Bab 29

3.9K 281 33
                                    

     "Kalau nak berlawan, kena ada mood. Dan sekarang, mood aku dah melayang sebab tak sempat makan lagi. Penganggu tak layak hidup," Kata Haraz bernada kasar, pistol yang dipegang diacukan tepat ke arah dua orang musuh yang cuba menghalangnya.

     "What are you talking about?" Si musuh mengerutkan dahi.

     Sedaya upaya dia cuba untuk mentafsir kata-kata Haraz yang menggunakan bahasa yang tidak pernah didengarinya.

     "Eh aku lupa, ah lantaklah!"

     Bang!

     Haraz terus melepaskan tembakkan, walaupun lelaki itu mengelak tetapi peluru tetap tepat mengenai tubuh si musuh. Haraz tersenyum sinis, tiba-tiba terasa ada musuh di belakangnya.

     Dengan gerakkan yang pantas, tubuh dipaling ke belakang seiringan dengan pistol diacu tepat pada dahi si musuh.

     "Bukan saya!!" Shahirah menjerit menutup telinga bersama mata yang terpejam rapat.

     Bang!

     Haraz tetap melepaskan satu das tembakkan tepat mengenai musuh yang berada di belakang gadis itu membuatkan Shahirah terduduk lalu beristighfar panjang.

     "Okay settle, jom balik." Haraz menarik lengan Shahirah sehingga gadis itu berdiri. Bagaimana gadis ini boleh terlepas dari jagaan Evan sehingga berada di luar dewan?

     "Macam mana ni Haraz? Beg saya ada kat dalam lagi. Ic, passport dan duit-duit semua ada dalam tu. Kalau hilang, saya dah tak ada duit nak buat yang baru." Sambil melangkah laju, Shahirah mengadu tentang masalah besarnya yang satu itu.

     "Haraz!" Jerit Shahirah setelah melihat lelaki itu langsung tidak menunjukkan sebarang tindak balas.

     "Shh..." Haraz meletakkan jari telunjuknya di bibir menyuruh gadis itu diam.

     "Macam mana ni? Macam mana saya nak hidup kat sini kalau semua tu tak ada?! Habislah lepas ni, takkan nak mintak duit kat mak lagi." Shahirah masih membebel sehingga mereka berdua masuk ke dalam perut sebuah kereta sport, mungkin kepunyaan Haraz.

     "Kerja ajelah," Jawab Haraz pendek, dia memulakan pemanduan mengejar kereta milik Deyzrill yang sedang menuju ke hospital.

     "Kerja apa yang sesuai untuk saya?" Mata Shahirah melekat pada sisi wajah Haraz. Hairan kerana lelaki ini tidak memarahinya, boleh pula diajak berbual.

     "Slut, sounds good, right?" Soal Haraz sinis, kelajuan kereta semakin bertambah. Mereka dapati bahawa anak-anak buah Khaish mengekori kereta Deyzrill dari belakang tanpa Deyzrill tahu tentang hal itu.

     Mata Shahirah membulat besar bukan kerana kata-kata Haraz tetapi kerana kelajuan kereta yang dipandu lelaki itu, laju dan hampir terbang kereta mereka. Berpeluh-peluh dahi Shahirah yang cuba menenangkan diri.

     "Laju sangat! Saya gayat!" Jerit Shahirah kuat setelah terlihat stereng kereta Haraz mengeluarkan kerlipan bewarna biru.

     Haraz yang tenang memandu mengerling ke arah Shahirah sekilas. Bising sial perempuan ni.

     "Nak muntah! Uwerk! Berhenti Haraz!" Shahirah menekup mulutnya menggunakan kedua-dua belah tapak tangan.

     "Kejap, sikit lagi." Kata Haraz bersahaja tanpa menoleh ke arah gadis itu.

     Kak!

     Sreeeettttttt!

     Tayar kereta terseret jauh setelah Haraz menekan break secara mengejut dan akhirnya berhenti betul-betul di dalam sebuah kotak parkir vvip di hadapan hospital. Hebat!

𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲Where stories live. Discover now