TIBA sahaja dibutik, dapat Nuwairah Rose lihat Puan Sri Juliana dan Puan Raisah alias bakal ibu mentuanya berada disitu. Rancak eh berborak sampaikan dia sampai pun Puan Sri Juliana dan Puan Raisah tak perasan.
Sejurus itu, matanya tertancap pada seorang lelaki yang duduk disebelah Puan Raisah. Sedang bermain telefon. Mungkin lebih selesa mendiamkan diri.
Hmm, nampak segak dan berkarisma! Itu dari pandangan Nuwairah Rose.
'Eh, cukup Aira. Beberapa hari lagi kau nak kahwin. Jangan nak menggatal.' Sempat dia mengingati diri sendiri.
"Ma..." Serunya. Baru sedar tujuan asalnya datang ke butik ini. Ambil. Baju. Kahwin!
"Eh, Aira! Bila sampai?" Soal Puan Sri Juliana. Baru perasan lah tu Nuwairah Rose datang. Kalau anaknya tak panggil tadi, mungkin sampai sekarang dia tak sedar akan kehadiran Nuwairah Rose. Rancak sangat berborak dengan bakal besan katakan.
"Baru jer tadi, ma..." Tangan Puan Sri Juliana dan Puan Raisah dia salam penuh hormat.
"Puan Raisah sihat?" Soalnya berbasa-basi. Senyuman manis terukir didua ulas bibirnya.
"Sihat, alhamdulillah." Jawab Puan Raisah lembut. Nuwairah Rose angguk dengan senyuman yang masih dibibir. Hati bakal mentua perlu dijaga. Hoho.
Tapi dia perasan, lelaki disebelah Puan Raisah asyik merenungnya bila Puan Sri Juliana memanggil namanya. Walaupun lelaki itu memakai kaca mata hitam, namun dia dapat rasakan yang lelaki itu merenungnya. Tidak beriak tanpa secalit senyuman. Seram pula!
"Mana bajunya?" Soal Nuwairah Rose terus. Tak selesa pula bila dilihat lelaki itu. Handsome memang handsome, cuma seramlah lelaki itu. Aku mengadu dekat bakal suami aku kang. Haha.
"Eh, tunggu lah sekejap. Duduk dulu."
"Aira ada kerja sikit nak dibuat ma. Nanti apa pulak kata papa kalau Aira tak ada dekat syarikat." Sehabis lembut Nuwairah Rose menolak. Dia bukan apa, tak selesa sebenarnya bila lelaki disebelah Puan Raisah itu memandangnya sedari dari tadi lagi. Aku tampar kang! Apa masalah lelaki itu?
"Mama dah bagitahu dekat papa yang kamu ada hal dengan mama harini. Papa bagi kamu cuti."
Mata Nuwairah Rose membuntang. Biar kebenaran?
"Tapi ma..."
"Dah, duduk." Arahan tegas dari Puan Sri Juliana. Nak tak nak, terpaksa Nuwairah Rose turuti. Mukanya cuba dimaniskan sebaik mungkin sebelum melabuhkan punggung disebelah mamanya, berhadapan dengan lelaki seram itu tadi! Dia ulang, LELAKI SERAM! Dugaan apakah ini? Hm.
"Aira seganlah tu..." Kata Puan Raisah. Nuwairah Rose tersenyum kekok. Iya Puan Raisah, seganlah ni.
Sah lelaki itu memang betul-betul memandangnya. Sebab lelaki itu sudah menanggalkan kaca mata hitamnya. Haih, pandangan lelaki itu sungguh membunuh. Tajam semacam! Tapi series kacak!
"Nak segan apanya dengan bakal suami." Sambung Puan Sri Juliana. Nuwairah Rose pandang mamanya. Muka blur ditunjukkan.
"Huh?"
"Apa Aira ni. Dekat depan Aira tu bakal suami Airalah!" Tegur Puan Sri Juliana. Ada ke patut bakal suami sendiri tak kenal?
Nuwairah Rose pula terkedu. Apakah?!
"Anak Pu-Puan Raisah?" Tergagap-gagap Nuwairah Rose menyoal kepastian.
"Ha dialah tu."
Oh god!
Perlahan-lahan Nuwairah Rose pandang kehadapan semula. Lelaki itu tersenyum. Bukan senyum ikhlas, manis, masin apa semua. Tapi kelihatan seperti senyum sinis. Eii.
"Hai Rose, nice to meet you." Itu dia! Suara yang Nuwairah Rose biasa dengar semasa mereka berdua tengah on-call. Tapi bila didepan-depan macam ini, kenapalah suara dia penuh dengan authority?
