Senyuman semakin lebar terukir setelah melihat dua buah kereta mewah yang ditunggu-tunggunya sejak dua hari lepas tiba di halaman hadapan rumah Mak Mah. Dia berlari anak ke arah seorang wanita tua yang baru melangkah keluar dari perut kereta.
"Mama!" Evan terus memeluk Puan Emiyna Marquez iaitu ibu kandung Evan Marquez.
Tersentak wanita tua itu dibuatnya tetapi pelukkan Evan tetap dibalas erat. Rindu terhadap anaknya yang seorang ini. Tiba-tiba mereka berdua dipeluk Aman yang juga berada di situ.
"Miss you so much mama" Aman mengucup pipi Puan Emiyna.
"Anak-anak mama makin sihat, berisi semacam sejak tinggal dengan Denizz" Puan Emiyna mengusap kepala anak-anak kesayangannya.
"Hello, I'm here watching you guys" Robino Marquez mula bersuara membuatkan mata Evan membulat besar. Ayahnya ada sekali? Ini menarik!
"Papa!" Evan meleraikan pelukkannya sebelum tubuh Encik Robino Marquez pula dipeluk.
"Semakin besar ya kamu" Kata Encik Robino bersama pelat melayunya.
Dia adalah ahli keluarga yang paling manja diantara yang lain, kalah budak-budak. Tetapi apabila tinggal dengan keluarga, Evan tidak akan pandai berdikari seperti sekarang. Sering berkepit dengan Puan Emiyna.
"Tak sia-sia kita beri cadangan tinggal dengan Denizz, nampak makin keras" Puan Emiyna bermain-main dengan lengan Evan.
"Mana budak tu?" Soal Puan Zuriya bernada tegas membuatkan Emir yang mengintip di sebalik tirai tingkap menelan air liur. Mamanya juga ada?
"Keluar Emir Clirish!" Jerit Puan Zuriya, dia dapat melihat wajah pucat Emir yang merenung ke arahnya.
"Emir Clirish tu nama kau kan? Pergilah, mungkin dia rindu" Andy yang berdiri di sebelah Emir bersuara sebelum dia tergelak kecil.
"Pergi-pergi" Denizz bertindak menolak tubuh Emir keluar dari rumah. Buat masalah tidak takut tetapi apabila berhadapan mamanya? Rasa takut pula.
"Sini, eee geramnyalah mama dengan awak ni!" Puan Zuriya bertindak memulas telinga Emir bersama perasaan geram.
"Argh! Sakit mama, sorry mama!" Emir hanya menadah telinganya tanpa ada rasa untuk menepis. Berkerut teruk dahi menahan sakit.
"Curi duit Puan Emiyna lepas tu tinggalkan rumah tanpa cakap pada mama! Awak ni memanglah!" Tubuh Emir dipukul-pukulnya dengan kuat.
Kawan-kawan Denizz hanya mentertawakan mereka berdua. Itulah balasan yang patut diterima oleh anak tidak mendengar kata.
"Emir call mama setiap bulan dah, kan? Okay lah tu mama tahu Emir sihat dan hidup lagi" Ujar Emir bersama wajah yang sudah nampak kemerah-merahan.
"Tak cukup! Awak langsung tak balik rumah, raya semua kat mana?! Menyusahkan orang lain, sekarang ni siapa nak ganti duit Puan Emiya?! Cepat jawab sebelum mama lempang muka awak ni" Jerit Puan Zuriya lagi. Dia sudah pergi ke Spain bagi mencari Emir tetapi anaknya ini benar-benar pandai menyembunyikan diri.
"Err mak cik, jangan bising-bising. Jiran tengok nanti, malu" Hyrans bersuara cuba untuk menghentikan Puan Zuriya daripada terus memarahi Emir.
"Tak boleh! Kenapa dia ni langsung tak contohi Evan? Walaupun dia ada kekurangan tapi dia tetap berguna, baik, anak yang soleh dan tak bermasalah macam kamu ni! Apa masalah kamu, cuba cakap pada mama!" Puan Zuriya menunding jari tepat mengenai batang hidung Emir.
"Shh diam mama, Emir mintak maaf, okay? Emir akan bayar semua duit yang Emir dah curi. Emir mintak maaf Aunty" Emir menyalami tangan Puan Emiyna yang sejak dari tadi hanya tersenyum melihat dia dimarahi Puan Zuriya.
YOU ARE READING
𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] -𝐈𝐧 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠- ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐨𝐟 𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐞𝐧𝐢𝐳𝐳★ ★𝐌𝐚𝐢𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐫𝐚𝐜𝐭𝐞𝐫 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞𝐝★ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ ✧Terselitnya kesud...