Bab 11

5.5K 307 25
                                    

"Cepat beri keputusan, cepat jugak boleh rehat" Denizz melihat Deyzrill yang termenung memikirkan sesuatu.

     Rasa kasihan akan Deyzrill yang nampak tertekan dengan masalahnya sendiri. Bukan dia tidak mahu tolong tetapi adiknya ini sudah besar dan matang untuk memutuskan sesuatu keputusan yang melibatkan masa depan.

"Fikir tentang hati dan perasaan. Jangan buat keputusan mengikut nafsu sebab semua tu tak akan kekal" Danyeal menggeleng kecil ke arah Deyzrill. Dia cuba memberi sedikit cahaya pada pemikiran adiknya yang nampak kelam.

"Walaupun kau rasa, layanan dia di atas ranjang sangat tip top tapi...argh! Sakitlah Haraz!" Tidak sempat menghabiskan kata-kata, lengan Andy dicubit Haraz yang duduk di sebelah kanannya.

"Jangan cuba nak cakap benda kotor kat sini" Haraz memberi amaran pada Andy yang merenung tajam ke arahnya.

"Kotor apanya? Rill, betulkan perempuan tu layan kau atas katil setiap hari? Sedapkan?", Soal Andy pada Deyzrill.

Pak!

     Kali ini, kepala Andy dipukul oleh Edward yang berada di sebelah kirinya pula. Hyrans dan Emir mengepit bibir menahan tawa daripada terlepas setelah melihat wajah Andy yang sudah berubah menjadi merah sama ada menahan malu atau marah. 

"Aku tak akan lepas dia" Deyzrill mula bersuara dan keputusan yang telah dibuat adalah muktamad.

"Kau akan tahu lebih banyak rahsia tentang dia tapi bukan malam ni. Jumpa aku malam esok, sebab pagi semua pergi office"

"Aku tak janji" Deyzrill bangun dan terus meluru ke arah lif tanpa menunggu balasan dari Denizz.

Ting!

     Lif itu terbuka, sepasang mata milik Deyzrill dan Naylisa bertentangan beberapa saat, mereka terdiam. Degupan jantung yang berdetak kencang membuatkan Deyzrill melarikan bebola matanya ke arah lain.

"Nak pergi mana? Sekarang jam dua pagi, masuk bilik dan tidur" Deyzrill melangkah masuk ke dalam perut lif.

"Tapi aku nak bawak dia jumpa buah hati aku" Evan menarik baju lengan kiri gadis itu keluar dari lif tetapi dalam pada masa yang sama, Deyzrill menarik tangan kanan Naylisa membuatkan pergerakkan gadis itu terhenti di tengah-tengah mereka.

"Jumpa esok, okay? Sekarang ni waktu orang tidur" Deyzrill terus menarik lengan Naylisa sehingga gadis itu terpeluk tubuh tegapnya.

"Esok ya awak? Babai, sweet dream Miss Nalica" Evan melambai-lambaikan tangannya bersama senyuman lebar sehingga pintu lif tertutup.

"Seronok dapat berdua-duaan dengan lelaki lain?" Soal Deyzrill bernada sinis.

     Kedua-dua belah tapak tangannya memegang pinggang ramping Naylisa. Naylisa hanya menggeleng kepala beberapa kali tanda tidak. Wajahnya semakin didekatkan dengan dada lelaki itu, suka dia menghidu bau perfume Deyzrill.

"Rill, saya takut"

     Mata dipejam rapat, pelukkannya semakin dieratkan. Perasaannya bercampur baur ketika ini, adakah dia dan Deyzrill akan kekal bersama?

"Tak ada apa yang nak ditakutkan selagi aku ada dengan kau"

Ting!

"Rill? Baru sampai ke? Siapa perempuan ni?" Irene menegur Deyzrill dan Naylisa yang berada di dalam perut lif.

"Kawan Rill, Naylisa"

     Naylisa bersalam dengan Irene, senyuman manis ditayangkan pada kakak ipar Deyzrill. Dia pernah lihat wajah gadis di hadapannya ini dalam gambar keluarga besar Denizz. 

𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲Where stories live. Discover now