Bab 24

311 31 11
                                    

TERPEGUN Nuwairah Rose pandang rumah agam besar di hadapannya. Hiasan luaran pun dah nampak elegant, apalagi bahagian dalam rumah. Cantik!

"So how?" Fedriz Naufal peluk pinggang ramping isterinya.

"Abang..." Seru Nuwairah Rose. Dia menangis. Mulut ditekup.

"Laa, kenapa menangis ni?" Soal Fedriz Naufal. Haih, apa pula salahnya ini?

"It's beautiful. Sayang terharu dan happy sangat. Thank you, abang."

Fedriz Naufal senyum. Dahi Nuwairah Rose dicium lembut. Air mata wanita itu diseka.

"Sama-sama. Kalau happy, jangan menangis."

Nuwairah Rose angguk. Tangan Fedriz Naufal dipegang.

"Nak tengok dalam rumah. Jomlah abang..." Dia tarik-tarik tangan Fedriz Naufal.

"Ya ya. Terputus tangan abang nanti ha." Gurau Fedriz Naufal lembut. Namun langkahnya mengikuti si isteri. Tak menyabar sungguh.

"Arghh!!!" Jerit Nuwairah Rose usai masuk ke dalam rumah agam baharu mereka. Mulut ditekup tanda teruja. Cantiknya!

"Pekak telinga abang ni, sayang." Tegur Fedriz Naufal. Tawa kecil meletus di bibirnya.

Nuwairah Rose sengih.

"Abang, rumah ni cantik sangat. Sayang... Sayang... Sayang suka!" Jerit Nuwairah Rose lagi. Teruja itu memang tak dapat dibendung lagi. Sememangnya, dia sukakan rumah agam ini. Lebih-lebih lagi rumah ini memang citarasa dia. Ala-ala rumah gaya British. Sungguh nampak elegant!

"Nanti, bolehlah sayang masak tiap-tiap hari dekat dapur, selepas itu, pakai seksi-seksi. Sebab nak goda abang kan? Kenalah seksi..." Nuwairah Rose berjalan-jalan di ruangan tamu. Sudah selesai disitu, dia menuju ke bahagian dapur pula.

Fedriz Naufal terkedu. Amboi! Dia tak salah dengar ke? Isterinya nak pakai seksi? Isterinya nak goda dia?

"Selepas itu buat bilik rahsia. Buat taman mini, nak buat rumah haiwan perliharaan, nak bua-"

Terus mulutnya ditekup oleh Fedriz Naufal.

"Mmmmp. Hmmph..."

Fedriz Naufal tarik keluh. Tangannya dilepas dari menekup mulut Nuwairah Rose.

"Apa abang ni? Sayang tak habis cakap lagi!" Marah Nuwairah Rose cemberut. Dia lalu berjalan menuju ke arah tingkat atas.

Fedriz Naufal geleng kepala. Haih isterinya ini. Teruja sungguh dapat rumah baharu.

"Abang!" Jerit Nuwairah Rose lagi. Terus Fedriz Naufal berlari masuk di tingkat atas. Kang jadi apa-apa dekat isterinya, susah dia nanti.

"Ke-kenapa ni?" Tercungap-cungap dia menyoal. Semput! Tak sangka letih juga maraton dari dapur ke tingkat atas ni.

"Berapa banyak bilik ni? Sayang rasa kan sayang nak buat mini library, nak buat bilik rahsia, nak buat bilik kerja abang lagi, nak buat- Arghh!"

Tak habis dia bercakap, tubuhnya terus dicempung oleh Fedriz Naufal.

"Banyak cakap eh? Buat anak tak nak?"

Nuwairah Rose laju geleng kepala.

"Tak nak! Abang turunkan saya!" Dada bidang suaminya dipukul lembut.

"Sakitlah sayang!"

"Turunkan sayang!"

"Tak nak!"

"Abang jahat!"

Bidadari Dambaan DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang