Darqiez melangkah ke arah kereta baru milik Andy, Motal yang mengekorinya sejak dari tadi diendahkan. Tetapi hairan, mengapa pula Motal mengekorinya tanpa melakukan sebarang bunyi? Dia berjalan ke sisi rumah untuk memeriksa sama ada line clear ataupun tidak untuk keluar hari ini.
Kebiasaannya beruang jantan itu mendengus kecil bagi menarik perhatian sesiapa sahaja yang berada di hadapannya. Langkah Darqiez terhenti setelah melihat si gerangan yang baru keluar dari sebuah kereta jenis Velfire bewarna putih.
"Sembunyi Motal"
Darqiez memberi arahan tetapi beruang itu hanya diam merenung kosong ke arahnya. Darqiez yang bertubuh kecil menolak-nolak tubuh Motal dan ya, langsung tidak bergerak.
"Cepatlah! Uncle Aman nampak nanti!" Dia memarahi Motal tetapi nadanya masih dikawal agar kedengaran tidak terlalu kuat.
Motal hanya duduk bersama mata yang masih tidak lekang dari merenung ke arahnya. Darqiez menjeling tajam wajah Motal, sebenarnya dia tidak tahu bagaimana hendak berinteraksi dengan binatang ini.
"Kau tunggu sini, aku nak pergi panggil Viez kejap" Darqiez rasa dia patut meminta bantuan kembarnya untuk memberi arahan pada Motal.
"Viez" Darqiez memanggil Darviez yang sedang menonton televisyen di dalam bilik Evan, nasib baik Evan dan Danyeal tiada di situ.
"Nak apa? I'm really really busy right now. Ajaklah Uncle Emir ke uncle singa tu ke mandi kolam. Jangan ganggu I nak tengok superman" Darviez mula menggunakan nada yang gedik seperti seorang gadis.
"Jomlah ikut aku, ada Motal sekali ni" Darqiez terus beredar tanpa menunggu jawapan dari Darviez.
"Huh? Macam mana Motal keluar sangkar? Kejap!" Darviez berlari mengejar langkah kembarnya.
Mereka berdua bersama Motal berjalan keluar dari pagar belakang rumah. Kawasan luar pagar belakang itu tidak seperti selalu kerana sekarang sudah tiada lagi rumput tinggi, bersih saja tempatnya. Hal ini akan lebih menyusahkan lagi kerja mereka kerana tidak boleh bersembunyi di sebalik semak samun.
"Lari Viez" Darqiez terus berlari tanpa menunggu Darviez. Risau sekiranya ada yang tahu tentang keberadaan mereka berdua.
Motal juga ikut berlari sekali dengan mereka walaupun dia tidak tahu apa-apa, dia ikutkan saja kerana dianggapnya budak-budak itu ingin berkejaran dengannya seperti selalu yang dilakukan Evan.
"Huf huf penatnya. Kenapa kau lari tiba-tiba huh?! Kesian Motal, mesti dia pun berpeluh jugak" Darviez mengusap-usap kepala Motal membuatkan beruang itu baring, menunjukkan yang dia ingin bermanja.
"Eh macam pernah tengok aje tempat ni" Mata Darviez tertancap pada sebuah pondok yang terletak di atas dahan yang rendah.
"Nanti orang tahulah, masuk cepat tapi Motal ni macam mana?" Darqiez melihat Motal dan pondok itu bersilih ganti.
"Hurm...muat-muat" Darviez mengangguk beberapa kali lalu dia membuat isyarat pada Motal supaya beruang itu mengekori langkahnya.
Denizz hanya tidur di sofa ruang tamu tanpa mengetahui akan anak-anaknya yang sudah bermain di luar kawasan rumah. Kawan-kawannya yang lain terlalu bising tetapi dia sudah terbiasa dengan situasi sebegini.
"Saya sayang awak, awak jangan marah" Danyeal mula bernyanyi-nyanyi sambil bermain permainan video.
"Saya rindu awak, cinta hati saya" Edward menyambung lirik lagu itu tanpa sebarang nada suara, semata-mata lirik dan suara saja seperti dia sedang membaca.
YOU ARE READING
𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] -𝐈𝐧 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠- ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐨𝐟 𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐞𝐧𝐢𝐳𝐳★ ★𝐌𝐚𝐢𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐫𝐚𝐜𝐭𝐞𝐫 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞𝐝★ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ ✧Terselitnya kesud...