Kereta dipakir di tepi hutan berdekatan dengan kawasan yang terpapar di dalam skrin. Keadaan di dalam kereta mewah yang besar itu menjadi sunyi. Masing-masing menunggu arahan Denizz untuk bertindak.
"Err so? Otak aku blank, apa yang patut kita buat? Anak aku bukan kat sini..." Kata Denizz setelah lama mereka diam. Yang lain menepuk dahi mendengar kata-kata si ketua.
"Apa ke bangang kau ni? Tadi bising sangat cakap orang lain otak sempitlah apalah. Sekarang siapa yang tak ada otak?" Kata Andy dengan penuh bengang.
"Keluar. Kita perlu jalan kaki. Ikut aku..." Arah Darqiez tanpa nada sebelum dia melangkah keluar dari kereta itu kemudian terus menuju ke arah kereta yang dipandu Edward.
"Tengok? Otak anak kau memang terbaiklah kali ni. Aku ikut arahan dia. So guys, bos bocah kita dah beri arahan. Lets go..." James melangkah ke arah Darqiez dan Edward bagi mendengar perbualan mereka.
"Viez tak bawak handphone ke?" Soal James kepada Darqiez dan Edward.
"Tangan kosong. Dia masuk dalam carboot untuk intip Kak Naylisa. Sekarang ni dia terperangkap sebab belakang kereta tu dua orang lelaki berkawal." Jelas Darqiez dengan penuh keyakinan.
"Kakak? Come on kid, she's your aunty..." Kata Edward sambil menekan-nekan skrin telefon bimbitnya.
"Dan perempuan tu dalam bahaya..." Sambung Darqiez tanpa nada.
"Ya ya aku tahu. Kau buat aku macam lelaki bodoh pulak. Diam kejap, aku tengah cari sesuatu ni..." Dahi Edward berkerut melihat skrin telefon bimbitnya yang memaparkan rakaman kamera litar tertutup di hadapan sebuah rumah banglo.
"Anak-anak buah dia sikit je. Handgun pun tak banyak. Kita hantar Evan jelah untuk selamatkan Viez, amacam?" Edward memandang Darqiez dan James bersilih ganti.
"Aku nak ikut!" Laung Brian yang baru melangkah keluar dari kereta.
"For what? Kerja senang je ni." Edward menjongketkan sebelah keningnya.
"Pergi buat sibuk," celah Danyeal pula. Andy mengangguk dengan pantas tanda menyokong kata-kata Danyeal.
"Suka hati kaulah. Pastikan Viez keluar dari rumah tu." Kata Edward sambil menekan-nekan skrin telefom bimbitnya.
Deyzrill mendail telefon bimbit Naylisa berkali-kali. Masih tiada yang menjawab. Irene memaklumkan kepadanya sebentar tadi bahawa gadis itu tiada di rumah. Ke mana pula dia pergi?
"Bodohlah! Aku suruh duduk diam-diam dalam rumah pun susah nak buat ke?!" Deyzrill menghentak stereng kereta.
Lama dia merenung jalan di hadapan. Keretanya masih berada di dalam kotak pakir kereta. Baru saja selesai membeli makanan ringan untuk dimakan bersama gadis itu di rumah.
Beberapa saat selepas itu, pintu kereta di sebelah penumpang dibuka seseorang. Deyzrill menoleh ke arah Emir yang termengah-mengah. Apa benda pula ni?
"Jalan Rill. Sumpah apa yang aku nak bagitahu ni akan buat kau rasa macam kaulah suami yang paling tak guna dalam dunia ni..." Kata Emir sambil memasang seatbelt.
"Apa jadi dengan bini aku?" Pantas Deyzrill menyoal.
"Jalan dulu Rill,"
"Kenapa dengan Naylisa? Aku nak dengar sekarang," nada suara Deyzrill mula berubah.
YOU ARE READING
𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] -𝐈𝐧 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠- ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐨𝐟 𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐞𝐧𝐢𝐳𝐳★ ★𝐌𝐚𝐢𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐫𝐚𝐜𝐭𝐞𝐫 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞𝐝★ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ ✧Terselitnya kesud...