Dan-dan Nuwairah Rose rasa nak pengsan!
SUASANA kian kekok. Masing-masing mendiamkan diri. Fedriz Naufal sibuk dengan telefonnya. Nuwairah Rose pula bermain-main dengan jari runcingnya. Muka ditundukkan.
Puan Sri Juliana dan Puan Raisah pula sudah awal-awal keluar. Nak tengok persiapan kahwin katanya. Heh, yalah tu. Sengaja nak kasi Nuwairah Rose dan Fedriz Naufal berdua. Eh, bertiga. Lupa pula dengan Nazhael. Hehehe.
"Abang Iz ni memang series eh nak kahwin dengan akak?" Straight to the point saja Nazhael menyoal. Nak menyiasat bakal abang ipar. Sekaligus ingin membuang kesunyian yang beberapa minit melanda tadi.
"Nazhael, apa tanya macam tu?" Bisik Nuwairah Rose keras. Ish adik dia ni.
"Biarlah..." Balas Nazhael pula.
Fedriz Naufal yang mendengar soalan itu tergelak halus.
"Abang jenis yang tak main-main dengan keputusan abang. Kalau abang tak series kahwin dengan kakak Nazhael, dah lama abang permainkan perasaan kakak Nazhael." Penuh mendatar suara Fedriz Naufal membalas. Tanda dia tengah series. Tak main-main dengan kata-katanya.
"Tapi abang tak cintakan akak kan?"
Nuwairah Rose tepuk dahi. Hesy! Hanya Allah saja yang tahu betapa geramnya dia saat ini. Tunggulah datang rumah nanti, memang dia bebel cukup-cukup adiknya ini.
"I do love her. Since we first met." Jawapan ikhlas dari Fedriz Naufal. Matanya tertancap pada gadis cantik dihadapannya.
Nuwairah Rose membalas pandangan. Dan serentak itu juga, pandangan mereka berdua bertaut. Nuwairah Rose bagai terpukau didalam anak mata hitam pekat milik Fedriz Naufal. Cantik! Dan didalam mata itu juga bagai ada sesuatu rasa yang ingin disampaikan namun Nuwairah Rose tak dapat mentafsir. Rasa cinta, mungkin?
Terus-terusan Nuwairah Rose hanyut dengan pandangan anak mata hitam pekat itu. Bagai ada lohong hitam yang menariknya terus kedasar hati lelaki itu.
Eh, apa kau merepek ni Nuwairah Rose?
"Ehem!" Nazhael berdehem. Adeh, kenapalah dia kena hadap drama cinta Naufal Rose ini?
Serta merta Nuwairah Rose alihkan pandangan. Darah menyerbu keseluruh muka. Malu!
"Nazhael nak pergi beli air dululah. Haus. Abang dengan akak nak apa-apa tak?" Nazhael berua-rua hendak berdiri. Biarlah Nuwairah Rose dan Fedriz Naufal berbual. Namun, kelakuannya terhenti bila tangan kakaknya memegang tangannya. Menahan dia daripada pergi.
"Err, akak ikut Nazhael lah."
"Eh, mana boleh akak! Akak sendiri kata akak berdarah manis tadi kan? Kang akak dalam bahaya ke apa, Nazhael pulak yang kena tanggungjawab. Tak kahwin akak nanti." Sempat dia memerli Nuwairah Rose.
Gadis itu pula tayang penumbuk. Nazhael senyum mengejek.
"Lagipun kalau akak dekat sini selamat sikit. Abang Iz tu ada. Okey? Nazhael pergi sekejap jer." Kepala kakaknya yang berlitup tudung itu diusap lembut. Bagai memujuk anak kecil pula.
"Ish! Pergilah!" Masam mencuka muka Nuwairah Rose. Tak kesah pasal Fedriz Naufal yang bantai gelak halus melihat karenahnya.
"Bye kak."
"Hmm..."
Dan tinggallah Nuwairah Rose dan Fedriz Naufal berdua. Suasana kekok kembali menerjah.
KAMU SEDANG MEMBACA
Bidadari Dambaan Dia
Romance-His Little Rose- FEDRIZ NAUFAL | NUWAIRAH ROSE Dia isteri, Dan dia bidadari dambaan lelaki, Cinta berlebihan memisahkan kedua insan, Ketentuan takdir menyatukan hati yang terpisah, Namun... Cinta tak semestinya bersatu, hati kedua orang insan sent...