Bab 36

3.3K 228 14
                                    

     Mereka mengambil keputusan untuk bersama-sama serbu rumah agam milik Hernadezz Hector iaitu ayah kepada tiga orang beradik di dalam ahli mereka.

     Mansion Denizz yang lain terletak sangat jauh dan mengambil masa agak lama untuk tiba di sana membuatkan Denizz tidak terfikir untuk balik ke mansionnya. Lagipun, sudah lama dia tidak melawat Hernadezz Hector dan Jasmine Haliyan oleh kerana terlalu sibuk menguruskan hal di pejabat.

     Tiba di hadapan rumah, Deyzrill terdiam setelah bangun daripada tidur. Sekeliling kawasan itu direnung, rumah ini. Rumah yang menjadi penyebab mengapa dia lebih memilih untuk pergi dari hidup mereka semua.

     "Kau okay tak bro?" Soal Hyrans yang masih duduk di tempat pemandu. Deyzrill menggeleng kecil sebelum wajahnya ditunduk.

     "Relaxlah bro. Kekuatan kau ada kat luar tu, pergi peluk dia mintak tenaga sikit. Hyper semacam je aku tengok perempuan tu pagi-pagi buta ni." Kata Emir sambil menunding jarinya ke arah Naylisa yang berdiri di tepi kereta.

     "Pagi buta? Dah tengahari bodoh!" Hyrans menunjal dahi Emir sehingga belakang kepala lelaki itu terhantuk pada tingkap kereta.

     Tuk!

     "Iye ke tengahari? Patutlah lapar semacam. Kedekutnya Denizz, langsung tak belanja breakfast..." Emir menggosok-gosok belakang kepalanya yang terasa sakit.

     "Denizz cakap, ada makan besar kat dalam." Kata Hyrans bernada bisik.

     "Okay ni aku suka." Emir terus melangkah keluar daripada kereta sebelum pintu dihempas kuat.

     "Bila fasal makan, laju je anjing tu bergerak." Hyrans membetulkan rambutnya melalui cermin belakang.

     Deyzrill masih lagi tunduk dan diam. Dia tidak tahu reaksi seperti mana yang harus ditunjukkan kepada mummy dan daddy jika mereka bersua muka. Adakah dia perlu menebalkan muka dalam masa beberapa hari selama mereka semua menumpang di sini?

     "Stress sial!"

     Tiba-tiba Deyzrill menjerit dengan begitu kuat membuatkan Hyrans terkejut beruk manakala Naylisa pula mengintai ke dalam kereta melalui tingkap gelap itu dan dia langsung tidak nampak apa-apa yang berada belah dalam. Terserlahlah kebodohan yang dipendam gadis itu selama ini.

     "Rill, awak okay?" Naylisa yang telah membuka pintu penumpang belakang itu kelihatan sedikit cemas melihat keadaan suaminya di dalam.

     "Jom tidur kat hotel. Aku tak nak masuk rumah ni," Deyzrill memandang Naylisa bersama wajahnya yang jelas kelihatan sedang tertekan.

     "Jomlah masuk dalam, Rill. Tengok yang lain dah mula masuk, takkan nak tidur kat hotel? Kita dah sampai sini pun, kan?" Lengan suaminya dipegang erat.

     "Please sayang. Aku... aku..."

     "Awak takut daddy marah awak lagi?" Pintas Naylisa.

     Deyzrill tidak memberikan sebarang tindak balas, sungguh dia buntu ketika ini. Naylisa terus menarik kepala Deyzrill lalu disembamnya wajah lelaki itu pada dadanya. Dia tahu Deyzrill memerlukan kekuatan seorang isteri ketika ini, mungkin?

     "Relax okay. Daddy akan berlembut hatinya tengok anak bongsu dia yang terlebih comel ni balik rumah selepas tujuh tahun, eh lapan tahun... ke sembilan?" Naylisa mula keliru. Dia sudah tidak ingat tentang kisah sedih suaminya itu.

𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲Where stories live. Discover now