Bab 26

340 25 8
                                    

"TADAAA!"

Tudung saji dibuka.

"Wow! Sayang masak ke?" Teruja Fedriz Naufal. Makanan yang dimasak oleh isterinya dipandang. Ada ayam masak merah, telur goreng dan sup sayur sawi. Nampak ringkas tapi sudah mampu buat Fedriz Naufal terliur. Sekarang ini, memang dia lapar.

"Mestilah sayang masak, khas buat abang." Kata Nuwairah Rose bangga.

"Nampak macam sedap." Komen Fedriz Naufal. Baru saja dia nak duduk, tangannya ditarik oleh Nuwairah Rose. Menuju ke singki.

"Basuh tangan dulu sayang intan payung ku..."

Fedriz Naufal sengih. Selesai basuh tangan, dia duduk di kerusi meja makan.

"Baca doa dulu..." Arah Nuwairah Rose lembut.

"Allahumma bariklana fima razaqtana waqina a'za banna. Amin..."

"Amin..."

Keduanya sama mengaminkan.

Nuwairah Rose terus mencedokkan nasi ke atas pinggan suaminya. Lauk-lauk dia turut cedokkan. Kemudian, dia mencampurkan kuah ayam masak merah dengan nasi sebelum menyuapkan nasi itu ke dalam mulut suaminya.

"Rasalah. Aaa...." Tersenyum Nuwairah Rose bila suapannya disambut baik oleh Fedriz Naufal. Ehe, saya suka!

"Sayang tak makan?"

"Sayang nak suapkan abang. Baru sweet!"

Fedriz Naufal angguk mengiyakan.

"Sedap tak?" Tanya si isteri.

"Sedap sayang..." Meleret suara Fedriz Naufal. Kalau tak sedap, tak adanya dia nak di suap berkali-kali.

Nuwairah Rose tawa kecil.

"Sayang makanlah jugak. Abang pula suapkan." Pinggan ditangan isterinya diambil. Dia pula menyuapkan makanan pada isterinya. Bila jarinya dimasukkan ke dalam mulut Nuwairah Rose, wanita itu nakal menggigit lembut jarinya.

"Hey, nakal!" Hidung Nuwairah Rose dicuit.

Nuwairah Rose bantai gelak. Suka pula dia mengusik suaminya! Ehek.

"Abang, nak ayam sikit..." Rengek Nuwairah Rose.

"Kejap ya. Nah. Buka mulut... Aaa..." Sedikit lagi nak masuk ke dalam mulut Nuwairah Rose dan kemudian laju saja ayam itu masuk ke mulut Fedriz Naufal. Selamba saja lelaki itu mengunyah. Ceh! Fedriz Naufal kenakan dia!

"Eyy, abang!"

Fedriz Naufal pula yang ketawa. Tadi isterinya yang mengusik dia, sekarang dia pula yang menyerang balas. Haha.

"Jahatlah abang ni... Hmmph!"

"Abang kenalah balas dendam. Sayang pun kenakan abang tadi. Nakal!"

Nuwairah Rose jeling Fedriz Naufal tajam. Dengan isteri pun nak balas dendam. Berkira sangat!

"Nak ayam..." Rengek Nuwairah Rose. Lengan suaminya digoncang.

"Ya ya. Abang nak suapkan lah ni."

"Ni betul-betul eh? Tak nak last-last abang pula yang makan. Mengadu dekat ayah nanti."

Fedriz Naufal ketawa. Ada hati nak mengadu dekat ayahnya konon. Nak berbual pun takut-takut.

"Ya, ni betul betul betul." Balas Fedriz Naufal. Sampaikan dialog Ipin pun dia ambil. Haha.

"Aaa... Roket nak mendarat..." Kata Fedriz Naufal. Sikit lagi isi ayam itu nak masuk ke dalam mulut Nuwairah Rose.

"Errm... Sedap!" Komen Nuwairah Rose bila isi ayam itu selamat masuk ke dalam mulutnya. Alah, sekali sekala puji masakan sendiri.

