Jari telunjuk Evan yang bergerak-gerak menarik perhatian Denizz dan Edward di dalam bilik itu. Mereka berdua melangkah menghampiri katil. Wajah pucat Evan direnung redup.
"Evan... Kau dengar aku tak?" Edward memegang jari Evan yang bergerak itu. Sejuk.
Tiada tindak balas lain selain daripada air mata yang mengalir di sisi wajah pucat Evan. Sudah dua hari Evan terbaring begini. Mereka tidak sangka Evan dan Meriya akan terkena tempias letupan kereta Deyzrill di tempat letak kereta.
Meriya bernasib baik kerana hanya mengalami pendarahan kecil namun dia masih ditahan di hospital itu akibat mengalami kejutan yang agak teruk. Kini bilik yang menempatkan gadis itu dikawal ketat oleh beberapa orang anak buah Denizz.
"Aku nak pergi cari lelaki sial tu." Kata Denizz tanpa nada sebelum dia berpaling ke belakang.
"Denizz." Panggil Edward sepatah menghentikan langkah Denizz.
"Kita belum tahu siapa dalangnya." Sambung Edward. Denizz mengendahkan kata-kata Edward sebelum dia melangkah pergi.
Edward menoleh ke arah Evan. Kepala lelaki itu diusap bersama senyuman nipis.
"Kalau kau sayang aku, kau sedar cepat tau." Kata Edward perlahan.
Deyzrill menghela nafas panjang. Kedua-dua belah lengan diletakkan ke atas penghadang besi. Matanya merenung lama bulan penuh di langit. Mengapa kereta miliknya meletup? Siapa yang ingin membunuhnya? Hazi? Dia tiada kaitan dengan lelaki itu, siapa sebenarnya lelaki itu?
"Apa yang dia nak daripada aku?" Soal Deyzrill sendiri sambil meramas kasar rambutnya. Kepala sudah mula berserabut.
Tidak habis memikirkan tentang Khaish, sekarang Hazi pula. Di sini dia sedar betapa buruk tingkahnya sewaktu zaman remaja dahulu. Dia masih menyangkal setiap kesalahan yang ditunding terhadap dirinya. Tidak akan terima dirinya dipersalahkan tanpa bukti yang jelas.
"Tapi kereta aku yang meletup semalam..." Deyzrill meraup wajahnya. Dia buntu.
"Fikir Rill... Macam mana nak hentikan semua ni..."
"Kau serah diri je senang. Lagipun lelaki tu nak kau je." Sampuk seseorang yang tiba-tiba berdiri di sebelahnya. Sehelai kertas yang terkoyak ditunjukkan kepada Deyzrill.
'Kau takkan selamat'
Tulisan bewarna merah itu direnung kosong. Mungkin benar apa yang dikatakan Aman. Dia sering diugut dan diperhati. Sering juga terselamat daripada balasan dendam yang terancang. Adakah benar musuh itu hanya menginginkan dirinya?
"Aku tak rasa yang dia berdendam dengan aku seorang." Deyzrill menggeleng kecil.
"Denizz tak ada musuh dalam perniagaan. Lapan tahun lepas tu last kita orang lawan musuh. Sejak kau muncul, macam-macam terjadi. Takkan tak sedar lagi kut?" Aman tersenyum sinis.
"Aku keluar rumah setiap hari, dia boleh pilih untuk tembak kepala aku bila-bila masa je. Kenapa dia tak buat macam tu?" Deyzrill memalingkan wajahnya ke sisi bagi melihat Aman.
"Otak kau bodoh sangat-sangat. Macam manalah kau boleh hidup dengan otak yang bodoh nak mampus macam ni. Benda utama yang musuh akan buat adalah menyeksa, tu basic yang kita kena tahu bila dah jadi mafia."
"Buat bijak. Aku tengok ada je yang tak payah cakap apa terus bunuh." Kata Deyzrill tanpa nada.
"Tu sebab dia bangang. Macam kaulah bangang. Tak menikmati langsung jadi orang besar. Tahu nak mudah je. Tunjuklah yang kau tu lagi jahat daripada setan. Baru ada orang pandang kita."
YOU ARE READING
𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] -𝐈𝐧 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠- ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐨𝐟 𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐞𝐧𝐢𝐳𝐳★ ★𝐌𝐚𝐢𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐫𝐚𝐜𝐭𝐞𝐫 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞𝐝★ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ ✧Terselitnya kesud...