajar betul budak ni. Aku kejut tadi buat tak tahu je."

Brian yang juga berada di situ tertawa kecil. Senang betul ditipu budak-budak.

     "Janganlah marah-marah uncle. Hidup kena chill selalu." Darviez duduk bersandar pada sofa.

     "Chill kepala otak kau." James terus melangkah keluar.

     "Bahayalah Uncle James selalu marah-marah macam tu. Patutlah muka dah berkedut." Darviez memandang Brian.

     "Nasib baik dia marah sikit je. Kalau dia mengamuk tadi uncle tak tahu." Brian menggeleng kecil.

     "Hantu mengamuk Viez takut tapi kalau setakat Uncle James tu, bagitahu jelah kat daddy. Biar dia kena marah."

     Belum sempat Brian menjawab, mereka berdua menoleh serentak ke arah Naylisa dan Meriya yang berbual lalu tertawa tidak jauh dari mereka.

     Darviez membuat isyarat menyuruh Brian mendekat. Brian menurut tanpa kata.

     "Kenapa perut perempuan-perempuan dalam rumah ni semuanya besar?" bisik Darviez.

     "Sebab ada babylah. Soalan apa kau tanya aku ni? Dia orang kan dah kahwin."

     "Viez tahulah ada baby. Viez cuma nak tahu macam mana dia orang boleh mengandung serentak." Darviez masih menggunakan nada perlahan.

     "Tak payah fikirlah pasal tu. Tak penting langsung untuk kau. Lebih baik kau pergi belajar pandu kereta ke apa." Brian menjeling Darviez. Bahaya budak ni, semua benda nak tahu.

     "Viez curious sampai sekarang. Tiga orang perempuan bersama tiga perut buncit dalam rumah ni. Tapi Aunty Naylisa gemuk, kan uncle?"

     "Siapa gemuk?" soal Naylisa yang berdiri di belakang sofa.

     "Sibuk je aunty ni. Kita orang tengah mengumpat hal-hal lelaki. Tak apalah Viez nak pergi jumpa mummy." Laju saja Darviez bangun kemudian melangkah pergi.

     Naylisa memandang Brian yang beriak biasa sejak tadi.

     "Saya dengar budak tu sebut nama saya tadi..."

     "Dia cakap kau gemuk. Good night." Brian juga melangkah pergi.

     Naylisa memandang tubuhnya. Perutnya diusap lembut. Gemuk sangat ke aku ni?

𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲Where stories live. Discover now