"Abang suapkan, mestilah sedap." Isterinya mencebik.

"Makan lagi ya? Abang suapkan..."

"Ceh, sayang pulak suapkan abang." Pinggan bertukar tangan. Sesi menyuap antara suami isteri itu bermula. Siapa single itu jangan cemburu. Hewhew.

















MRS Ryu menyambut kepulangan anaknya. Seraut wajah cantik anak gadisnya dipandang penuh makna.

"Hai mummy. Miss you..." Luah si anak. Tubuh Mrs Ryu dipeluk.

"And I miss you too, honey..."

Anaknya meleraikan pelukan. Rumah banglo yang besar itu dipandang. Tiada yang berubah. Masih sama seperti dahulu. Cantik!

"This home doesn't change at all. I miss this home so much." Kata si anak. Mrs Ryu senyum.

"Let me show you, your room." Tangan anaknya ditarik. Membawa anak gadisnya ke dalam bilik tidur anaknya itu.

"Gosh! It's been a long time I haven't seen this room. More better than before. I love it, mummy. Thanks..." Terpegun dia melihat biliknya sudah diubah. Gadis itu peluk tubuh Mrs Ryu. Teruja! Tak sangka kepulangannya ke Malaysia disambut baik oleh ibunya.

"Welcome, honey. Anything for my daughter." Balas Mrs Ryu.

Gadis itu senyum. Dia duduk dibirai katil yang bersaiz King itu.

"So, how's your life in Australia, daughter?" Soal Mrs Ryu. Dia turut serta duduk di atas katil. Bersebelahan dengan anaknya.

"Well, you know... Macam biasa. Tak ada yang seronok. It's all bored." Kata si anak. Dia merebahkan kepalanya dibahu Mrs Ryu. Sengaja ingin bermanja dengan ibunya. Lima tahun tidak berjumpa, rindu sangat!

"Jadi kenapa balik Malaysia?" Tanya Mrs Ryu lagi. Rambut anaknya diusap.

"Sebenarnya, I rindukan mummy. Jadi I buat keputusan untuk balik Malaysia." Jelas si gadis. Mrs Ryu angguk. Dia pun rindukan anaknya yang satu ini.

"Ohh, you know what mummy! I saw him!" Teruja gadis itu bercerita. Dia pandang Mrs Ryu. Baru teringat tentang kejadian petang tadi.

"Who?"

"Farrel! I terjumpa dia petang tadi..." Kata-katanya terhenti. Mukanya ditundukkan.

"I saw him but he's with another girl." Sambungnya. Masih jelas teringat wajah gadis yang tidak sengaja merempuhnya petang tadi. Sungguh cantik!

"Oh, and he look happy too..." Dia senyum.

"Honey, Farrel dah pergi lima tahun lalu. You tak ingat ke?" Entah ke berapa kali dah Mrs Ryu hendak menerangkan bahawa lelaki bernama Farrel itu sudah tiada. Tetapi anaknya tetap tidak percaya.

"Apa mummy ni! I tengok Farrel dengan mata I sendiri. Farrel masih hidup lah..." Nafi gadis itu. Tak suka dia bila Mrs Ryu sesuka hati saja mengatakan Farrel sudah tiada.

Mrs Ryu mengeluh.

"Then, what's your plan?" Tanya Mrs Ryu. Apa pun rancangan anaknya, dia akan sokong.

"I want to get him back."

Ya. Dia akan dapatkan kembali apa yamg sepatutnya jadi hak nya. Tidak kisahlah jikalau nyawa yang jadi taruhan.

Dia tarik senyum sinis.


















the quotes

The worst things you can imagine :

Loss, heartbreak and more.All that you think can break you can be healed by the will of God.

Trust that whatever pain you’re experiencing, whatever challenges you face.  Believe that Allah will replace it with something better.







Bidadari Dambaan DiaTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang