Bab 6

393 29 4
                                    

"WHAT?!"

"Kenapa?" Nuwairah Rose angkat kening.

"Akak dah gila? Lagi sebulan akak nak kahwin dengan bakal suami akak tu. Ada niat pulak nak batalkan perkahwinan!" Suara Nazhael dicelah gigi. Geram dengan kakaknya. Mana dapat nak batalkan perkahwinan kalau bulan depan kakaknya nak kahwin. Gila ke apa?

"Alah Nazhael, please, tolonglah kakak. Kakak tak nak kahwin dengan Naufal tu."

"Okey! Kakak bagi Nazhael reason kenapa kakak tak nak kahwin dengan Naufal tu?"

"Akak tak kenal dia."

"Cinta boleh dipupuk."

Nuwairah Rose mencebik.

"Mana tahu dia tu penyangak ke, penyamun ke. Ha?"

"Mama takkan pilih dia jadi bakal suami akak kalau dia tu penyamun apa semua. Sebab dia baiklah mama pilih dia jadi bakal suami akak."

Ceh! Pandai pula adiknya berbicara. Tahulah ambil course lawyer dekat Universiti.

"Akak still tak nak kahwin dengan dia."

"Tak nak sudah! Nazhael malas nak ambil tahu. Itu masalah akak."

Nuwairah Rose mencebik lagi.

"Sampai hati Nazhael tak tolong akak kan?"

"Heh! Dah-dah. Nazhael nak mandi. Get out from my room!" Selamba badak dia saja menghalau kakaknya.

"Fine!" Terus Nuwairah Rose keluar dari bilik adiknya.














FEDRIZ Naufal tersenyum bila mendapat mesej dari bakal isterinya. Siapa lagi kalau bukan Nuwairah Rose.

"No, no! Maybe I should call her my little rose. "

Sejak dia tahu bakal isterinya ialah gadis yang sama dia jatuh cinta, hatinya kian rindu akan gadis itu. Tak sabar rasanya nak jadikan gadis itu isterinya. Patutlah hatinya meronta-ronta nak berkenalan dengan gadis itu, rupanya little rose dia dan Nuwairah Rose itu orang yang sama. Gadis yang telah mencuri hatinya kini, esok dam selamanya. Heh! What a small world.

Lalu, mesej dari Nuwairah Rose dia baca. Dan mesej itu telah membuatkan dia tersenyum lebar.

Nuwairah Rose
Saya setuju jadi isteri awak.

Fedriz Naufal
Nice to know that. Thanks.

Bluetick! Itu yang dia dapat. Fedriz Naufal ketawa. Tak apa, mungkin little rose dia perlukan masa sedikit. Dan nanti, dia takkan biarkan little rose dia bluetick dia lagi.

Sejurus itu, nombor ibunya didail.

"Hello mom, where are you?"

" Ibu dekat butik ni. Tengah tengok baju kahwin kamu. Kamu datanglah dekat sini. Cepat!" Tegas Puan Raisah memberi arahan.

"Rose ada dekat sana?"

"Tak ada, dia dah fitting baju awal. Katanya dia ada kerja. Tu yang tergesa-gesa tadi."

Kecewa!

"Ouh, okey. Nanti Iz datang."

Talian dimatikan. Huh! Nampaknya little rose dia ingin mengelak darinya.

Bidadari Dambaan DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang