Bab 25

316 25 8
                                    

NUWAIRAH Rose duduk di sofa. Nafas dihela lembut. Melepaskan segala penat lelah selesai sahaja dia mengemas rumah. Kemudian, dia memasak. Memang memenatkan!

Fedriz Naufal pula ada di tingkat atas. Mungkin tengah membuat kerja atau bermain game.

Cuma, entahlah. Nuwairah Rose tak tahu apa punca suaminya itu tidak berapa nak bercakap selepas membeli barangan dapur tadi.

Bila dia tanya di dalam kereta tadi, dia pula kena marah. Jadinya, Nuwairah Rose hanya mendiamkan diri sahaja sampailah ke rumah. Dan kemudiannya, Fedriz Naufal terus pergi je tingkat atas, masuk ke dalam bilik. Pintu bilik pula di kuncinya.

Haih, nasib baik dah pindah rumah, kalau tak, mahunya dia disoal siasat oleh mentuanya. Gerun bila difikirkan!

Nuwairah Rose tarik keluh. Kenapa pula suaminya itu? Takkan marahkan dia kot? Tapi apa salah dia?

Dengan langkah longlai, Nuwairah Rose pergi ke tingkat atas. Nak ajak suaminya itu makan malam.

Tombol pintu dia pulas. Kunci! Aduh... Macam mana nak masuk ni?

"Abang..." Panggil Nuwairah Rose lembut. Pintu bilik dia ketuk. Sebenarnya dia takut juga kalau-kalau Fedriz Naufal itu akan memarahinya. Huh, mohon dijauhkan!

"Abang, buka pintu. Sayang dah masak. Kita makan jom." Kata Nuwairah Rose. Pintu tak henti-henti dia ketuk. Cumanya tak berapa nak kuat sangat. Ketuk lembut saja. Nanti rimas pula encik suaminya itu.

"Aba-"

Dia berhenti memanggil apabila Fedriz Naufal membuka pintu. Terkejut dia melihat muka Fedriz Naufal. Pucat dan tak bermaya. Sakit ke?

Namun itu, dia tetap tayang senyum manis pada suaminya.

"Sayang dah habis masak, kita makan eh?"

"Abang tak rasa nak makan lagi." Lemah suara lelaki itu.

"Abang sakit ke?" Apabila tangannya bertindak memegang dahi Fedriz Naufal, lelaki itu lantas mengelak.

Nuwairah Rose berkerut dahi.

"Pening sikit. Err, just pretend like nothing happen."

Membuntang mata Nuwairah Rose. Pening? Dan suaminya boleh pula suruh dia buat tak tahu? Macam mana nak buat tak tahu kalau suami sendiri sakit?!

"Kenapa abang ni? Abang sakit tu. Boleh pula suruh kita buat tak tahu." Bebel Nuwairah Rose. Tangan Fedriz Naufal dia tarik masuk bilik.

"Sayang risau tahu tak..." Gumam Nuwairah Rose. Tubuh Fedriz Naufal dia baringkan. Rambut suaminya diusap lembut.

Fedriz Naufal cuma turutkan sahaja kelakuan isterinya. Dia berpaling muka dari Nuwairah Rose.

"Okey." Itu jawapan ringkas buat si isteri.

Nuwairah Rose mengeluh dalam diam. Terasa sedikit hatinya apabila Fedriz Naufal buat tak tahu saja bila dia risaukan keadaan Fedriz Naufal. Lebih-lebih lagi bila lelaki itu berpaling muka. Macam tak mahu pandang dia pun ada. Entah apalah salah dia.

"Tak apalah, abang rehat dulu. Sayang ambilkan ubat dan makanan buat abang."

"Hmm... Abang tak nak makan." Gumam Fedriz Naufal. Kenapa Nuwairah Rose langsung tak faham dia ni? Hesy!

"Penat tau sayang masak. Abang makan sikit ya?" Rambut suaminya tak henti dia usap. Ingin memujuk supaya suaminya itu nak makan.

"Tak nak..."

"Sikit jer." Pujuk Nuwairah Rose lagi.

Fedriz Naufal merengus kasar. Tangan Nuwairah Rose yang mengusap rambutnya ditepis kasar. Tersentak Nuwairah Rose. Fedriz Naufal bingkas duduk. Isterinya dipandang tajam membuatkan Nuwairah Rose gerun.

"Kau tak faham ke? Aku tak nak makan. Jangan paksa aku boleh tak?!" Tengking Fedriz Naufal. Terhinjut bahu Nuwairah Rose dibuatnya.

