Deyzrill menutup pintu bilik Naylisa, tubuhnya dipalingkan ke belakang, riak wajahnya dikawal setelah melihat Brian berdiri berhampiran dengannya bersama tangan disilangkan ke dada.
"Kau buat apa kat sini?" Soalan dari Deyzrill nampak seperti soalan bodoh tetapi dia tidak tahu ingin berbual apa dengan lelaki yang bernama Brian di hadapannya ini.
"Tu bilik aku. Terkejut tengok kau keluar dari bilik perempuan yang bukan isteri kau pagi-pagi buta macam ni. Buat apa bro?" Bilik Brian terletak dengan jarak dua bilik saja dari bilik Naylisa.
"Bukan masalah kau" Deyzrill terus membuka langkah tanpa menunggu balasan dari Brian.
"Memang bukan masalah aku, budak. Tapi masalah abang-abang kau"
Brian tersenyum nipis melihat belakang tubuh Deyzrill yang semakin menjauh. Bebola matanya dilarikan pula ke arah pintu bilik Naylisa, susah untuk dia mempercayai gadis yang nampak cantik dan ayu seperti gadis itu.
"Budak-budak baru nak up memang macam ni ke?" Soal Brian sendiri sebelum dia melangkah ke biliknya.
Hyrans menegur Deyzrill yang sedang duduk di meja makan ruang dapur. Sejak mereka tinggal di rumah ini, Deyzrill lebih banyak termenung dan suka menyendiri. Deyzrill yang dahulu gemar berbual dan meluangkan masa bersama kawan-kawan baiknya tetapi kini, lelaki itu sudah berubah.
"Hm" Sahut Deyzrill sepatah.
"Teringatkan awek kau ke? Dia ada dalam bilik tu, pergilah tengok. Eh jap...wow! Love bite lah hahahaha" Hyrans melepaskan tawa yang terbahak-bahak setelah melihat leher Deyzrill yang mempunyai beberapa tanda merah.
"Diamlah!" Deyzrill bertindak menekup mulut lelaki itu. Buat bising pulak dia ni.
"Hmmph! Betullah love bite kan? Kena gigit nyamuk bukan macam ni. Dah macam kena demam campak aku tengok, tapi jenis yang besar-besar hahahahahaha" Hyrans menekan-nekan perutnya yang senak akibat banyak ketawa.
"Siapa kena gigit?" Celah satu suara garau yang datangnya dari arah belakang.
"Lama tak jumpa bro!" Hyrans menghulur tangan kanan untuk bersalam dengan Emir.
"Aku busy ikut Evan pergi kerja. Siapa yang kena gigit? Kau ke?" Emir menyentuh bahu Deyzrill.
Deyzrill menarik kolar lehernya ke atas bagi menyembunyikan tanda-tanda merah. Emir sempat menahan tangan Deyzrill, matanya membulat besar melihat leher Deyzrill.
"Eh Rill, bukannya dosa ke buat semua ben..." Kata-kata Emir terhenti setelah mendengar tengkingan Deyzrill.
"Bukan masalah kau!" Deyzrill terus bangun dan beredar dari ruang dapur bersama perasaan bengang. Sakit hati saja mendengar kata-kata mereka kerana mereka tidak akan pernah mengerti tentang apa yang dirasakannya.
"Sejak bila pulak dia jadi bodoh sombong macam tu? Elok kau pergi duduk dalam gualah wei!" Emir juga rasa bengang akan perangai Deyzrill yang semakin aneh sejak mereka tinggal sekali dengan Naylisa.
"Relax bro, biar aku cuba pujuk dia lepak malam ni. Kau jangan masuk campur"
Jari telunjuk Hyrans ditunding tepat ke arah batang hidung Emir. Emir menjulingkan bebola matanya ke atas bersama mimik muka yang menyampah. Seperti dia tidak kenal pula dengan tahap ketinggian ego Deyzrill yang tidak boleh dibawa berbincang.
"Cepat sikit! Aku pun dah lama tak lepak kat sana. Rindu betul!" Jerit Emir kuat, senyuman nakal terukir di bibirnya.
Hyrans menunjukkan thumbs up pada Emir sebelum dia beredar. Hyrans tahu cara yang sesuai untuk memujuk atau menyejukkan hati Deyzrill. Sejak dari kecil berkawan, tak mungkin dia tidak tahu kelemahan Deyzrill.
YOU ARE READING
𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] -𝐈𝐧 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠- ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐨𝐟 𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐞𝐧𝐢𝐳𝐳★ ★𝐌𝐚𝐢𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐫𝐚𝐜𝐭𝐞𝐫 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞𝐝★ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ ✧Terselitnya kesud...