Bab 28

403 32 2
                                    

BEBERAPA hari sudah berlalu, Fedriz Naufal langsung tidak bercakap dengan Nuwairah Rose. Wanita itu sahaja yang beria-ria nak memujuk suaminya. Namun Fedriz Naufal tak bagi kerjasama langsung. Masih dengan egonya yang menggunung itu.

Memikirkan itu, Nuwairah Rose mengeluh. Entah kenapa dia dapat rasakan suaminya itu berubah secara mendadak. Dan beberapa hari ini pun Fedriz Naufal nampak tertekan dan gelisah semacam. Bagai memikirkan sesuatu.

Dan lagi penting, Fedriz Naufal asyik terperap saja di dalam bilik. Bila dia nak keluar, dia akan keluar. Bila dia tak nak, jawabnya di dalam bilik sajalah. Hesy! Sungguh Nuwairah Rose tak faham dengan perangai suaminya.

Sudahnya dia terpaksa telankan sahaja semua kelakuan dingin Fedriz Naufal terhadapnya. Terasa hatinya dilayan sebegitu rupa. Padahal dia tak buat apa-apa salah pun.

Haih... Nuwairah Rose mengeluh sekali lagi. Rindu betul dia dengan suaminya itu.

"Eh, abang. Jom makan." Terus Nuwairah Rose berlari anak mendekati suaminya yang barusan menuruni anak tangga.

"Nak keluar kejap." Itu balasan dari Fedriz Naufal.

"Malam-malam macam ni?"

Fedriz Naufal anggukkan sahaja.

"Tak payah tunggu abang. Tidur jer terus." Tak sempat Nuwairah Rose menjawab apa-apa, Fedriz Naufal terus keluar dari rumah.

Air mata, Nuwairah Rose tahan supaya tidak jatuh. Itulah sikap Fedriz Naufal sejak beberapa hari ini.













"HAN..." Seru Fedriz Naufal. Wajah Nazhan yang nampak gelisah dipandang penuh tanda ingin tahu. Nazhan pandang adik iparnya.

"Hey..." Mereka berdua berjabat tangan.

"Kenapa panggil aku?" Soal Fedriz Naufal terus.

"Iz, tolong aku..." Dapat dia rasakan bahawa Nazhan dalam keadaan tertekan sekarang ini.

"Tolong apa?"

"Anak buah Ryu dah ambil Dhirayna..."

Riak wajah Fedriz Naufal berubah.

"Macam mana-"

"Aku tak tahu..." Nazhan meraup muka. Ketara sangat dia tertekan. Kalau jadi apa-apa terhadap Dhirayna macam mana?

Fedriz Naufal tarik keluh. Kalau hal yang berkaitan dengan Dhirayna memang dia pun tak tahu nak selesaikan macam mana. Kerana Mrs Ryu itu sungguh licik.

"Abang!" Serentak keduanya pandang Nazhael yang berlari kearah mereka.

"Kenapa?" Soal Nazhan.

"Hael tahu dekat mana kak Dhirayna. Dia orang tak jauh dari kita."

Berdiri terus Nazhan mendengarnya.

"Teruskan detect lokasi dia orang. Iz, kumpulkan semua anak buah aku. Sama ada aku atau dia yang mati malam ni." Kata Nazhan mendatar. Tiada siapa yang boleh sakiti hak miliknya. Dan Mrs Ryu mencari nahas pada orang yang salah.

"Bila kita gerak?" Soal Fedriz Naufal.

"Sekarang."

"Hael?"

Bidadari Dambaan DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang