Bab 11

374 26 1
                                    

SEJURUS sampai dirumah, Nuwairah Rose terus menghempaskan diri diatas katilnya. Penat sebab uruskan hal kahwin.

Namun satu yang dia tak sangka. Apa yang terjadi hari ini sungguh diluar jangkaannya. Sungguh dia tak menyangka bahawa dia bertemu dengan Fedriz Naufal. Cuma selepas dia melihat muka Fedriz Naufal, dia bagai pernah jumpa lelaki itu. Tapi dimana ya?

Telefonnya yang berbunyi menyedarkan Nuwairah Rose dari lamunan.

Dengan malas, dia menjawab panggilan itu. Haih, siapa pula yang berani ganggu dia semasa dia tengah rehat ni?

Butang hijau lantas dileret tanpa melihat nama si pemanggil. Tak lain tak bukan, mesti Puan Sri Juliana yang menelefonnya. Nak cakap pasal perkawinannya lah ni.

Kemudian, matanya ditutup. Bersedia untuk tidur jika Puan Sri Juliana bercakap tentang perkahwinan nanti. Haha.

"Hmm..." Jawabnya malas. Argh! Sungguh dia tak larat nak bercakap sekarang ini.

"Amboi! Lemahnya suara. Kenapa ni?"

Matanya yang tertutup tadi, tiba-tiba terbuka. Ini suara Fedriz Naufal!

"Eh, awak! Rindu saya eh?" Teruja punya pasal, selamba Nuwairah Rose menyoal. Selepas itu, tepuk-tepuk mulutnya. Baru sedar yang dia terlepas cakap. Ish! Tak makan saman betul mulutnya ini!

Fedriz Naufal tertawa dihujung talian.

"Tak bolehlah kalau saya seorang saja yang rindu."

Nuwairah Rose tutup mukanya. Malunya! Arghh!

"Kenapa call? Ada apa-apa ke? Awak tak sihat?" Soal Nuwairah Rose bertalu-talu. Dalam satu nafas saja dia menyoal. Dan itu membuatkan Fedriz Naufal ketawa lagi. Kelakar pula bakal isterinya ini!

"Saya call sebab nak pastikan yang awak betul-betul dah selamat sampai rumah ke tak. Tak ada apa-apa pun. Saya sihat jer ha." Jawab Fedriz Naufal satu-persatu.

"Ouh. Saya dah sampai rumah. Okey jer. Awak tanya kenapa? Risau ke?" Tersenyum-senyum Nuwairah Rose menyoal.

"Bakal isteri saya, mestilah saya risau."

Aww!

Nuwairah Rose menyembamkan muka dibantalnya. Fedriz Naufal risaukan kita! Malu! Malu!

Tanpa sedar, Nuwairah Rose terjerit kecil. Untung kita ada orang yang risau! Bakal suami sendiri pula tu!

"Rose? Okey tak ni?" Tersentak Fedriz Naufal mendengar jeritan kecil Nuwairah Rose. Kenapa dengan little rose nya?

"Okey, saya okey."

Nuwairah Rose berdehem seketika.

"Awak jerit tadi kenapa? Ada apa-apa jadi ke?"

"Tak, ni ha! Lipas, kacau saya tengah rehat." Pandai pula Nuwairah Rose tutup malunya.

Meskipun Fedriz Naufal tidak dapat melihat mukanya sekarang ini, namun lelaki itu dapat rasakan muka bakal isterinya tengah merah sekarang ini. Eleh, macamlah dia tak tahu yang Nuwairah Rose tengah malu sekarang ini. Kantoi teruja bila bakal suami risaukan dia. Haha.

"Lipas pun nak takut ke?"

"Takutlah, bahaya lipas tu. Pandangan dia pun tajam. Eii, takut kita." Sempat dia menyamakan Fedriz Naufal dengan lipas. Biarlah, Fedriz Naufal bukannya tahu pun. Hoho.

Fedriz Naufal tertawa.

"Dah mati dah lipas tu tadi?"

"Belum lagi, tak sampai hati nak bunuh dia."

"Kata bahaya, bunuh jelah."

"Saya sayang lipas tu... "

"Tak sangka bakal isteri saya sayangkan lipas eh?"

Nuwairah Rose tahan tawa.

"Awaklah lipas tu!" Tak semena-mena dia melepaskan tawa.

"Amboi! Apa pulak samakan saya yang handsome ni dengan lipas." Fedriz Naufal turut ketawa. Terhibur!

"Betullah, lipas tu kacau saya tengah rehat."

"Alololo, kesian dia. Penat sangat ke harini?"

"Penat awak, lipas tu suka sangat usik saya dekat butik tadi."

"Ohh, ya ke? Lipas lipas pun awak sayang, tak apalah."

"Bila masa saya sayang lipas tu? "

"Tadi, lupa dah?"

Dah! Nuwairah Rose tak tahu nak jawab apa. Selepas itu, dia tergelak halus.

"Rose..." Fedriz Naufal menyeru perlahan. Kali ini, series.

"Hmm?"

"Sayang saya?"

Terkedu sekejap Nuwairah Rose.

"Eh..." Nuwairah Rose tawa dibuat-buat.

Fedriz Naufal turut ketawa, kekok saja bunyinya.

"Okeylah, saya nak rehat ni. Bye Rose..."

"Sayanglah, sikit." Jawab Nuwairah Rose, perlahan.

"Love you too. Bye."

Talian dimatikan. Terus Nuwairah Rose pegang dadanya. Laju jantungnya berdegup.

"Love you too." Kata-kata keramat itu, membuatkan Nuwairah Rose membahang malu. Lantas ditutupnya muka menggunakan bantal.

Mengungkapkan kata cinta itu mudah, namun mengungkapkan sayang itu sukar. Then love should not be exist. Because the pain will teach us some lesson that love are not important.

Bidadari Dambaan DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang