Bab 46

2.6K 183 16
                                    

     Denizz melabuhkan punggungnya ke atas sebuah kerusi menunggu di lobi. Ucapan terima kasih dihadiahkan kepada seorang pekerja wanita yang meletakkan secawan air kopi di atas meja.

     Lama dia merenung air bewarna hitam pekat itu tanpa ada rasa untuk mencicipnya. Nafas kecil dihela keluar. Adakah semua yang berlaku ini adalah salahnya? 

     Kini sudah masuk kali ketiga dia ke syarikat ini bagi bertemu Hazi. Lelaki itu langsung tidak ingin berhadapan dengannya. Mungkin lelaki itu takut sekiranya kepalanya terus ditembak Denizz? Walaupun dia tahu yang Denizz bukanlah sekejam itu.

     "Err Tuan Denizz?"  

     Denizz mengangkat wajahnya memandang seorang gadis yang berdiri di sebelah kerusinya. Dia seakan dapat membaca senyuman kekok yang ditayangkan gadis itu.

     "Tuan Hazi..."

     "Saya tahu dia ada kat dalam. Tak apa saya boleh pergi jumpa dia sendiri." Denizz mula berdiri. Dia ditahan gadis itu dari terus melangkah.

     "Tapi bos tak nak orang ganggu dia buat masa sekarang, tuan."

     Denizz memandang gadis itu sekilas sebelum dia melangkah ke arah laluan yang menempatkan bilik majikan syarikat ini. Dia ke sini bukan untuk mencari masalah, dia hanya ingin berbincang secara baik.

     Pintu bilik pejabat Hazi diketuk sebanyak tiga kali sebelum pintu yang sedikit terbuka itu ditolak.

     Hazi yang sedang duduk membelakanginya dan menghadap ke arah balkoni dilihat bersama dahi berkerut. Lelaki itu sedang termenungkah?

     "Hazi." Denizz menyeru nama lelaki itu menggunakan nada biasa.

     Sepasang mata Hazi membulat besar melihat kehadiran Denizz di ruangan itu. Cara duduknya dibetulkan. Riak wajah dikawal. Bagaimana Denizz boleh masuk sehingga ke sini?

     "Aku datang sini untuk berbincang. Pasal kita."

     Tanpa disuruh, Denizz mengambil tempat di kerusi bertentangan Hazi bersama riak yang cukup tenang. Senyuman sinis terukir di bibirnya setelah melihat Hazi melarikan pandangan ke sisi.

     "Kita? Apa masalah kita?" Soal Hazi sinis. Renungan Denizz langsung tidak dibalasnya.

     "Aku dengan kau tak ada hutang. Langsung tak ada. Tapi kalau kau rasa aku berhutang dengan kau, kita boleh settle sekarang." Denizz mengendahkan soalan sinis Hazi. Buang masa dia melayan lelaki gila seperti ini.

     "Apa kau cakap ni? Aku tak faham." Hazi menggeleng tenang.

     Denizz diam membalas renungan lelaki itu tanpa berkelip. Dia ingin tahu sampai bila Hazi ingin bermain tarik tali dengannya. Mungkin dia patut sembur saja lelaki ini? Mungkin juga dia harus tenang?

     "Aku ada meeting kejap lagi. Kau boleh keluar sekarang." Kata Hazi sambil membetulkan jam pada pergelangan tangannya.

     "Hazi..."

     "Aku tak nak dengar apa yang kau cakap, faham?" Kata Hazi cukup tegas.

     Dengan beraninya dia menarik mimik wajah sinis bagi membakar kesabaran Denizz. Lagipun dia cukup kenal akan sikap Denizz yang lebih tenang jika hendak dibandingkan dengan anak-anak buahnya yang lain.

     "Duduk. Aku belum habis cakap."

     Hazi menjeling Denizz sebelum dia membuka langkah ke arah pintu. Denizz menghela nafas kasar. Apahal yang susah sangat nak ajak berbincang? Sial betul!

𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲Where stories live. Discover now