Bab 61

2.1K 154 13
                                    

     Kertas kerja diselak beberapa kali sebelum disusunkan ke dalam file. Jam tangan dilihat, lama lagi nak masuk waktu rehat. Bosannya...

     Tiada apa yang boleh dilakukan selain bermain telefon bimbit. Teringat pula akan isterinya di rumah, terus lebar senyuman. Telatah gadis tembam itu sering menggelikan hatinya.

     "Datang office Denizz sekarang," arah Andy yang sedang berdiri di muka pintu sejak beberapa saat yang lalu.

     Tiada sebarang tindak balas dari Deyzrill membuatkan Andy mengerutkan dahi. Lelaki itu hanya tersenyum sambil memandang dinding. Dah kenapa pula dengan budak sial ni?

     "Woi Rill!"

     "Ya aku dengar... Nak geraklah ni..." Perlahan-lahan Deyzrill bangun.

     "Pagi-pagi dah lembab mengalahkan kura-kura sakit tenat. Kalau masuk tengahari ni comfirmlah," omel Andy.

     "Apa yang comfirm?" Deyzrill yang telah berada di hadapannya mengerutkan dahi.

     "Comfirm mampus terus! Cepatlah, Denizz ada benda penting nak bincang dengan kau."

     "Apa yang penting sangat tu?" Deyzrill melangkah beriringan dengan Andy.

     "Pasal harga batu nisan kubur kau nanti. Bincang warna pastu nak tanam pokok apa atas kubur..." jawab Andy selamba.

     "Kau ni dah kenapa? Bodoh ke bangang?" Deyzrill mengecilkan matanya memandang ke arah riak selamba Andy.

     "Aku tak banyak masa nak jawab soalan kau." Andy terus melangkah pergi.

     Deyzrill hanya diam melihat belakang susuk tubuh yang semakin jauh itu. Andy nampak seperti marah terhadapnya. Dia ada tersilap cakapkah?

     Pintu bilik pejabat Denizz ditolak. Semua yang berada di dalam bilik itu menoleh ke arahnya.

     "Duduk Rill." Denizz menunding jari ke arah kerusi kosong berhampirannya.

     Deyzrill menurut tanpa sebarang kata.

     "Memandangkan semua dah ada kat sini, aku akan terangkan sedikit sebanyak tentang majlis pada hujung minggu ni." Denizz berdiri. Kedua-dua belah lengannya disilangkan ke bawah dada.

     "Majlis apa?" soal Emir perlahan sambil memandang ke arah Hyrans yang duduk di sebelahnya. Hyrans meletakkan jari telunjuk pada bibir.

     "Majlis akad nikah dan kenduri Haraz." Denizz menoleh ke arah Emir yang bertanya.

     Anak-anak buah Denizz yang lain sudah tersedia maklum tentang hal ini. Mereka sudah pun berbincang namun ada sesuatu yang menjadi masalah kepada mereka iaitu Deyzrill, Emir dan Hyrans.

     Tiba-tiba Evan mengangkat sebelah tangannya.

     "Ya?" Denizz mengangkat sebelah keningnya dengan mata yang memandang ke arah Evan.

     "Aku... Aku nak tarik diri..." kata Evan membuatkan yang lain terkejut.

     "Sebab?" soal Denizz tenang.

     "Bini aku dah tunggu masa nak bersalin... Aku takut tak sempat nak teman dia... Tapi aku dah janji," jawab Evan perlahan.

     "Relaks Evan, bini kau dengan bini aku dah termasuk dalam strategi yang Edward buat. Kau tak baca lagi ke kertas kerja tu?" Denizz mengerutkan dahi.

     "Macam mana nak bacanya bos? Balik kerja, masuk bilik lepas tu hilang sampai keesokkan harinya," celah Aman bersahaja.

     "Yang single tu jealous ke?" sampuk Andy.

𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲Where stories live. Discover now