Kaki dilangkah keluar daripada kereta, beberapa orang lelaki yang sedang memandang ke arahnya diendahkan. Sejak dari dahulu lagi dia sudah terbiasa dipandang sinis oleh manusia-manusia di sekeliling. Mereka hanya tahu menghukum dari segi luaran sahaja.
Langkah diatur masuk ke dalam salah sebuah kelab malam mewah yang tersohor dan sering menjadi tempat Khaish melepak. Tujuannya ke sini adalah untuk memberi 'amaran' kepada Khaish berkenaan dengan Naylisa.
Pap! Pap! Pap!
"Deyzrill Deyzrill dan Deyzrill..." Kedengaran bunyi namanya diseru seiringan dengan bunyi tepukan tangan menerjah masuk ke dalam rongga telinga.
Tubuhnya dipalingkan ke belakang bagi melihat si gerangan yang menyeru namanya walaupun dia sudah dapat mengecam suara itu. Sepasang mata bewarna hijau gelap itu menikam tajam wajah Khaish.
"Aku nak cakap sikit dengan kau," kata Deyzrill tanpa nada. Khaish berseorangan? Mudah kerjanya.
"Kau datang sini, Naylisa tahu? Oh kejap, mesti kau tipu dia, kan?" Khaish menayangkan senyuman sinis buat Deyzrill. Dia sengaja ingin melihat lelaki itu berang akan kata-katanya.
"Aku cuma nak cakap, Naylisa milik aku dan selamanya akan jadi milik aku." Kedua-dua belah tangannya dimasukkan ke dalam kocek seluar.
"Mestilah dia milik kau, tiba masa nanti dia sendiri akan datang pada aku tanpa aku suruh. Kau sabar je, berseronoklah dulu dengan si pelacur tu."
Gigi diketap, mulut Khaish benar-benar biadap. Nafas ditarik lalu dihembus kasar setelah terdengar kata-kata Hyrans melalui speaker kecil menerjah masuk ke dalam telinga.
"Dia batu api, Rill. Hidup dia penuh dengan dendam. Kita tak perlu layan lelaki macam tu, buang masa bro. Dia sanggup buat apa saja pada orang sekeliling asalkan dia sendiri rasa puas. Kau dengarlah cakap aku ni, abaikan kata-kata dia."
Deyzrill beriak tenang, tiada guna dia menunjukkan rasa marah kerana hal itu hanya akan memakan dirinya sendiri di kemudian hari.
"Kau tak kisahkan kalau aku nak try dia lagi? Jangan risau, aku bayar kalau layanan dia tip top bro..."
"Langkah mayat aku dulu." Kata Deyzrill menggunakan nada yang sedikit meninggi sebagai isyarat kepada Hyrans dan Emir supaya bertindak.
Bang! Bang! Bang!
Tiga das tembakan dilepaskan ke arah Khaish tetapi satu pun tidak mengena oleh kerana mereka hanya ingin memberi pengajaran kepada lelaki itu.
Deyzrill berlari ke arah lif bersama senyuman jahat, dia masih tidak puas bermain-main bersama Khaish. Beberapa orang yang ingin masuk ke dalam lif bersamanya diugut dengan menggunakan sepucuk pistol dan membantutkan niat mereka.
Dia perlu naik ke rooftop untuk bermain-main dengan lelaki itu kerana dia tahu Khaish akan mengekorinya. Siapa kata Deyzrill hanya akan berdiam diri setelah anaknya yang dikandung Naylisa gugur? Tentu dia akan membalas dendam, dia hanya perlukan masa yang sesuai seperti sekarang.
"You're bastart!" Khaish tidak sempat menahan pintu lif daripada tertutup, haluannya terus diubah ke arah tangga.
"Mana kau sial?! Keluarlah! Dari dulu sampai sekarang pengecut kau langsung tak hilang. Buang jelah telur tu Deyzrill!" Pandangan diliarkan ke sekeliling, ke mana lelaki tak guna itu pergi?
Bak!
Pusing saja ke belakang, wajahnya disiku Deyzrill yang berdiri begitu hampir dengannya. Khaish terjatuh di atas lantai, tangan kanannya mengelap hidung yang telah mengalirkan cecair merah.
YOU ARE READING
𝐇𝐞'𝐬 𝐀 𝐁𝐚𝐝 𝐆𝐮𝐲
Action[𝐂 𝐎 𝐌 𝐏 𝐋 𝐄 𝐓 𝐄 𝐃] -𝐈𝐧 𝐄𝐝𝐢𝐭𝐢𝐧𝐠- ♡ 𝐊𝐚𝐫𝐲𝐚 𝐤𝐞𝐭𝐢𝐠𝐚 𝐌𝐫𝐇𝐚𝐳𝐑𝐞𝐲𝐳 ♡ ★𝐒𝐞𝐜𝐨𝐧𝐝 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐨𝐟 𝐌𝐫𝐬. 𝐃𝐞𝐧𝐢𝐳𝐳★ ★𝐌𝐚𝐢𝐧 𝐜𝐡𝐚𝐫𝐚𝐜𝐭𝐞𝐫 𝐜𝐡𝐚𝐧𝐠𝐞𝐝★ ★𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 + 𝐀𝐜𝐭𝐢𝐨𝐧★ ✧Terselitnya kesud...