Wajah pucat Deyzrill direnung lama sebelum tangan diangkat, pipi kanan lelaki itu diusap. Kata doktor, Deyzrill tertekan dan tekanan itu telah menganggu kesihatannya. Terlalu banyak perkara yang difikirkan Deyzrill sejak akhir-akhir ini.
Kasihan, lelaki itu menanggung segala kesakitan sendirian. Semua ini berpunca daripadanya, mungkin dia patut beritahu lelaki itu, tetapi dia sudah bersediakah? Dia sendiri tidak pasti. Setitik demi setitik air matanya jatuh di atas tilam yang menempatkan Deyzrill. Sungguh dia rasa bersalah dengan semua yang berlaku.
Genggaman tangannya dibalas Deyzrill membuat dia sedikit terkejut. Mata kuyu lelaki itu merenung tepat ke arahnya. Tangan mereka yang sudah bersatu sejak beberapa saat yang lepas direnung lama.
"Aku mintak maaf" Ucap Deyzrill bernada lemah. Mengapa lelaki itu pula yang meminta maaf padanya?
"Awak tak ada salah sebab saya yang bersalah. Saya jadi punca awak tertekan dan jatuh sakit sampai macam ni. Tolong Rill, jaga kesihatan awak" Hidungnya yang merah dan berair dilap menggunakan sapu tangan.
"Petang tadi...aku terkasar dengan kau. Aku mintak maaf dan aku janji tak buat lagi" Tangan Naylisa ditarik dan dikucupnya sekilas.
"Saya tak ambik hati sebab masa tu awak tengah marah dan saya tak patut cakap sesuatu yang bukan-bukan pada awak. Bodohnya saya masih tak nampak pengorbanan awak, Rill" Naylisa merenung lama tangannya yang digenggam lelaki itu.
"Kau tak sempat nak makan lagikan? Lapar tak?" Soal Deyzrill menukar topik, tidak berminat untuk berbincang tentang hal yang sudah berlaku.
Naylisa terkedu mendengar soalan lelaki itu terhadapnya. Deyzrill terlalu baik, langsung tidak mementingkan diri seperti dirinya yang lebih banyak menyimpan rahsia. Begitu ikhlas cinta yang diberikan Deyzrill kepadanya.
"Lapar tapi..." Ayat Naylisa dipotong seseorang.
"Sebab itulah aku bawak ni...tada!" Evan menunjuk beberapa plastik yang terisi makanan baru dibelinya tadi, tetapi semuanya makanan ringan saja.
"Naylisa nak? Sini nak suap, biarkan Rill yang terlantar dan hampir mati tu cemburukan adegan romantik kita" Evan menyua sebatang kentang goreng ke arah mulut Naylisa.
"Apahal kau beli makanan ringan huh? Naylisa kena makan makanan yang berat tapi berkhasiat bukannya makanan tu. Jangan makan sayang" Larang Deyzrill bernada sedikit tegas.
"Alaa tapi tak apalah, biar saya habiskan semua ni. Orang sakit tak boleh makan benda yang sedap macam ni . Denizz on the way tu bawak makanan tak sedap untuk kau" Evan menyumbat kentang itu ke dalam mulutnya. Nikmatnya rasa kentang goreng.
"Hey Naylisa, ada apa kat perut awak tu?" Makanan sudah penuh di dalam mulut tetapi dia masih mahu berbual dengan Naylisa.
"Tak...tak ada apa" Naylisa menggeleng kecil, cardigan yang tersarung pada tubuhnya ditarik menutupi bahagian hadapan tubuh.
Tidak lama kemudian, muncullah Denizz and the geng memasuki kamar vvip itu. Majlis sudah tamat 45 minit yang lepas dan mereka ke sini bagi melihat keadaan Deyzrill.
"Nah Naylisa, suap Rill. Dia tak makan dari pagi lagi tu" Irene menghulurkan plastik yang terisi dua cup bubur segera pada Naylisa.
"Weh! Sorry lah fasal kat dewan tadi. Aku dengan James dah buat dosa mengumpat kau panjang lebar. Tapi tak apa, aku dah lekat tulang tadi, mungkin itu balasan untuk aku" Jujur Andy, bahu Deyzrill disentuhnya.
"Suka hati kaulah" Kata Deyzrill bersahaja.
"Yeah memang suka hati aku. Tak akan suka hati budak ni pulak" Andy menunjuk Evan yang masih duduk mengunyah makanan. Tidak semena-mena lelaki itu pula yang kena.
YOU ARE READING
𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] -𝐈𝐧 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠- ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐨𝐟 𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐞𝐧𝐢𝐳𝐳★ ★𝐌𝐚𝐢𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐫𝐚𝐜𝐭𝐞𝐫 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞𝐝★ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ ✧Terselitnya kesud...