Punggungnya dilabuhkan ke atas buaian yang terletak di taman permainan itu. Hanya air mata yang masih setia menemaninya sejak dari tadi. Sungguh dia tidak sangka mamanya adalah seorang pelacur.
Dia sedar dahulu rumah mereka sering dikunjungi lelaki-lelaki yang berbeza pada setiap malam. Dia tidak tahu apa yang dilakukan mamanya oleh kerana dia sering diarah duduk di dalam bilik atau lebih tepat lagi, dikurung.
Tetapi dia masih hairan, mengapa dia langsung tidak boleh ingat tentang adik-beradiknya yang lain? Wajah mereka semua seperti tidak pernah wujud di dalam hidupnya sebelum ini. Jika dia bukan adik-beradik Khaish, bagaimana lelaki itu boleh tahu tentang mamanya dan juga kisah hidup mereka?
Air mata dikesat. Walau apa pun yang terjadi, mama tetap mamanya. Baik buruk mama harus dia terima oleh kerana mama telah melahirkan dan menjaganya dengan baik sejak kecil lagi.
"Semoga mama tenang di sana..."
Naylisa memandang langit yang cerah. Sungguh dia rindu wanita tua itu. Sedang dia mengelamun, tiba-tiba terasa kedua-dua belah matanya ditutup seseorang dari arah belakang.
"Teka siapa?" Soal suara garau itu.
"Anjing liar yang gatal..." Jawab Naylisa tanpa rasa bersalah.
"What? Nak jadi isteri derhaka ke?" Dahi Deyzrill berkerut.
"Malaslah layan. Macam mana awak boleh tahu saya ada kat sini?" Naylisa mula menghayun buaian menggunakan kakinya.
"Kitakan satu jiwa..."
"Huh? Tak naklah saya kongsi jiwa dengan awak, awak tu dahlah jahat lepas tu tak betul pulak." Naylisa menoleh sekilas ke arah Deyzrill yang mula mengambil tempat di buaian bersebelahan dengannya.
"Kenapa kau menangis?" Wajah Deyzrill tiba-tiba bertukar menjadi serious memandang Naylisa. Bukan dia tidak sedar akan mata isterinya yang nampak sembab.
Naylisa tidak menjawab malah terus menunduk seiringan dengan hayunan buai dihentikan. Air mata kembali mengalir di pipinya. Sungguh dia sebak apabila teringatkan segala-galanya yang berlaku di masa lalu. Perjalanan hidupnya sungguh teruk.
"Hey kenapa ni? Ada orang buat kau ke? Hyrans mana?"
Deyzrill terus bangun mengatur langkah menuju ke arah isterinya. Dia melutut di hadapan isterinya yang duduk di atas buai. Air mata gadis itu diseka menggunakan kedua-dua belah ibu jari. Apa pula masalah gadis ini?
"Sayang..." Panggil Deyzrill lembut. Tangan gadis itu digenggam.
"Nak kena gigit dengan aku ke sedih-sedih macam ni?" Deyzrill menarik senyuman nipis setelah mendapat gelengan daripada Naylisa.
"Habis tu? Nak aku tarik pipi tembam ni kuat-kuat?" Deyzrill mula menyentuh pipi isterinya.
Naylisa tersenyum manis. Kedua-dua belah pipi suaminya disentuh lalu diusap lembut. Dia bukan ingin mengambil kesempatan terhadap Deyzrill untuk hidup senang. Dia tidak pernah terfikir pun untuk hidup bahagia bersama lelaki ini. Dia hanya percaya hadirnya Deyzrill adalah sebagai penyelamat hidupnya dari kesengsaraan.
"Aku tak suka tengok kau bersedih macam ni. Kalau disebabkan aku selalu berkasar dengan kau okay fine, saya mintak maaf..."
Deyzrill kembali menukar panggilan mereka. Dia akui agak susah untuk biasakan diri dengan panggilan baru seperti itu.
"No no no, jangan tukarlah. Saya geli pulak dengar awak sebut panggilan tu, tak sesuai langsung dengan muka lelaki jahat macam ni. Saya nak awak jadi diri sendiri je, boleh?"
YOU ARE READING
𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] -𝐈𝐧 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠- ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐨𝐟 𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐞𝐧𝐢𝐳𝐳★ ★𝐌𝐚𝐢𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐫𝐚𝐜𝐭𝐞𝐫 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞𝐝★ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ ✧Terselitnya kesud...