"Ab-Abang... Saya-"

"Get out!" Tengking Fedriz Naufal lagi. Jarinya menunjuk ke arah pintu. Menyuruh supaya wanita itu keluar.

"Abang, kenapa ni?" Selembut mungkin Nuwairah Rose memujuk. Tangan suaminya dipegang.

"Little rose... Abang cakap keluar kan?" Kata Fedriz Naufal dingin. Tiada lagi bahasa 'aku-kau' yang digunakan tadi. Kerana tadi itu, dia cuma tertekan akibat Nuwairah Rose terlalu memaksa dia. Jadinya dia tertengking isterinya. Tambahan lagi masalah baru yang menimpanya.

Nafas dihela kasar. Haih.

"Tapi sayang tak nak..." Bantah Nuwairah Rose takut-takut. Matanya memandang ke dalam anak mata Fedriz Naufal. Macam ada sesuatu yang membuatkan suaminya tertekan.

"Little rose..." Suara suaminya dicelah gigi. Geram dengan kedegilan Nuwairah Rose mungkin.

"Abang kenapa ni? Dari petang tadi macam tak ada mood jer. Sayang ada buat salah ke?" Tak berputus asa dia memujuk suaminya. Mama kata, kalau suami jadi api, isteri kena jadi air.

Fedriz Naufal geleng kepala. Mukanya diraup kasar. Isterinya langsung tak buat salah.

"Habis tu?"

"It's nothing..." Jawab Fedriz Naufal.

"Abang kalau ada masalah, bagitahu dekat sayang. Jangan pendam." Pesan Nuwairah Rose lembut.

"Nothing..."

Nuwairah Rose tarik keluh. Muka Fedriz Naufal dia tekup lembut. Nampak sangat suaminya macam tertekan memikirkan sesuatu.

"Sayang isteri abang, abang boleh cerita semuanya dekat sayang." Pujuk Nuwairah Rose lagi. Dan usai itu, Fedriz Naufal lepaskan tangisan. Mukanya disembam pada bahu si isteri.

Nuwairah Rose senyum. Haih,menangis pula dia.

"I miss you..." Luah Fedriz Naufal.

"I miss you so much..." Luahnya lagi.

Nuwairah Rose tepuk belakang suaminya. Bagai memujuk anak kecil. Haih, manjanya!

"Sayang pun rindukan abang." Kata Nuwairah Rose lembut. Layankan sajalah karenah suaminya. Kan dia dah kata, suaminya ini memang susah nak dijangka. Sekejap okey, sekejap tidak.

"Abang minta maaf sebab tengking sayang tadi." Tangis Fedriz Naufal. Leher si isteri dipeluk.

"Tak apa, abang..."

Fedriz Naufal teresak-esak.

"Jangan menangis abang. Kita makan ya? Lepas tu makan ubat."

"Tapi abang tak sakit, sayang..." Jawab Fedriz Naufal perlahan.

"Tadi kata pening?"

"Abang tipu. Hm..." Dia sembamkan pula wajahnya ke leher isterinya. Takut isterinya marah sebab dia tipu tadi.

"Nakalnya suami sayang ni. Tipu sayang ya." Kata Nuwairah Rose lembut. Rambut suaminya diusap lagi.

"Sayang tak marah?"

Nuwairah Rose geleng kepala.

"Sayang tak marah pun. Tapi sayang akan marah kalau abang tak makan. Penat sayang masak."

Fedriz Naufal leraikan pelukan dileher isterinya.

"Abang lapar..." Rengek Fedriz Naufal.

"Jom makan." Baru saja dia nak tarik tangan suaminya, lelaki itu lebih pantas menarik tubuhnya berbaring diatas katil. Tubuh isterinya ditindih.

"Nak baby..." Kedua pipi Nuwairah Rose dicium lembut.

Nuwairah Rose ketawa kecil. Ulat bulu naik daun!

"Makan dulu abang. Sejuk dah makanan tu nanti. Tak sedap bila dimakan." Hidung Fedriz Naufal dicuit lembut. Dia tolak lembut tubuh suaminya.

"Makan ya?" Dia ketawa lagi bila suaminya tarik muncung. Cabut mulut tu kang!

"Abang..."

"Yalah, kita makan. Hm." Laju Fedriz Naufal turun dari katil sebelum tubuh Nuwairah Rose dia cempung bawa turun ke dapur.

Nuwairah Rose ketawa.

Bidadari Dambaan DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang