Bab 58

2.4K 179 27
                                    

     Dulang air diletakkan ke atas meja. Gelas yang berisi air kopi itu disusun, tiba-tiba tangannya tertepis segelas air sehingga tertumpah di atas meja.

     "So... Sorry..."

     Tidak tahu mengapa dia menggelabah secara tiba-tiba begini. Jika dahulu dia hanya berlakon menjadi seorang yang gelabah demi memikat Haraz memandangkan lelaki itu lebih tertarik kepada kelainan seseorang wanita.

     Walaupun begitu, dia masih tidak berjaya. Dia fikir perempuan 'unik' seperti itu mampu melembutkan hati batu Haraz. Lakonannya telah memakan diri sendiri, sehingga kini Haraz masih membenci dirinya.

     "Biar I tolong." Rafiqi menarik beberapa helai tisu sebelum dia membantu gadis itu mengelap air yang tertumpah. Shahirah terdiam.

     "So you dah makin sihat?" Rafiqi memulakan perbualan bagi mengurangkan rasa janggal di antara mereka berdua.

     Shahirah hanya mengangguk kecil. Kesilapannya terhadap Rafiqi terlalu banyak sehingga tidak dapat dihitung namun lelaki ini masih mencari dirinya. Mengapa?

     "I datang sini sebab nak ambil you. I dah berbincang dengan Denizz dan dia setuju. Dah tiba masanya you tinggal dengan mama papa I macam dulu, right?"

     Shahirah diam merenung lantai. Otaknya cuba mentafsirkan kata-kata Rafiqi. Setelah apa yang dia lakukan, lelaki ini masih ingin bersamanya seperti dahulu?

     "Raf... I rasa I tak boleh. Macam-macam I tipu you. You tak perlu pun jadi baik macam ni dekat perempuan jahat macam I. I dah kecewakan you berkali-kali..."

     "Shahirah... I tak mintak banyak. Cukup sekadar you terima I balik. You tak nak ke tunaikan impian kita sejak grad dulu?" Rafiqi masih memujuk.

     "Kahwin dengan I ya? Kita bina hidup baru," sambung Rafiqi lagi.

     Sepasang mata Shahirah mula berkaca-kaca merenung lantai. Impian itu terkubur setelah dia menerima tawaran pekerjaan di syarikat Hazi. Waktunya bersama lelaki ini berubah sekelip mata sehingga dia benar-benar mengambil keputusan untuk menjauhkan diri dari Rafiqi yang terlalu baik untuknya.

     "Pandang I, you masih cintakan I kan?" Rafiqi memegang lengan Shahirah. Jawapan anggukan Shahirah membuatkan Rafiqi mengukir senyuman lebar.

     Mungkin apa yang telah berlaku terhadap Shahirah dahulu akan memberi banyak pengajaran baru. Dia yakin gadis ini hanya tersilap langkah sehingga termasuk ke dalam mulut buaya.

     "Jaga diri kat sana okey? Majlis nanti jemput-jemputlah kami semua." Meriya memeluk erat tubuh Shahirah.

     "Mestilah saya jemput sepupu kesayangan saya ni. Kirim salam kat Pak Azhel dengan Mak Fidah tau."

     Shahirah membalas lambaian tangan Irene, Naylisa, Meriya dan juga Humairah. Dia harus pergi malam ini juga. Cukup lama dia tinggal di bawah jagaan Denizz, sudah tiba masanya untuk dia pergi.

     Sungguh dia berterima kasih kepada keluarga Denizz. Dia dilayan dengan begitu baik. Banyak masalah yang menimpa keluarga ini namun mereka semua masih mampu bermain-main seperti selalu. Mungkin hal itu yang membuatkan mereka semua nampak tidak tertekan sekiranya berhadapan dengan masalah.

     "Settle," kata Edward sebaik sahaja pintu pagar besi itu tertutup rapat.

     "Apa yang settle?" James di sebelahnya mengerutkan dahi. Tinggal mereka berdua saja di luar itu.

𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲Where stories live. Discover now