Bab 1

10.8K 390 6
                                    

     Seorang remaja lelaki tersenyum sinis mengira wang yang diperolehinya sebentar tadi. Kesemua jumlah wang itu telah mencecah sebanyak hampir satu juta dolar. Hasil itu adalah yang tertinggi daripada jumlah yang pernah dia perolehi sebelum ini.

     Halal atau haram tidak diambil peduli. Yang penting, dia dapat menyara diri sendiri. Merompak rumah-rumah banglo sudah menjadi hobi dan kerja bagi mereka bertiga. Jika berkesempatan, mereka juga akan melakukan kerja terkutuk itu di dalam kelab mahupun di jalanan. 

     Begitulah hidupnya setelah tujuh tahun berpisah dengan keluarga kandung. Langsung tiada niat untuk balik ke rumah agam yang telah ditinggalkannya suatu ketika dahulu. Dia bahagia hidup bersama dua orang sahabat yang lebih memahami dirinya jika hendak dibandingkan dengan keluarga sendiri.

     Walaupun telah dibuang keluarga, dia tetap seorang lelaki yang memerlukan perhatian dan juga kasih sayang. Kasih sayang yang kurang itu telah menyebabkan dia memilih jalan ini, jalan yang penuh dengan pancaroba namun berbaloi buatnya untuk hidup senang.

     Mungkin orang sekeliling akan memandang hina terhadapnya kerana telah menjadi seorang remaja yang 'rosak'. Disebabkan itu, dia sudah tidak peduli akan mulut puaka manusia lain yang hanya tahu menghukum tanpa mengambil tahu punca sebenar dia menjadi seperti itu. Kini, hanya dia yang akan tentukan hala tujunya.

     Bunyi sliding door membuatkan wajahnya berpaling ke belakang untuk melihat si gerangan yang telah memasuki kamarnya.

     "Banyak dapat malam ni, bro?" soal sahabatnya yang bernama Hyrans Caleb, lelaki itu melabuhkan punggung ke atas kerusi kayu berdekatan.

     "Lumayan teruk, tak sia-sia kita atur strategi untuk rompak rumah orang tua tak guna tu..." Deyzrill tersenyum senget.    

     Beberapa hari yang lepas, mereka telah mengatur strategi bagi merompak salah sebuah rumah banglo dimiliki oleh seorang lelaki tua yang begitu sombong dan angkuh. Dan pada malam ini, strategi yang telah diatur itu berjalan seperti yang dirancangkan!

     "Ke mana kita malam ni?" soal Hyrans, senyuman nakal terukir di bibir nipis itu.

     "Syurgalah, mana lagi bro?" Deyzrill tertawa kecil. 

     Hyrans tersenyum sinis seraya menyalakan putung rokok lalu dihisapnya dalam-dalam sebelum asap itu dihembus ke wajah Deyzrill. Deyzrill menolak wajah Hyrans menjauhinya.

     "Kau tak boleh buat macam tu."

     "Apahal pulak?" Dahi Hyrans berkerut.

     Tanpa banyak kata, putung rokok itu dirampas Deyzrill sebelum dia hisap lalu dihembus kembali asap pada wajah Hyrans. 

     "Uhuk! Uhuk!" Terbatuk-batuk Hyrans kerana tidak sempat menahan nafas.

     "Kalau nak hisap rokok, jangan lupa ajak aku sekali." Deyzrill menghulurkan potong itu kepada Hyrans. 

     "Kalau aku mati sesak nafas, kau dengan setan yang seekor lagi tu akan masuk penjara," kata Hyrans tidak berpuas hati. 

     Hyrans sering membantu rakan-rakannya menghapuskan segala bukti yang boleh menyebabkan mereka bertiga dijejaki polis. Oleh kerana itu juga, mereka tidak pernah menjadi buruan polis. Segala masalah yang telah mereka lakukan akan ditukarkan kepada status clear dalam sekelip mata.

     Telefon bimbit milik Hyrans berdering dengan begitu kuat menandakan panggilan masuk. Melihat saja nama Emir terpapar pada skrin membuatkan Hyrans terus menekan punat hijau sebelum skrin telefon itu dilekapkan pada telinga.

𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲Where stories live. Discover now