Bab 49

2.3K 183 25
                                    


     Barang-barang yang tersusun di atas island table direnung biasa sebelum pandangannya dialihkan ke arah Deyzrill yang berdiri di sebelah. Deyzrill ini sudah gila agaknya. Ada ke patut ajak buat benda bukan-bukan?

     "Kau pasti ke nak buat ni?" Emir mula bertanya.

     "Pasti sangat. Kitakan suka mencuba benda baru." Deyzrill menekan-nekan skrin telefon bimbitnya mencari sesuatu.

     "Tapi aku tak." Emir menggeleng kecil.

     Deyzrill diam tanpa menayangkan sebarang reaksi. Malas menjawab. Risau tidak jadi pula kerja mereka.

     Emir mencebik. Kerja yang hendak mereka lakukan ini adalah kerja baik-baik, mengapa pula perlu letak notis larangan memasuki dapur di ruang depan? Dia mula rasa curiga dengan Deyzrill.

     "Mula-mula am..."

     "Kau orang nak buat apa ni?" Soal seseorang di muka pintu memotong kata-kata Deyzrill.

     Deyzrill mendengus. Baru saja hendak mula, potong mood betullah. Sudahlah dia sanggup 'mengotorkan' tangannya untuk melakukan kerja-kerja seperti ini.

     "Buat bom? Nak join boleh?" soal Evan yang mula menghampiri mereka.

     "Macam mana kau tahu kita orang nak buat bom?" Emir menjongketkan sebelah keningnya.

     "Mana ada orang gila tiba-tiba rajin nak duduk kat dapur. Lagi-lagi genetik mafia. Mesti ada benda yang tak kena ni.... Biar aku teka..." Evan mengurut dagu. Matanya memandang ke atas seperti sedang memikirkan sesuatu.

     "Tak naklah teka. Nanti otak aku cepat penat." Evan mengangkat kedua-dua belah bahunya sebelum dia melangkah pergi. Deyzrill dan Emir berpandangan sesama sendiri.

     Bekas yang berisi adunan tepung dituang ke dalam singki. Sudah masuk kali ketiga adunan tepung dibuang. Nampaknya sia-sia sahaja mereka tonton pelbagai jenis video untuk melengkapkan proses pembuatan kek ini.

     "Benci aku buat benda bodoh ni! Tukar resepilah! Buat cekodok ke?!" Emir menuang semua tepung ke dalam bekas dengan penuh rasa geram.

     "Tulah. Tengok dalam video macam senang. Kenapa kita punya tak jadi macam yang dia buat? Mak cik ni cuba nak tipu kita ke apa?" Deyzrill merenung lama wajah mak cik yang sedang menerangkan cara membuat kek itu.

     Hairan melihat sukatan tepung, air serta minyak yang diterangkan. Segala bahan-bahan itu dimasukkan mengikut urutan yang ditunjukkan tetapi mengapa nampak berbeza? Adunannya juga tidak sama dengan adunan yang ditayangkan dalam video tersebut.

     "Give up." Emir meluru ke singki untuk mencuci tangan.

     Deyzrill masih diam merenung wajah mak cik itu. Dia cuba mencari di mana kesilapan mereka dan mengapa adunan mereka nampak aneh. Dahi Deyzrill berkerut teruk. Macam bodoh je buang masa hari ini.

     Nafas kecil dihela keluar. Bekas plastik yang berisi dua kilogram tepung tadi diangkat kemudian dicampak ke arah Emir yang masih mencuci tangan di singki.

     "What the fuck?!" Jerit Emir bersama mata yang terpejam rapat. Tepung berterbangan di udara apabila dia bergerak untuk menyapu rambut dan wajah yang telah bertukar menjadi putih sepenuhnya.

     "Apa bising-bi... Eee apa ni?!" Dahi Andy berkerut melihat keadaan dapur yang bersepah dengan mangkuk dan tepung yang berada di atas lantai.

𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲Where stories live. Discover now