Bab 65

3.2K 156 20
                                    

     Tanpa banyak kata, Denizz terus melangkah masuk ke dalam bangunan itu melalui pintu utama. Dia sudah tidak dapat bersabar lagi untuk menyerang hendap musuh kerana hal ini berkaitan dengan nyawa kesayangan-kesayangannya.

     "Kau keluar sekarang Izz! Tempat ni dah dikepung!" laung Denizz.

     Yang lain masing-masing mengacukan pistol ke arah anak-anak buah musuh yang berada di ruang itu.

     "Dah lama aku tunggu kau datang menghadap aku, Denizz..."

     Izz yang baru keluar dari sebuah bilik tersenyum sinis melihat Denizz bersama anak-anak buahnya. Matanya mencari kelibat Deyzrill, Emir dan Hyrans namun tiada. Nampaknya Denizz masih ingin bermain tarik tali dengannya.

     "Jangan berani sentuh keluarga aku! Perempuan-perempuan tu tak ada kaitan langsung dengan kau! Sekarang aku dah ada dekat sini, habiskan kata-kata kau." Denizz merenung tajam ke dalam sepasang anak mata Izz.

     "Tapi aku nak adik kau yang tak guna tu," kata Izz tenang.

     "Aku kat sini." Deyzrill memasuki ruang besar itu bersama Hyrans dan Emir.

     "Oh ada rupanya si sial ni. Sihat je nampak. Seronok ke hidup di atas penderitaan orang lain?" soal Izz bernada sinis.

     "Derita? Kau derita? Aku tak pernah kenal siapa kau." Deyzrill menggeleng kecil.

     "Nampaknya dalam diri kau langsung tak ada rasa bersalah. Kau orang dah bunuh bapak aku! Dah hancurkan hidup aku! Tapi kau masih boleh bergelak-tawa dengan keluarga kau yang lain?" Izz menyoal geram.

     "Aku... Aku tak..." Deyzrill menggeleng sebelum dia memandang ke arah Hyrans dan Emir.

     "Dan sekarang kau tak mengaku..." Izz berkata tanpa nada.

     "Rumah yang terbakar lepas kau rompak tu rumah ayah akulah sial!" sambung Izz.

     Deyzrill terdiam. Jadi, di dalam rumah itu ada penghuni? Ayah kepada lelaki ini? Sungguh dia langsung tak tahu oleh kerana mereka tidak mendengar sebarang berita kematian selepas kejadian itu berlaku.

     "Apa yang kau nak cakap sekarang Rill? Disebabkan perangai bodoh kau ni, orang lain yang jadi mangsa. Orang tak bersalah pulak tu!" tengking Denizz.

     "Tapi aku dah periksa rumah tu tak ada orang. Kita dah selongkar setiap sudut dan aku pasti rumah tu memang kosong. Macam mana ayah Izz tiba-tiba boleh ada kat dalam?" Hyrans menyoal Emir. Emir hanya diam, dia dapat merasakan sesuatu yang aneh dalam kejadian ini.

     "Doktor cakap ayah aku mati ditembak sebelum dia hangus dalam kebakaran. Yang paling aku tak boleh terima, data-data syarikat aku dicuri... Aku yakin semua tu kerja kau bertiga!"

     "Dah lama aku perhati kehidupan mewah kau bertiga dengan hasil rompakan rumah orang-orang kaya kat sana. Tapi aku pilih untuk berdiam diri sampai aku sendiri jadi mangsa keadaan. Tak sangka semua ni boleh terjadi pada aku." Izz menggeleng kecil bersama sepasang matanya yang merah menahan geram dan perit yang ditanggung selama ini.

     "Aku boleh cakap yang kita orang tak bunuh sesiapa malam tu. Data syarikat kau bukan kita orang yang ambil. Hidup kita orang mewah disebabkan abang aku, bukan hasil rompakan rumah sesiapa. Itu je aku boleh terang, sekarang dah jelas, kan? Lepaskan keluarga aku." Deyzrill membalas renungan tajam Izz.

     "Manusia keji macam kau orang semua ni memang patut mati je." Izz menayangkan senyuman persis seorang psiko.

     "Aku boleh tanggung semua ganti rugi kau selama ni. Tolong lepaskan mereka," pujuk Denizz.

𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲Where stories live. Discover now