Bab 54

2.8K 184 33
                                    

     James tiba di hadapan pintu pagar rumah. Dia melangkah keluar dari perut kereta sebelum belakang tubuhnya disandarkan pada sisi kereta. Pandangan dilemparkan ke arah tiga orang anak buah Denizz yang sedang bersembang sambil makan buah rambutan di hadapan pondok guard.

     "Tak nak pelawa kat aku sekali ke?" Soal James tanpa riak wajah membuatkan ketiga-tiga mereka berhenti mengunyah lalu menoleh ke arahnya.

     "Marilah makan sekali bos. Kita orang kutip kat pokok belakang tu je." Kata salah seorang daripada mereka.

     "Siapa ajar kau mencuri ni?" Soal James dingin.

     "Err..." Mereka bertiga berpandangan sesama sendiri.

     "Aku yang suruh kait buah tu. Banyak sangat dah." Haraz yang sedang melangkah ke arah James menjawab pertanyaan lelaki itu.

     "Aku saja je nak tengok muka cuak tiga orang ni." James tersenyum nipis memandang tiga orang anak buahnya itu sebelum dia melangkah masuk ke dalam perut kereta.

     Haraz memandang tiga orang lelaki itu.

     "Aku serahkan penjagaan rumah ni pada kau orang bertiga." Pesan Haraz.

     Dia berani meninggalkan mansion ini oleh kerana kesemua penghuninya telah berada di hospital sejak pagi tadi. Masing-masing ingin melawat Evan yang telah sedar dari koma.

     "Semalam mak dengan bapak mertua kau datang. Sekarang dia orang ada kat hotel. Kejap lagi sampailah kut..." Kata Aman yang duduk di birai katil.

     "Ramai-ramai ni buat aku takutlah. Aku belum mati kan?" Soal Evan perlahan.

     "Sebenarnya kau dah mati. Kita orang semua datang untuk mintak maaf buat kali terakhir. Banyak sangat buat dosa dengan kau sepanjang kau hidup." Sampuk Andy dengan wajahnya yang serious.

     Evan yang berwajah pucat itu mengerutkan dahi memandang wajah-wajah yang berada di dalam bilik itu bersilih ganti. Adakah semua ini benar?

     "Aku mintak maaf sebab tak jaga kau dengan baik. Aku mengaku aku benci kau sebab mama selalu lebihkan kau daripada aku. Aku tahu tu mama kau dan aku ni cuma anak susuan je. Tapi tak kiralah, aku tetap nak jealous." Kata Aman panjang lebar. Dahi Evan semakin berkerut.

     "Aku tak ada apa-apa nak cakap selain daripada pernah suka kat bini kau. Sorrylah eah?" Brian mengawal riak wajah. Kalau ikutkan hati, ingin saja dia melepaskan semua rasa kelakar di dalam dirinya.

     "Nasib baik suka je." Kata Evan lega.

     "Eh tak. Aku memang cintakan dia sekali. Sekarang ni kau dah mati bolehlah aku masuk line." Brian menayangkan riak tidak bersalah.

     "Aku mana mati lagi." Evan menjeling tajam wajah Brian.

     "Dah matilah. Tengok ni..." Edward menunding jari telunjuknya pada satu garisan bewarna hijau pada skrin mesin yang menunjukkan pesakit sudah tidak bernyawa. Yang lain menahan tawa.

     "Kau masuk mintak maaf kat dia sekarang!"

     Semua yang berada di dalam bilik itu menoleh ke arah pintu yang sedikit terbuka. Itu suara ketua mereka, Denizz. Hanya seorang yang sering membuat lelaki itu panas hati. Tidak lain tidak bukan pasti Deyzrill. Lelaki itu degil dan selalu menyebabkan Denizz naik angin.

     "Bukan salah aku! Untuk apa aku mintak maaf kat dia??" Suara Deyzrill pula kedengaran.

     "Kalau dari dulu kau tak buat hal, semua benda ni takkan jadi." Denizz yang sedang bengang itu menggeleng kecil memandang Deyzrill.

𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲Where stories live. Discover now